Pemasaran digital dengan potensi laman web

Pada salah satu artikel yang saya tulis di akhbar Utusan Malaysia ada menyatakan kepentingan laman web dalam memperkukuhkan potensi pemasaran digital. Ia menjadi antara elemen bagi organisasi mahupun individu untuk kebaikan kerjaya, kredibiliti perniagaan dan prospek pasaran.

Kini pasti ramai sudah sedia maklum apa itu laman web. Setiap hari juga ramai yang melayari internet untuk mencari maklumat yang diperlukan. Hasil kebanyakkan maklumat itu adalah dari sumber pelbagai laman web yang tersenarai di enjin carian.

Oleh itu, saya ingin memanjangkan lagi artikel yang ditulis tentang potensi dan kelebihan yang ada pada sesebuah laman web dalam menyokong pelbagai inisiatif pemasaran digital.

Potensi Pemasaran Digital

Sesebuah laman web mampu menjadi premis maya untuk perniagaan atau ruangan profil dan portfolio yang boleh diakses dari seluruh dunia pada setiap hari.

Hari ini ramai dalam kalangan peneraju industri bersependapat, sekiranya perniagaan yang kita usahakan masih tidak ditemui melalui enjin carian, ia bermakna kita masih belum lagi betul-betul berniaga.

Kewujudan di ruangan internet seperti enjin carian sememangnya menjadi kepentingan kepada para usahawan dalam memajukan perniagaan. Ia membantu dalam pelbagai aspek pemasaran digital dan prospektus perniagaan jika dimanfaatkan sebaiknya.

Terdapat pelbagai cara untuk kita cipta ‘visibility’ di enjin carian ini. Antaranya dengan mendaftar akaun media sosial seperti Linkedin, Facebook, Twitter, Instagram, dan yang seumpamanya. Namun atas semua itu, laman web merupakan platform paling berpotensi dalam membina kredibiliti digital yang lebih mampan.

Membangunkan laman sesawang rasmi perniagaan dengan daya tarikan dan kreativiti tersendiri juga menjadi sebahagian keutamaan dalam strategi era digital kini.

Laman web mempunyai kelebihan dengan ciri-ciri yang fleksible berbanding media sosial. Namun, ia tidak bermaksud menggunakan saluran media sosial itu tidak bagus, tetapi dengan memanfaatkan kelebihan laman sesawang sebagai platform induk boleh diibaratkan sebagai premis maya atau pejabat urusan atas talian perniagaan.

Malahan, jika disokong dengan keupayaaan media sosial sebagai corong jualan, ia menjadi langkah terbaik bagi memperkukuh strategi pemasaran.

Kelebihan Laman Web

Antara kelebihan laman web ialah potensi visibility yang lebih baik di mata enjin carian. Ini membuka lagi peluang kepada perniagaan anda untuk lebih dikenali melalui carian orang ramai di internet.

Ia seterusnya membantu membina prospek pasaran secara organik melalui potensi enjin carian atas kata kunci yang terkait dengan perniagaan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Segala maklumat yang dipaparkan juga boleh diatur secara terancang berdasarkan pilihan format dan grafik, mengikut kesesuaian citarasa sesebuah perniagaan.

Pelbagai segmen boleh dimuatkan merangkumi halaman utama, maklumat perhubungan, profil organisasi, portfolio, testimoni, video, artikel blog termasuk halaman e-dagang sebagai ‘kedai online’ bagi menyokong pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi secara dalam talian. Ia secara tidak langsung dapat menyuntik pengaruh positif kepada pelanggan dalam memperkukuh kredibiliti perniagaan.

Selain itu, keseluruhan kandungan laman web juga bleh sentiasa dikemaskini bagi memastikan maklumat sentiasa releven dengan tuntutan semasa dan dimanfaatkan sebagai rujukan jangka panjang kepada pelanggan dan prospek pasaran.

Segala kandungan yang ada juga turut boleh dikongsikan dikebanyakkan saluran media sosial bagi memudahkan perkongsian maklumat dengan teratur dan profesional tanpa perlu menulis status panjang lebar di media sosial.

Kesimpulan

Pada masa kini, laman web boleh dibangunkan dengan kos yang rendah jika dibandingkan kemampuannya menyimpan kandungan data serta potensi capaian dalam talian untuk menyokong pelbagai tujuan pemasaran.

Ia juga boleh dimulakan melalui platform asas blog yang boleh didaftarkan secara percuma di internet. Namun untuk kebaikan momentum jangka panjang perniagaan, adalah disarankan agar menggunakan platform Content Management System (CMS) dengan layanan hosting yang baik.

Justeru itu, memahami elemen laman web melalui pembelajaran atau mendapatkan khidmat daripada pembangun laman web yang dipercayai juga merupakan pelaburan strategik dalam memperkasa platform pemasaran digital.

Laman web adalah aset digital yang mampu menyokong pengukuhan perniagaan dan membuka potensi pasaran yang sangat luas.

Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan

Subscribe Newsletter untuk artikel-artikel terkini:

4 Thoughts to “Potensi Pemasaran Dengan Laman Web”

  1. Laman web yang dibangun menjadi senjata kepada apa sahaja perniagaan yang mahu dipasarkan terutama dalam situasi sekarang.

  2. Sangat terkesan dengan salah satu poin penting dalam artikel berkaitan potensi pemasaran digital dengan laman web ini iaitu sekiranya perniagaan yang diusahakan masih belum ditemui dalam enjin carian internet, ia bermakna peniaga itu masih belum berniaga. Masih terdapat banyak produk Bumiputera yang boleh pergi jauh namun hanya bergantung kepada offline sedangkan masa yang dihadapi semakin sukar – COVID 19.

  3. Kos rendah, visibility dan no border bagi saya tujuan utama perlunya website. Dengan kos rendah kita boleh capai lebih ramai pengguna berbanding offline marketing.

    Boleh capai pengguna sehingga ke seluruh dunia (jika pasaran kita untuk global).

  4. […] dihuraikan lagi.. apa pun, gunalah kebijaksanaan kita untuk berfikir dan menilai sendiri keberadaan ruangan digital yang ada […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.