Assalamualaikum. Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization) atau SEO adalah antara kaedah penting dalam menulis blog.
Saya bukan pakar SEO. Namun berdasarkan pengalaman terlibat dalam pelbagai kerjasama industri bersama agensi digital, institusi dan sektor perniagaan, SEO antara topik perbualan yang menjadi salah satu perkara penting dalam penulisan artikel blog untuk kebanyakkan laman web.
Justeru, pada kesempatan menulis kali ini, saya terpanggil berkongsi perspektif ini. Moga ia juga dapat menjadi rujukan bermanfaat terutama bagi anda yang berhasrat memperkukuh kredibiliti kerjaya atau bisnes melalui artikel blog di laman web anda.
Ada beberapa teknik menulis artikel mesra SEO.
Artikel ini, berkongsi asas yang patut anda praktikkan dalam menulis blog.
Ia asas penting SEO.
Apa Itu SEO
SEO bermaksud ‘Search Engine Optimization‘ iaitu satu kaedah optimasi enjin carian agar artikel yang ditulis dapat tersenarai pada ranking terbaik di enjin carian seperti Google, Yahoo dan yang seangkatan dengannya.
Tujuan menulis artikel mesra SEO pada dasarnya adalah untuk menjana trafik pembaca yang lebih baik melalui enjin carian. Ia juga penting agar artikel yang ditulis dapat mencapai kepada pembacaan bakal pelanggan dan prospek pasaran yang betul melalui enjin carian secara organik dan berterusan.
Ada 2 tujuan yang biasa saya lihat sepanjang menulis blog tentang SEO ini.
Semasa terlibat sebagai blogger, tujuan SEO kepada para blogger kebiasaannya adalah agar artikel yang mereka tulis dapat tersenarai di muka hadapan dan ranking yang terbaik di enjin carian. Ia bertujuan untuk menjana pembaca organik yang ramai… lagi ramai yang membaca, lagi bagus. Ia juga faktor untuk ‘online establishment’ sebagai blogger, influencer dan media online.
Melalui online establishment tersebut, mereka berpeluang ditawarkan kolaborasi iklan, review dan advertorial dari para pengiklan, syarikat mahu pun agensi pemasaran. Apabila statistik pembaca tinggi, mereka berpeluang menawarkan kadar bayaran atau rate card yang lebih baik untuk sesebuah kolaborasi.
Namun, tujuan SEO bagi para pemain industri pula berbeza. Apabila terlibat dalam kerjasama industri digital, kepentingan SEO bagi para penulis kandungan, pengusaha dan komuniti perniagaan lebih memfokuskan kepada capaian organik yang mampu memberi impak dalam memperkukuh kredibiliti perniagaan dan menjana pelanggan melalui enjin carian dalam prospek pasaran yang betul.
Bagi saya kedua-duanya mempunyai asas yang sama.
Melalui penglibatan ini juga, saya mula ambil tahu dari beberapa sumber seperti Google Ignite dan WordPress Meet Up. Seterusnya cuba mempelajari untuk tujuan perniagaan melalui input oleh Neil Patel dan Brian Dean serta rakan-rakan industri.
Saya juga bermula dari bawah.
Sehingga kini, SEO membantu membina kredibiliti laman web dengan google demi kebaikan kerjaya. Terima kasih atas semua pengalaman.
Tips Optimasi Enjin Carian
Berikut saya kongsikan antara tips asas penting dalam menulis artikel mesra SEO yang boleh anda praktikkan setiap kali menulis blog;
1. Mendaftar Search Console
Sebelum anda sibuk menulis, pastikan terlebih dahulu anda sudah verifikasi laman web anda dengan Google Search Console. Ia disediakan secara percuma oleh pihak Google bagi membantu memudahkan laman web dan artikel blog diindeks di mesin enjin carian Google. Anda juga boleh mendaftar ke Bing Webmaster Tools untuk tujuan yang sama bagi enjin carian Yahoo dan Bing. Terdapat pelbagai cara mendaftar yang boleh dirujuk di internet.
Bagi para pengguna laman web CMS WordPress, anda tak perlu risau. Anda boleh memilih pelbagai plugins yang sesuai seperti Yoast SEO, All in One SEO atau Jetpack. Anda hanya perlu mengikut bimbingan dan mengisi beberapa bahagian yang disediakan untuk tujuan ini.
