Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow – Pengembangan dunia digital telah mempengaruhi cara hidup kita. Sama ada sedar atau tidak, ia merubah cara kita berfikir, bekerja dan gaya hidup jika dibandingkan 10 tahun lalu, kini dan juga masa hadapan.
Begitu juga jika kita terlibat dalam keusahawanan dan pemasaran atau serius membangunkan kerjaya dalam arus digital kini. Kita perlu beberapa rujukan realiti yang dapat membantu dalam memperkasa idea dan tindakan agar peluang dapat sentiasa dimanfaatkan sebaiknya.
Saya terpanggil berkongsi beberapa digital marketer yang saya diikuti dalam menambahbaik aspirasi kerjaya. Mudah-mudahan pengisian mereka dapat memberi manfaat buat kalian juga.

Digital Marketer Antarabangsa
Neil Patel
Anda patut tahu Neil Patel terutamanya jika terlibat dalam digital marketing.
Seorang usahawan, digital marketing expert, pengarang dan penulis blog kelahiran London ini merupakan pengasas Kiss Metric yang bertanggungjawab disebalik kejayaan syarikat-syarikat ternama seperti Amazon, NBC, GM, HP dan Viacom dalam pemasaran digital.
Beliau juga merupakan co-founder Crazy Egg dan Hello Bar, dan dianugerahkan Top 100 Enterpreneur dibawah usia 30 oleh Presiden Obama dan dibawah usia 35 oleh United Nations. Selain itu, beliau turut disenarai sebagai Forbes Top 10 Marketer dan NY Times Best Selling Author.
Website: NeilPatel.com
Brian Dean
Dikenali sebagai digital marketing dan SEO expert, Brian Dean merupakan pengasas blog Backlinko dan channel YouTube. Beliau juga mendapat jolokan ‘SEO genius’ oleh Entrepreneur.com dan ‘brilliant entrepreneur’ oleh Inc Magazine.
Selain mendapatkan idea dan konsep pemasaran digital terkini yang releven, beliau juga mengasaskan agensi latihan SEO yang terbukti berjaya berkembang dari $0 kepada 7-figure business. Sejujurnya, banyak yang boleh dipelajari dalam menambaik teknik SEO untuk pemasaran digital dari beliau.
Website: Backlinko.com

Ann Handley
Banyak perkara saya pelajari melalui pelbagai perkongsian Ann Handley ini.
Antara yang saya pelajari adalah tentang elemen pengurusan kempen. Ia secara tidak langsung amat membantu saya dalam pelbagai kerjasama membina dan melaksana kempen-kempen pemasaran bersama rakan industri dan klien.
Sememangnya, kempen pemasaran perlu ada ‘framework’ jangka panjang setahun atau lebih, berbanding promosi yang hanya ‘one time task’. Ramai juga yang masih keliru antara kempen pemasaran dan promosi. Perkongsian beliau juga telah membantu saya menilai semula penglibatan menulis agar selaras dalam menambahbaik profesionalisme.
Beliau seorang ahli pemasaran digital, keynote speaker bisnes dan penulis. Merupakan co-founder ClickZ.com dan partner MarketingProfs yang tersenarai sebagai Top 10 digital marketer global, juga Wall Street Journal best-selling author.
Website: AnnHandley.com

Digital Marketer Di Malaysia
Azleen Abdul Rahim
Azleen Abdul Rahim bukan nama yang asing dalam dunia pemasaran digital tanah air.
Seorang marketing strategist dan co-founder majalah online Marketing In Asia. Beliau juga partner kepada NSE, sebuah organisasi pengurusan media sosial kepada beberapa pelanggan Asia Pasifik.
Selain itu, beliau juga seorang mantan kolumnis Utusan Malaysia yang berkongsi aspek pemasaran, penjenamaan dan media sosial. Saya mula kenali beliau dari penulisan akhbar dan membawa pertemuan di LinkedIn sehingga kepada beberapa jalinan kerjasama.
Beliau juga yang membuka ruang kepercayaan untuk saya terlibat sebagai salah seorang contributor kepada kumpulan penulis profesional di Marketing In Asia.
Website: Azleen.com

