Cara Mudah Bina Laman Web CMS WordPress – Tahukah anda bahawa laman web mampu bertindak sebagai sebuah premis perniagaan, ruang menulis, portfolio kerjaya dan keusahawanan secara online yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu?
Pada awal penglibatan menulis blog, saya tidak begitu ambil kisah tentang pemilihan platform mahupun teknik menulis. Saya hanya berharap agar apa yang saya tulis dapat memberi manfaat kepada kerjaya dan juga sesiapa jua yang membaca.
Dari situlah bermula apabila ada pengisian yang ditulis mendapat perhatian warga institusi yang membuka beberapa kerjasama rasmi industri. Sejak itu juga saya semakin terdedah dengan pelbagai input rakan industri tentang kepentingan aset digital ini.
Atas realiti tersebutlah, saya beralih daripada menggunakan domain berbayar ke atas platform percuma Blogspot kepada platform CMS WordPress.

Kenapa CMS WordPress Pilihan Terbaik
CMS WordPress menjadi pilihan warga digital seluruh dunia untuk kepentingan kerjaya mahupun perniagaan kerana ia mudah dikendalikan, kos efektif dan profesional.
Sebelum itu, perlu anda ketahui perbezaan antara WordPress.com dan WordPress.org. Artikel ini adalah tentang WordPress.org atau ‘Self-Hosted WordPress‘. Ia berbeza dengan WordPress.com yang merupakan platform blog percuma seperti Blogger.com.
WordPress.org merupakan CMS (Content Management System) yang direka bagi memudahkan pengguna membina laman web, mempelajari dan mengurus dengan mudah. Bersifat ‘open source’, ia disokong oleh para pembangun web seluruh dunia agar sentiasa kehadapan dalam pengembangan digital terkini.
Anda boleh dapatkan khidmat pembangun laman web sekiranya mahukan sebuah laman web yang mengikut selera anda sepenuhnya. Tetapi anda juga sebenarnya boleh bangunkan sendiri sebuah laman web yang terbaik dengan CMS WordPress.

Cara Bina Laman Web CMS WordPress
Ikuti setiap langkah di bawah sekiranya anda berhasrat bina laman web sendiri untuk mengukuhkan aspirasi kerjaya dan perniagaan.
1. Domain dan Hosting.
DOMAIN adalah nama atau alamat web anda (contoh – www.namaweb.com), manakala HOSTING pula bagi membolehkan laman web anda diakses di internet.
Kebanyakkan penyedia hosting menyediakan semakan domain percuma. Domain juga boleh didaftarkan secara percuma jika bersama pakej hosting. Oleh itu, pertama sekali adalah memilih pelan hosting dan mendaftar domain.
Memilih ‘shared-hosting’ dengan pakej asas sudah memadai untuk permulaan kerana dengan pakej asas tersebut, anda sudah boleh membina laman web yang sangat baik disamping mempelajari lebih lanjut tentang CMS WordPress.
Saya sarankan anda menggunakan khidmat penyedia hosting Rocksoft Cloud. Ia menawarkan pakej hosting ‘Starter Plan’ serendah RM89.00 setahun. Anda boleh rujuk pakej hosting pilihan dan daftar di sini> ROCKSOFT CLOUD.
Saya mula menggunakan hosting mereka melalui program keusahawanan MARA pada 2008 untuk beberapa laman web di bawah Edorey Technologies. Sehingga kini, prestasi hosting dan ‘support ticket’ Rocksoft tidak pernah mengecewakan.

2. Dashboard cPanel Dan WordPress
Tahniah jika anda telah mendaftar hosting dan domain!
Anda akan menerima emel daripada penyedia hosting tentang maklumat akaun dan akses ke dashboard cPanel. Jangan lupa tukar password akaun cPanel.
cPanel (control panel) menempatkan segala maklumat hosting. Anda boleh ‘install’ WordPress dengan login ke cPanel, cari bahagian ‘Softaculous Apps Installer’. Klik pada logo WordPress dan seterusnya klik ‘Install Now‘.
Seterusnya anda perlu mengisi maklumat tentang laman web anda, sehinggalah menerima ‘admin URL’ (https://domainanda.com/wp-admin) untuk login ke dashboard WordPress. Saya sediakan rujukan lengkap ini> Cara Install WordPress Di Hosting.
Anda juga boleh menghubungi penyedia hosting melalui ‘support ticket’ jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah. Ini juga antara sebab penting kenapa anda perlu memilih penyedia hosting yang bagus.

