Khir Khalid Self Branding

Personal Branding – Bila bercakap tentang branding, memang banyak rujukan yang boleh kita google di internet. Ada pelbagai tips dan saranan tentang membina penjenamaan untuk produk, syarikat mahu pun peribadi (personal branding).

Branding juga bukan perkara asing bagi para Marketer. Sejak zaman kolej pun ia sudah menjadi sebahagian elemen pembelajaran. Cuma bila zaman berubah, trending pun berubah dan sentiasa upgrading. Bila ramai mula sedar kepentingan self branding… maka proses penjenamaan era digitalisasi pun muncul. Namun dasarnya masih sama.

Ia dijelaskan oleh JT Foxx dengan straight forward… by the way, siapa JT Foxx ni?

Apa kata JT Foxx tentang personal branding

Apa Kata JT Foxx Tentang Personal Branding

JT Foxx merupakan World’s #1 Wealth & Business Coach yang telah melahirkan beribu-ribu usahawan berjaya dalam berbagai sektor industri di serata dunia. Beliau juga dikenali sebagai ‘Millionaire Underdog’.

Saya bertemu beliau dalam satu sesi keusahawanan bagi wakil perunding institusi untuk input pemasaran dan penjenamaan era digital. Antara yang menarik dijelaskan adalah tentang ‘branding dan self branding’.

Secara asasnya, bila kita faham dasar ‘branding’, ia memudahkan perancangan arah tuju prospek kerjaya. Secara tidak langsung, ia membantu merangka idea pengisian digital dan media sosial selaras aspirasi penjenamaan diri yang disasarkan.

Oleh itu, sebelum kita peningkan otak dengan isu-isu teknikal dalam membangunkan penjenamaan diri, kita perlu jelas maksud utama tentang personal branding.

Apa kata JT Foxx tentang personal branding

Kita ambil contoh Tony Fernandez dan Air Asia. Kita tahu ada kekuatan tersendiri antara keduanya. Tony Fernandez mempunyai personal branding dalam prospek bidangnya.

Begitu juga Richard Branson, Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steves Jobs, Lim Kok Wing, Jeffrey Cheah dan pelbagai lagi nama-nama individu tersohor.

Pasti akan ada impak jika Tony Fernandes meninggalkan Air Asia dan menyertai syarikat lain. Ia boleh mempengaruhi sentimen pasaran, tindakan pelabur dan banyak pihak. Itulah aura penjenamaan peribadi dalam prospek pasaran yang disasarkan.

Perkara tersebut adalah kekuatan penjenamaan peribadi melalui visi dan misi yang diketengahkan oleh individu itu sendiri. Ia bukan usaha semalaman, tetapi melibatkan fokus dalam penerampilan diri dan portfolio dalam setiap usaha secara konsisten.

Personal branding Khir Khalid, Digital Marketer Malaysia,

Konteks Personal Branding Dalam Era Digital

Begitu juga dalam konteks digital. Pengisian yang kita ketengahkan dalam medium digital dan media sosial sebenarnya berpotensi membina personal branding.

Oleh itu, sebelum kita tumpukan logo peribadi, uniform, paparan web atau media sosial yang fancy, penting untuk kita pastikan pengisian yang ditulis dapat menggambarkan imej, misi, nilai dan visi kita dalam membina circle pembaca dan prospek pasaran.

Sebagai contoh, jika terlibat dalam industri kesihatan pastikan sentiasa ada pengisian berinformatif berkaitan kesihatan, begitu juga kejaya seperti ahli akauntan, hartanah, sukan, pendidik, usahawan dan lain-lain sebagai elemen membina kerjaya.

Penglibatan dan perspektif realiti perlu diketengahkan bagi meletakkan diri releven dalam hubungan pasaran biarpun bermula dari kecil. Itu antara elemen yang penting.

Penjenamaan peribadi bermula dari kredibiliti yang kita tampilkan. Pengisian yang betul dapat meningkatkan nilai kebolehpercayaan pasaran dan dibuktikan atas keberhasilan menampung aspirasi kerjaya yang diusahakan.

Boleh juga baca > Why Millionaires Brand, And How To Copy Them.

Penjenamaan peribadi.

Bagi saya, pandangan JT Foxx membuka kesedaran untuk menambahbaik haluan sedia ada. Perkara yang dinyatakan bukan sekadar teori tetapi dibuktikan melalui perjalanan jatuh bangun beliau sendiri sehingga menjadi rujukan ahli perniagaan mahupun intitusi.

Kalau setakat nama Khir Khalid pun lebih sinonim dengan seorang Makeup Artist. Namun syukurlah, pengisian blog dan portfolio banyak membantu menyokong kredibiliti industri.

Walaupun ada 10 Khir Khalid sekali pun, setidaknya cukuplah jika kalian tau Khir Khalid yang mana satu dalam industri pemasaran haha.

Kini terus menambahbaik usaha atas ‘circle’ yang betul. Potensi laman web sememangnya perlu dimanfaatkan dari sekadar ruangan menulis, in shaa Allah.