Anda hanya perlu daftar sekali sahaja untuk kegunaan jangka panjang.
2. Memilih Kata Kunci (Keyword)
Utamakan pemilihan kata kunci iaitu ‘keyword’ atau ‘keyphrase’ yang paling jelas tentang apa artikel ditulis. Keyword tersebut sebaiknya perlu ada pada tajuk utama, sub-topik dan isi kandungan artikel.
Untuk kaedah ini, adakala saya gunakan Google Trends dengan lokaliti Malaysia bagi mendapatkan idea kata kunci. Namun, dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak plugins seperti Yoast SEO, setidaknya membantu dalam memastikan cara penulisan sentiasa mengikuti piawaian yang disediakan.
Apa pun, pastikan anda tidak berlebihan mengulang penekanan kata kunci pada artikel kerana ia boleh dianggap sebagai ‘keyword spamming’.
3. Struktur Kandungan Artikel (Content Structure)
Setiap kandungan artikel perlu ada penyusunan struktur. Secara asas ia dimulakan dengan Pengenalan, Isi Kandungan dan Kesimpulan tentang artikel yang ditulis.
Bagi membezakan antara semuanya, anda boleh gunakan Headings (H2, H3, H4) sebagai sub-topik. Secara tidak langsung, ia membantu memberi pecahan dan perincian pada topik yang ditulis dengan baik.
4. Internal Link dan Outbound Link
Sekiranya anda menggunakan laman web CMS WordPress, saya sarankan anda memasang plugin Yoast SEO sebagai panduan menulis. Antara yang disarankan adalah memasukkan pautan ‘Internal link’ dan ‘Outbound link’ pada artikel.
Internal link adalah pautan kepada artikel lain dalam laman web yang sama, manakala Outbound link adalah pautan kepada artikel ke laman web lain yang berkaitan dengan topik yang ditulis. Kedua-dua pautan tersebut mestilah mempunyai pengisian yang berkaitan dengan artikel yang ditulis.
5. Jumlah Perkataan
Jumlah perkataan juga perlu melebihi 300 patah perkataan bagi artikel biasa, dan melebihi 900 patah perkataan untuk ‘cornerstone content’ dalam terma Yoast SEO untuk artikel-artikel paling penting dan berkaitan dengan niche keseluruhan laman web.
Google gemarkan artikel panjang, tetapi dengan struktur kandungan yang teratur dan jelas dalam apa yang ingin disampaikan. Adalah lebih baik jika artikel yang ditulis bersifat ‘evergreen’, mempunyai kaitan antara satu artikel dengan yang lain dan selaras dengan niche sesebuah laman web.
6. Optimasi Imej
Pada setiap artikel, sertakan imej yang sesuai bersama Alt Attributes. Jika dirasakan imej boleh mengganggu mood pembacaan, cukuplah sekadar ‘Featured Image’ bagi menyokong penerampilan artikel agar lebih menarik.
Imej yang disertakan sebaiknya berukuran lebar 750px ke bawah dalam format PNG. Pastikan imej dioptimasi terlebih dahulu dengan ‘image compression’ sebelum diupload bersama artikel. Saya menggunakan plugin TinyPNG untuk image compression.
7. Diskripsi Meta
Sebelum artikel diterbitkan, pastikan anda mengisi ‘Meta Description’ yang menjelaskan secara ringkas dan padat tentang topik artikel. Diskripsi tersebut turut diindeks pada carian bagi memudahkan rujukan dan menarik prospek pembaca.
Seterusnya, saya sertakan imej di bawah untuk rujukan menulis. Ia panduan Yoast SEO bagi pengguna CMS WordPress dan boleh dipraktikkan untuk platform yang lain.
Kesimpulan
Menulis artikel mesra SEO bukan satu usaha yang memberi hasil semalaman. Ia memerlukan perancangan, kesabaran dan pengurusan yang istiqamah.
Terdapat pelbagai lagi faktor yang menentukan ranking di enjin carian termasuk authoriti digital sesebuah laman web dalam persaingan sesebuah kata kunci, termasuk setting keseluruhan sesebuah laman web. Namun, asas SEO ini amat membantu agar artikel anda dicapai oleh spider pencari untuk disenarai di enjin carian.
