Bual Bisnes Santai Bersama Elton anjuran eUsahawan

Antara pengalaman menarik baru-baru ini adalah apabila berpeluang berkongsi input dalam program Bual Bisnes Santai Bersama Coach Elton. Ia merupakan sesi FB Live Take Over anjuran eUsahawan yang telah berlangsung pada 29 April 2020, jam 3 petang.

Lebih menarik, topik yang diketengahkan adalah berkaitan realiti, trend dan potensi TikTok sebagai platform pemasaran digital untuk bisnes terutamanya kepada usahawan mikro. Selain itu, turut berkongsi konteks PKP dan krisis Covid-19 yang dihadapi ketika ini.

Sesi ini telah dihoskan oleh Coach Elton Kuah yang merupakan seorang Certified Trainer eUsahawan, digital marketer dan Certified Marketer by Google and GA.

Bual Bisnes Santai Bersama Elton anjuran eUsahawan - Fb Live Take Over.

Bual Bisnes Tentang TikTok

Pasti kebanyakkan kita sudah sedia maklum TikTok merupakan antara platform atas talian yang semakin mendapat tempat terutamanya kepada generasi muda masa kini.

Pada awal kemunculan TikTok, saya sendiri tidak terus melihatnya sebagai tools pemasaran untuk komuniti bisnes. Mungkin sekadar platform baharu atas talian yang muncul untuk berkongsi gelagat santai dan hiburan.

Namun setelah diteliti berdasarkan penglibatan serta pemerhatian, ia mempunyai ‘features’ pengeditan video berdurasi pendek yang unik dan memudahkan. Wajarlah ia terus berkembang pesat dengan dengan daya tarikan tersendiri.

Trend TikTok juga telah menarik perhatian sektor komersil, PKS dan usahawan mikro sebagai antara tools memperkasa kredibiliti pasaran dan perniagaan. Rakaman FB live di bawah berdurasi 1 jam menjelaskan potensi TikTok yang boleh anda manfaatkan.

3pm Bual Bisnes Santai Bersama Elton

Sesi kali ini dengan saudari Khir Khalid akan berkupas mengenai Tik Tok and apa faedahnya untuk bisnes usahawan

Posted by eUsahawan MY on Wednesday, April 29, 2020

Memanfaatkan Potensi Pemasaran Digital

Penghargaan terima kasih kepada eUsahawan dan Coach Elton atas undangan sesi Fb Live ini. Tidak lupa juga kepada semua ‘viewers’ serta interaksi melalui soalan-soalan yang telah diutarakan sepanjang sesi ini berlangsung.

Ia secara tidak langsung turut membantu memberi pengalaman serta pendedahan buat diri ini dalam konteks pemasaran digital untuk kerjaya dan keusahawanan.

Justeru itu, adalah diharapkan agar perkongsian realiti TikTok ini juga dapat menyuntik nilai tambah yang bermanfaat kepada pengusaha mikro dalam memperkukuh potensi keusahawanan digital yang efektif.

Baca lagi: Cara Mudah Bina Laman Web CMS WordPress

9 Thoughts to “Bual Bisnes Santai Bersama Elton Anjuran eUsahawan”

  1. TikTok sekarang sedang menjadi kegilaan dan tumpuan.Tapi sebagai hiburan,bagus juga jika boleh dikembangkan sebagai medium kepada usahawan juga.

    1. Betul tu PC.. features yg ada memudahkan kerja2 pengeditan video. Ditambah dgn kreativiti dan kesesuaian pasaran, mmg boleh dimanfaatkan utk bisnes terutama usahawan mikro.

  2. Perkongsian semasa live hari tu memang sangat menarik. Baru tahu tentang tiktok secara details

    1. Terima kasih join live fb hari tu. Mudah2an ada nilai tambah yg boleh dimanfaatkan utk apa jua aspirasi yg diusahakan, in shaa Allah.

  3. Moga terus suksess Mr Khir.
    Rupanya ada banyak lagi kelebihan TikTok ni selain daripada hiburan. Sesuatu perkara, jika dilihat secara positif and memaksimumkan segala potensi yang ada, pasti ianya menjadi lebih hebat.

    1. Betul tu.. TikTok ada tarikan tersendiri dgn features yg unik. Dlm keadaan sekarang, mmg mempunyai potensi jika dpt dimanfaatkan utk kebaikan usahawan. Salam sukses juga Fidah!

  4. perkongsian yang amat menarik..

    saya tidak sempat untuk mengikuti live tuan tempohari..

    terlepas pandang kerana masih bertugas pada waktu tersebut.

    ternyata Tiktok satu platform media yang tidak kurang hebatnya sekarang ini
    mrhanafi recently posted…Rutin pagi yang menjadikan kita seorang pemenang [ siri 1]My Profile

  5. saya suka guna tiktok untuk direct edit video dari telefon dan tambah muzik..sangat mudah menggunakannya..
    sunah sakura recently posted…Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice CreamMy Profile

  6. Wahhh kongsi info bab tiktok ya.. sekarang ni byk betul orang kat Malaysia kita ni salah guna tik tok duk buat benda2 ynag takde faedah. Apa salahnya dgn tik tok tu kita usaha buat content yang bagus2..

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.