Baca lagi; Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa

29 Thoughts to “Apa Kata JT Foxx Tentang Personal Branding”

  1. AvatarPerdu Cinta

    Membangun dengan kekuatan sendiri untuk lebih dikenali tanpa dibayangi oleh pihak yang yang mungkin sama atau hampir serupa.Bila ada rangka yang kukug inshaAllah terbina atau dapat dibina konten yang meyakinkan orang lain atas penjenamaan yang kita dasarkan.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu PC.. bukan mudah especially kalau tiada arah tujuan dlam membuat sesuatu perkara tu untuk apa. Mudah2an menjadi input yg memberi nilai tambah dalam memperkasa kerjaya termasuk diri ini juga, in shaa Allah.

  2. KTRAMPILAN KEBERHASILAN PENJENAMAAN CITRA DIRI PENUH AURA MUDAH DIKENALI

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Bila org dah percaya pada keperibadian diri, apa jenis penjenamaan syarikat pun jadi lebih mantap dan ditambahbaik.

  3. AvatarMarzuki Rmn

    Zaman sekarang ramai juga yg kata pakar bisnes, tp hakikat sesetengah mereka pun masih terkapai2 lagi dgn personaliti sendiri, bisnes pun suam2 kuku dan hanya berharap fees sebenarnya. Bagus perkongsian mcm ni, sbb mentor pun mmg terbukti dah kaya dan berjaya.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Mcm2 cara org cari market tuan, a.k.a cari makan hehe.. ada yg kluar modal bnyk, hasil ciput. Tp bila ada penjenamaan peribadi yg baik, tiada modal pun org dtg cari… nak modal petik jari je bisnes apa.. org snggup bagi kan. Penjenamaan peribadi yg utama adalah kredibiliti dan kepercayaan.

  4. Setuju tu tuan, personal branding ni buat kita berbeza dengan yang lain. Ada identiti sendiri kan.. Nice sharing

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu Husniey.. penjenamaan peribadi bina identiti dan kepercayaan dlm memperkasa platform kerjaya diri juga kan

  5. branding itu penting ya pak..

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Ya Thya.. penting utk kemajuan diri dan kerjaya. Klu mcm saya ni di Malaysia bukan siapa2 pun, apatah lagi di Indonesia hehe 🙂

  6. saya memang tau Khir Khalid adalah Tuan KK ..

    blogger yang hebat dalam penulisan dwi bahasa..

    lebih menarik lagi diminati ramai awek hahahaha
    mrhanafi recently posted…Sedekah Umpama Teknologi Luarbiasa Untuk Jadi JutawanMy Profile

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Alhamdulillah… masih terlalu jauh sgt lg tuan. Tuan pun apa kurang hebatnya… dah ada market tersendiri di seluruh Borneo tu. Awek ramai minat lagi jadi pening kepala juga nnti hahahaa

  7. Betul tu. Bila sebut nama KK rata2 akan ingat MUA tu. Ana pun mcm tu tp skrg dah tau Tuan KK yg mana satu. Susah juga nak develop personal branding ni. Lagi susah nk maintain kan nama tu.

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Kan hehee.. mujur juga dikalangan market saya kurang ambil tau bab2 makeup ni, so kurang keliru.. selain tu, tumpang sekali juga populariti dia huhu

  8. wahhh dpt jumpa mentor terkenal!!!

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Mudah2an melekat terus aura kehebatan dia hehe

        1. Khir KhalidKhir Khalid

          Aamiin 🙂

  9. Betul… Tak semudah itu kita boleh bangkit dan bangun tanpa personal branding yang betul. MUA KhirKhalid tu memang power.. Hehehe..

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Betul tu, tak mudah dan perlu sabar juga kan. Mujur Mua tu jauh beza prospek dan market.. cukuplah klu sy dpt establish niche sndiri pada industri khusus yg tepat utk skrng dan seterusnya, in shaa Allah 🙂

  10. As-salam KK. Impian dan usaha yang terlalu besar untuk blogger picisan macam saya. 🙁
    SENTIASA PANAS recently posted…Pesakit B40 Boleh Tuntut RM8,000 Jika Ada 36 Penyakit Kritikal IniMy Profile

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Waalaikumussalam.. kita pun picisan juga. Moga ia memberi nilai tambah dlm menambahbaik lagi apa jua yg diusahakan 🙂

  11. kereen kak artikelnya..

    salam kenal..

    mampir2 ke blog saya juga yaa

    1. Khir KhalidKhir Khalid

      Trimas!.. baiklah, salam kenal juga 🙂

  12. Kena berusaha lebih gigih ni nampaknya..

    1. Samalah kita.. masih berusaha menambahbaik diri lagi 🙂

  13. Terima kasih atas perkongsian sahabat. Lepas ni nak kurangkan membawang

    1. Sama2lah kita sentiasa menambahbaik diri. Mudah2an bertambah lagi peluang yg dpt rebut dari perkembangan arus semasa.

  14. […] Baca lagi: Apa Kata JT Foxx Tentang Personal Branding […]

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.