Dr A.J Minai
Dr A.J Minai juga antara nama yang established dalam pemasaran digital tempatan dan global.
Seorang international TedX speaker, digital storyteller, mentor, juga co-founder dan Chief Marketing Officer, Subture, sebuah agensi kreatif pembangunan laman web, pengiklanan dan penjenamaan.
Beliau aktif di LinkedIn berkongsi perspektif pemasaran digital dan pembangunan modal insan melalui teknik storytelling dan disenaraikan sebagai 100 Most Inspirational LinkedIn Icon in Malaysia. Beliau juga salah seorang Fellow kepada majalah online Marketing In Asia.
Pengisian beliau juga membantu saya menambahbaik profesionalisme pemasaran di atas landasan yang betul selaras arus digitalisasi masa kini.
LinkedIn: Dr A.J Minai

Sejujurnya, ramai lagi digital marketer berwibawa yang boleh kita ikuti, namun tidak kurang juga yang misleading. Perlu berjaga juga agar tidak keliru dan tersasar tentang digital marketing.
Mereka antara yang terbukti mempunyai portfolio profesional dan niche pengisian fokus digital yang memberi nilai tambah pengukuhan kerjaya buat diri ini selaras etika pemasaran yang betul.
Ia juga saya pilih berdasarkan perspektif peribadi, penglibatan industri serta pengalaman jatuh bangun lebih 20 tahun dalam kerjaya pemasaran. Sebagai digital immigrant, saya juga antara yang merasai peralihan pasaran dari era analog ke digital masa kini.
Justeru, jika ada digital marketer dengan kandungan web dan portfolio industri yang kalian subscribe dan follow, boleh kongsikan untuk saling menambahbaik pengetahuan dan idea dalam memperkasa aspirasi kerjaya dan keusahawanan kita semua.
Baca lagi: Apa Kata JT Foxx Tentang Personal Branding

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Apa sahaja ilmu yang mereka dan Tn kongsi sangat bermanfaat dan boleh membantu ramai orang.Kalau tak silap PC ada beberapa kali ikuti Neil Patel ni di youtube lah..masa tu PC nak tahu tentang SEO.
In shaa Allah, mudah2an dan t kasih PC… betul tu, saya pun bnyk belajar dari beliau utk idea ttg seo, plugin dan pemasaran digital.
Ann Handley mmg pure marketing idealist. Ada follow juga pengisian sejak 2 tahun lepas, even sesetengah SMEs prefer idea dia ttg digital mktg ni.. thanks share!
Saya setuju dgn tuan.. beliau juga antara pelopor pemasaran digital dan bnyk ilmu kita boleh upgrade utk kerjaya atau bisnes dari pengisian beliau.
Wah, ramai juga yang Zumal tak kenal rupanya
Pengisian mereka semua ni bnyk beri idea utk saya manfaatkan potensi blog utk kebaikan kerjaya juga Zumal
Good info. Kena belajar dari mereka yg pakar utk kekal relevant
Thanks.. betul tu, selagi ada ruang yg boleh ditambahbaik, kena belajar dan berubah agar kekal relevan dan upgrade utk lebih baik, in shaa Allah.
MARKETER DIGITAL HEBAT ERA KINI N TERKINI ..PERLU DIPELAJARI ILMU DRPD MRK AGAR TIDAK KETINGGALAN
Betul tu kak PI.. sbb tu ikuti mereka utk info2 dan advice terkini, in shaa Allah.
sebagai jalan pintas…follow sahaja Tuan KK kerana dia insan yang hebat dan anggun pada pandangan wanita Malaysia hehehehe
BTW…dua pakar SEO yang wajib follow ialah Neil Patel dan Brian Dean untuk para blogger supaya lebih sukses dalam blogging
Hahahaa.. besar penghargaan tu tuan huhu. Betul tu, advice mereka mmg sesuai utk diguna bukan utk blogger sahaja malah usahawan yg memanfaatkan blog utk memantapkan lagi pasaran digital.
sy cuma kenal neil patel tu je hehehe
Klu Neil Patel tu, saya asyik teringat Man Bai je hehehee 😀
[…] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]
[…] Baca: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]
[…] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]
[…] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]
[…] beberapa input berkaitan yang pernah saya kongsikan dalam artikel terdahulu yang antaranya bertajuk Digital Marketer Yang Saya Subscribe dan Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan […]
[…] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]