3. Mengurus Dashboard WordPress
Berikutnya, taip ‘admin URL’ anda di browser (address bar). Ia akan ke muka hadapan dashboard WordPress. Seterusnya masukkan emel dan password yang telah anda isikan pada maklumat WordPress di cPanel tadi pada muka hadapan tersebut.
Dashboard WordPress adalah bahagian utama yang perlu anda biasakan. Selagi mana terlibat menggunakan laman web, selagi itulah bahagian ini digunakan. Terdapat ‘Menu’ pada bahagian kiri untuk menyelia keseluruhan laman web anda.
Ia termasuk memilih tema laman web (Themes), mengurus Homepage (Static Page), juga ruangan menulis di bahagian Page, Portfolio dan Blog serta pelbagai lagi. Di sini juga anda boleh instal pelbagai Plugin selaras matlamat anda.
Usah risau, mengurus Dashboard akan jadi mudah bila anda semakin terbiasa dari masa ke semasa. Saya sediakan rujukan lengkap yang boleh anda jadikan panduan melalui pautan ini > Tutorial WordPress: Bagaimana Cara Guna WordPress.

4. Plugin Penting CMS WordPress
Plugin adalah ‘koding’ yang dipasang untuk mengembangkan lagi fungsi kerja laman web agar lebih optimum. Oleh itu, WordPress tidak memerlukan anda memahami koding bagi memanfaatkan potensi digital dengan prestasi laman web yang baik.
Anda hanya klik ‘Plugins‘ pada bahagian kiri dashboard, pilih plugin yang diperlukan, pasang dan aktifkan. Dengan beberapa klik, semuanya sudah sedia untuk bekerja.
Saya sarankan beberapa plugin penting iaitu Jetpack, iThemes Security, Yoast SEO, Akismet Anti-Spam, WP-Sweep, WPForms, WP Super Cache, Autoptimze, AMP for WP dan ExactMetrics. Bagi medium iklan seperti Adsense, plugin Advanced Ads menjadi pilihan.
Setiap Plugin ada disediakan panduan, ‘support centre’ dan forum jika anda perlukan bantuan. Begitu juga WordPress, melalui logo di bahagian atas kiri dashboard.

Memperkukuh Kredibiliti Dengan WordPress
CMS WordPress secara realiti juga telah membantu membuka lagi peluang dalam memperkukuhkan lagi kredibiliti kerjaya yang lebih baik buat diri ini.
Lengkap dengan ciri-ciri ‘SEO optimize’ pada tema dan panduan untuk setiap artikel yang ditulis, sehinggalah input berita, tips dan acara terkini dari komuniti WordPress, pembangun web dan plugin seluruh dunia di dashboard, ia adalah satu aset digital yang patut anda manfaatkan sebaiknya.
Dengan kelebihan CMS WordPress, anda boleh menumpukan setiap usaha dengan lebih fokus. Ruangan blog boleh dimanfaatkan dengan menulis artikel bagi mengembangkan lagi prospek dan ‘authority’ pasaran. Anda juga boleh mendapatkan khidmat penulis kandungan bagi tujuan tersebut di Khidmat Pemasaran.
Selain itu, saya kongsikan artikel di bawah agar dapat memberi idea dalam memperkemaskan lagi susun atur laman web yang anda bangunkan.
Baca lagi: Asas Penting Website Untuk Kerjaya Dan Perniagaan

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Menarik.Terima kasih perkongsian.Sebenarnya banyak kemudahan cuma mungkin kita kurang pendedahan.PC terutamanya.
Pernah cuba buka tapi sebab xde bisnis apa2 rugi pula rasanya
Salah satu perkara perlu yg ditekankan kpd para startup adalah mempunyai website dan tuan telahpun jelaskan asas pandangan dan pengalaman. Thanks sharing.
Terbaik Abg Khir… LeYa pun hampir lupa dah tentang CMS ni… Sebab sekarang banyak guna Free hosting je (Blogspot & wordpress.com). Hehe…
Semoga abg khir terus maju
[…] saya sertakan imej di bawah untuk rujukan menulis. Ia panduan Yoast SEO bagi pengguna CMS WordPress dan boleh dipraktikkan untuk platform yang […]
[…] Baca lagi: Cara Mudah Bina Laman Web CMS WordPress […]
saya sudah menggunakan self-hosted blog di wordpress kerana fungsi plug in yang mesra pengguna sejak tahun 2015.
ternyata sangat puas hati.
dalam masa yang sama juga saya tetap menggunakan hosted percuma di blogger.com untuk blogspot..
pun saya cukup puas hati..layan giler beb
dulu pernah guna platform wordpress juga, sekarang guna blogspot saje sebab dah terlalu biasa…bila try masuk wordpress semula rasa janggal dan complicated pulak..haha
dah murah harga web hosting skrg dulu beratus jg laa kn hehehe