Secara realiti, SEO bukan sahaja membantu meraih pendapatan menulis, tetapi yang paling penting turut menyokong dalam membina kepercayaan industri melalui carian prospek pelanggan. Dari situ, sesebuah artikel dapat menarik ramai prospek dari carian dan pembacaan untuk menjadi pelanggan.
Atas faktor tersebut jugalah saya terus menambahbaik fokus pengisian yang bertepatan dengan niche kerjaya untuk pengukuhan prospek digital.
Pendek kata, SEO akan terus berkembang selaras kemajuan digital. Panduan asas menulis artikel mesra SEO ini akan kekal releven dan patut anda praktikan.
Baca lagi: Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif
Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Terima kasih banyak Tn atas perkongsian.Sehingga kini PC sendiri masih mencari tutorial berkaitan menambahbaik SEO di blogspot PC..untuk memperbaiki blog PC keseluruhannya.Perbaiki dan menambah mana-mana yang kurang dan kurang tepat.
In shaa Allah mudah2an memberi manfaat utk nilai tambah dlm menulis. Terima kasih kembali PC.
Thanks for the tips..
Kalau sesuatu artikel / entri yang tujuannya untuk berkongsi gambar2 sahaja, agak mencabar juga untuk mencukupkan 300 perkataan…
In shaa Allah. Akan cuba perbaiki lagi artikel di blog.
Betul tu.. perlu lebih bnyk pengisian menulis agar artikel dpt disenarai dgn baik dlm enjin carian. Gambar pun membantu juga. Paling penting artikel yg ditulis lebih mesra pembaca agar ada impak dlm tujuan menulis, in shaa Allah.
Terima kasih atas perkongsian. Sejujurnya, ramai yang belum nampak kepentingan SEO di Malaysia
Setuju.. terima kasih kembali dan semoga bermanfaat, insyaaAllah
Perkongsiaan yang sangat bermanfaat n boleh dijadikan panduan….kak tulis puisi pendek saja..kalau cerpen beribu pp juga.
Kak PI setidaknya mmg dah establish dlm penulisan skala media perdana. Mudah2an dpt membantu memberi nilai tambah juga utk pembaca online.
terima kasih tuan atas tips yang sangat berguna!
selama ni memang selalu rujuk juga blog tuan Hasrul Hassan untuk terapkan aspek SEO dalam blog sendiri…alhamdulillah semua tips atas tu saya dah buat dan nampak juga hasilnya bila artikel terpapar di muka depan Google..
Alhamdulillah.. moga terus sukses berkongsi aspirasi menulis diruangan atas talian ini, in shaa Allah. Terima kasih kembali!
Terima kasih atas info bermanfaat ini.. Antara orang yang saya kagumi
Alhamdulillah.. saya pun masih bnyk yg perlu dipelajari. Dunia digital ni berkembang pantas.. kena selalu ikuti juga. Terima kasih kembali Leya.
perkongsian yang sangat baik. Memang tak pernah berhenti belajar untuk perbaiki pengetahuan tentang blogging ni
In shaa Allah, mudah2an memberi nilai tambah yg bermanfaat hendaknya. Salam ukhwah 🙂
perkongsian yg terbaik Khir…terima kasih
Mudah2an ada nilai tambah yg bermanfaat, in shaa Allah. Terima kasih kembali kak Fuzy 🙂
SEO memang asas paling penting untuk dapatkan organic traffic. Siapa dapat ranking 10, memang trafic mencurah dan boleh convert ke leads dan sales.
Ilmu SEO tak pernah lapuk bagi seorang blogger. Kena up date selalu
Perkongsian yang bermanfaat…
Sangat bermanfaat
Kk saya mau tanya apakah menulis artikel tanpa memperhatikan SEO bisa terindeks oleh google maklum masih pemula soalnya akhir2 ini artikel di blog saya sulit terindex di google
Terima kasih sudi membaca artikel ini. Menulis artikel tanpa memperhatikan SEO boleh juga terindeks, tetapi spider pencarian lebih mengutamakan artikel2 blog yang mempraktiskan elemen SEO.
Maka sekiranya terdapat banyak laman web dan blog yang mempraktiskan SEO, sememangnya artikel yang tidak diperhatikan tentang SEO agak sukar terindeks di tangga terbaik Google. Sebaiknya, tuan daftarkan URL blog tuan di Google Search Console agar mudah diindeks nanti. Ia permulaan amat membantu, insyaaAllah.
Perkongsian yang bermanfaat! Terima kasih Tuan