Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL
Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL – Remaja adalah tunggak kepimpinan masa hadapan. Pemerkasaan sosial dalam membina jati diri amat penting ditanam seawal usia remaja. Atas faktor tersebut, baru-baru ini saya telah diundang untuk menyokong usaha Jabatan Belia Dan Sukan W.P. Kuala Lumpur, menyuntik inspirasi modal insan remaja dalam sesi Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL pada hari Selasa (5/11/2014) di Dewan Seminar Hotel Adamson, Kuala Lumpur.
 
Sesi selama 2 jam ini telah memberi peluang untuk saya menyampaikan beberapa pengisian berdasarkan pengalaman dan penyelidikan. Ia bertujuan untuk menyuntik kesedaran dan motivasi diri kepada peserta agar dapat mengenal potensi yang ada pada diri mereka sendiri. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan dan perisai diri dalam menghadapi cabaran kehidupan, kerjaya mahu pun keusahawanan agar mereka menjadi insan yang berjaya, in shaa Allah.
 
Seramai 44 orang remaja berpotensi telah menyertai program yang berlangsung selama 2 hari ini. Ia juga merupakan pengalaman dan lembaran baru dalam usaha menyelami keperluan jiwa remaja masa kini, kehendak, permasalahan, keinginan, harapan serta impian mereka. Sesi dimuatkan dengan beberapa perkongsian tentang fakta sosial kehidupan dan aktiviti yang membuka minda selaras dengan objektif program transformasi minda remaja.
 

Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL

 
Transformasi Minda Remaja
Perkongsian santai sebelum sesi bermula
Transformasi Minda Remaja
Aktiviti motivasi ‘musical chair’ yang berbeza dari kebiasaan.
Nak tahu pengisiannya kenalah ikuti sesi KK ye… 😀
Transformasi Minda Remaja, Khir Khalid
Selfie, wefie, groupfie… sememangnya menarik minat remaja
Transformasi Minda Remaja, bakal-bakal pemimpin bersama Khir Khalid
Bersama bakal-bakal pemimpin negara… Semoga berjaya semuanya!!!
 

Motivasi Pencetus Transformasi Minda Remaja

 
Kesempatan ini juga saya memahatkan penghargaan kepada Jabatan Belia Dan Sukan W.P. Kuala Lumpur (JBSN WPKL) di atas kepercayaan yang diberikan. Semoga apa yang telah dikongsikan dalam sesi Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL ini mempunyai nilai tambah yang bermanfaat dalam menyumbang kepada pembangunan sahsiah belia dan kesejahteraan masyarakat seluruhnya… aamiin.
 
 

26 Thoughts to “Program Transformasi Minda Remaja UTC-KL”

  1. Belog Santai

    Tahniah Khir..& Goodluck untuk adik-adik semua..semoga minda mereka dapat ditransformasikan…

    1. Belog Santai

      British council for you..

  2. Sylarius Yusof

    Tahniah KK. Remaja sekarang ni cabarannya berlainan dari zaman kita remaja dulu. Tapi keliru dan tanpa arah tuju zaman remaja ni, lebih kurang zaman kita dulu. Sebab tu bimbingan dari kelompok masyarakat yang lebih berumur penting dalam memberi panduan kepada golongan remaja ini.

  3. Lynn Munir

    Tahniah Khir,semakin hebat dengan program motivasi dan pencentus minda.

  4. Program bermanfaat buat para remaja kita..

  5. Nurul Hidayah

    Alhamdulillah.. semoga adik2 ni mendapat suntikan semangat dari Khir.. gud luck 🙂

  6. TunSha Ayunie

    betul tu.. fardhu kifayah… mendidik belia ke arah yang lebih baik…. all the best bro retissss !!

  7. Yumida Huda

    mmg sgt bgs program mcm ni. mendidik jiwa remaja ke arah insaniah. lg byk program mcm ni lg bagus, dpt bendung gejala negatif mcm kes baru2 ni yg buli tu. haih..rasa panas je tgk betapa kejamnya diorg dlm video tu

  8. saya dulu cukup suka program camni
    seharusnya program ni dijadikan satu aktiviti ko kurikulum untuk semua pelajar
    maksudnya bukan certain pelajar aje

  9. program yang sangat berguna terutama kepada remaja

  10. Alhamdulillah program nie dapat membuka minda remaja..

  11. Tahniah..
    semoga program2 seperti ini dapat diterus kan..
    all the best KK…

  12. Anonymous

    program yang menarik la khir…

  13. Ija Rased

    wah seronoknya. tahniah mr.kk

  14. program yg begitu bermanfaat

  15. program sebegini perlu diperbanyakkan untuk golongan remaja kini.

  16. Semoga minda remaja kita lebih kreatif dan berdaya maju bagi membentuk generasi masa depan yang lebih sempurna ^_^

  17. Zaman remaja adalah zaman yg paling mencabar dalam hidup. Masa itu kecelaruan emosi dan minda sedang berlaku. Jika tersilap langkah pasti gagal dalam fasa seterusnya. Masa ini mereka amat memerlukan bimbingan dan seseorang yg memahami.

  18. budak lelaki tu buat gaya macam Miley Cyrus je. haha.

    eh, selalunya xde ke musical chair tu abang KK?

  19. semoga pengisian program ini dimanfaatkan sebaik-baiknya

  20. Tahniah KK ..moga2 adik2 ni punya semangat yang lebih la ya lepas ni ..

  21. Tahniah KK semoga mendapat balasan yang lebih baik. Program yang sangat baik

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.