Aspirasi Pembangunan Insan bersama Genovasi – Pagi hujung minggu (20/9/2014), saya berkongsi aspirasi dan pengalaman tentang lanskap pembangunan insan di Malaysia kepada peserta program ‘Innovation Ambassador Development Program‘ (IADP) di Genovasi. Ia sebagai rujukan intervensi menambahbaik segmen sosial dan pendidikan di Malaysia.
Aspirasi Pembangunan Insan Bersama Genovasi
Genovasi adalah gabungan perkataan Generasi dan Inovasi bertempat di Petaling Jaya. Ditubuhkan untuk menggilap kreativiti dan inovasi minda ‘design thinking’ agar menjadi generasi yang sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam persaingan arus kemajuan negara.
Antara lain, Genovasi juga terlibat dalam pengkajian menangani permasalahan berkaitan isu sosial, ekonomi termasuk alam sekitar melalui penglibatan kerjasama dari pelbagai pihak bagi memastikan kemajuan dapat dicapai dengan seimbang dari segenap aspek kehidupan.
Tujuan saya di sini adalah untuk berkongsi fakta pengalaman dan pandangan merangkumi aspek koreksional, kitar semula modal insan serta isu-isu berkaitan gejala sosial termasuk cadangan penambahbaikan peranan kelompok sokongan sosial yang ada pada masa kini. Segala perlu dikenalpasti dari akar umbi bagi memperolehi antidote terbaik yang strategik dan effektif.
Gambar Sesi Intervensi Di Genovasi
![]() |
Sesi santai kajiselidik berserta soal jawab. |
![]() |
Bersama beberapa peserta Genovasi.. All the best!!.. 🙂 |
![]() |
Bersama En. Aziz dan Pengurus Program Genovasi, En. Azman. |
Menyokong Usaha Genovasi Untuk Masyarakat Berinovasi
Saya berbesar hati kerana berpeluang menyampaikan aspirasi bermanfaat di Genovasi dan akan sentiasa menyokong segala usaha murni yang dilakukan. Adalah diharap agar apa yang dikongsi sedikit sebanyak dapat menyumbang idea dan solusi terbaik yang mempunyai nilai tambah inovasi dan keperihatinan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
mama turut menyokong sebagai rakan blogger… semoga segalanya dipermudahkan..
Alhamdulillah…semoga sokongan dan usaha yang murni ini akan bertambahlah pengalaman…
I like the word "Genovasi".. Macam best je..nway tahniah Khir…tak jemu berkongsi ilmu…
promoted content untuk hujung minggu…
bila baca entri ingatkan apa lah genovasi tu.. rupanya gabungan generasi inovasi… tahniah khir..! semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh generasi muda…..
Assalamualaikum dan singgah hujung minggu…baru tahu apa itu Genovasi….semoga usaha murni ini dapat melahirkan ramai lagi belia yang bergenovasi di masa akan datang…terima kasih atas perkongsiaan ini.
Semoga dapat melahirkan insan yang berinovasi tinggi di masa depan…
Alhamdulillah.. Perkongsian yg bermanfaat..
Semoga matlamat dan objektif tercapai..amin…
asalam alhamdulillah Etuza dah link kan balik blog ni. Blog Pesona ada masalah klik blog baru saya ya..http://madey09.blogspot.com/
wahh sangat bagus ^_^ tahniah bro khir
Salam hujung minggu Khir…tahniah…semoga terus maju jaya…
perkataan baru bagi sha.. Genovasi ya… Generasi + Inovasi… kira ilmu baru la nih…. beruntung bro khir dapat mengikuti perkara2 macam ni kan….
Nice programme
Alhamdulilah, moga perkongsian ini akan lebih memantapkan perjuangan. Salam sukcess isnin Khir.
GENOVASI ..Mula2 dengar rasa nak terjah cepat2 jer sebab tak tahu apa benda la maksud di sebalik GENOVASI tu ..Lepas terjah danbaca OK dah tahu apa dia ..Thanks Khir sudi berkongsi ilmu….emoga perkongsian ilmu ini dapatlah kita manfaatkan bersama ..InsyaAllah ..All the best ..
bestnyer.
semoga matlamat tercapai. 🙂
agak ilmiah tuan…semoga aktiviti ini ada lagi pada masa-masa yang akan datang
kenapa pelik sangat koreksional bunyinya tu…
saya lebih suka membaca daripada pergi tempat macam ni… tak tahulah kenapa… hmm..
Semoga anda berjaya mencapai matlamat yg disasarkan dari progam yang amat baik ini.
Penyertaan dari berbilang bangsa… pasti banyak manfaat yang diterima oleh belia2 ini… 🙂 good job bro…!
saya masuk blog en khir ni kan
banyak betul perkataan baru saya belajar
genovasi ni first time juga dengar
apapun, all the best ye en khir
bagusnyer program mcm ni 😉
program yang baik…
bgs ada program2 sebegini…lbh2 lg penyertaan semua bangsa
Sebenarnya saya teringin untuk membawa anak-anak saya untuk aktiviti sukarelawan dan pendidikan yang seumpamanya supaya suatu hari nanti mereka menjadi insan yang dipenuhi dengan sivik yang tinggi. Tetapi saya tak tahu samada aktiviti macam ni akan perlu mengeluarkan belanja sendiri atau tidak, kerana itu adalah satu kekangan buat saya
nice program
semoga usaha diberkati selalu..
hebat! bukan calang2 org boleh bg talk mcm nu, jm salute sama bro khalid
Wah…bagus Khir…teruskan usaha k…
asyik churp je yg kuar 🙂
semoga niat murni demi generasi y yang penuh innovasi dipermudahkan …
all the the best mr.kk