Lawatan Media Ke Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam

Lawatan Media Ke Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam – Jenama gula CSR pastinya sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat malaysia. Merupakan salah satu peneraju industri dalam menyediakan pilihan gula berkualiti bagi menambah nilai citarasa minuman dan makanan.

Baru-baru ini saya telah menyertai lawatan media ke Central Sugars Refinery Sdn. Bhd. (CSR) bagi melihat pemprosesan gula di kilang yang telah bertapak sejak tahun 1965 di Shah Alam, Selangor.

Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif CSR dalam mengetengahkan komitmen memperkasa transformasi daripada pengeluar berasaskan komoditi ke arah sebuah syarikat barangan pengguna FMCG (Fast-Moving Consumer Goods) di Malaysia.

Lawatan Media ke Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam

Lawatan Media Ke Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam

Ini merupakan pengalaman pertama saya melawat kilang gula. Jika sebelum ini hanya tau tambah gula untuk rasa manis dalam minuman, kini dapat melihat sendiri bagaimana telitinya setiap proses pengeluaran gula untuk bekalan pasaran.

Program bermula dengan kata-kata aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CSR, En Hishammudin Hasan dalam sesi media briefing. Beliau menjelaskan, CSR telah memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta pada tahun ini bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi kilang.

Ia selaras matlamat transformasi dalam penjenamaan semula dengan melabur dalam pemasaran dan pengiklanan kepada pasaran pengguna, termasuk dengan mendidik dan menggalak pengguna beralih kepada pilihan gula rendah Glisemik (CSR Better Brown Low G Sugar) yang telah dilancarkan.

Gula perang CSR Better Brown Low G merupakan pilihan terbaik kerana indeks glisemik (GI) rendah yang membolehkan gula dihadam, diserap dan menjalani proses metabolisme secara perlahan. Ia juga mengandungi antioksidan yang membantu mengurus paras glukosa dan tenaga yang lebih lama.

Dalam sesi lawatan ke kilang CSR Shah Alam ini, kami dibawa melihat operasi pemprosesan gula perang. Sebahagian peruntukan dana juga digunakan untuk menambahbaik teknik dan infrastruktur pengeluaran bagi memastikan kilang CSR ini menghasilkan kualiti gula yang bermutu tinggi.

Central Sugars Refinery (CSR)

Sumber bahan mentah pengeluaran gula ini diperolehi dari beberapa negara luar seperti Brazil dan Thailand, manakala bagi gula perang rendah glisemik pula diperolehi dari Australia dan CSR telah mendapat hak pembuatan serta pengedaran eksklusif untuk dipasarkan di Malaysia.

Namun ia tidak seperti negara-negara lain yang meletakkan gula rendah glisemik pada harga premium, CSR juga telah memastikan agar paras harga diletakkan dalam kategori ‘mass market’ untuk dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat dalam meningkatkan nilai gaya hidup yang lebih sihat.

CSR telah melaksanakan penjenamaan semula melalui pembungkusan kepada lebih 10 barisan produk dengan 70% unit simpanan stok. Kilang CSR kini beroperasi pada kapisiti pengeluaran maksimum sebanyak 50,000 tan sebulan.

Central Sugars Refinery CSR Brown Sugar

CSR Peruntukkan RM30 Juta Dalam Transformasi FMCG

CSR juga akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kualiti pengeluaran gula dengan memanfaatkan potensi Industri 4.0 melalui kejuruteraan prediktif dan kecerdasan buatan (AI).

Transformasi ke arah syarikat FMCG dengan peruntukan RM30 juta ini merupakan langkah strategik dalam mengembangkan inovasi, meningkatkan kualiti dan operasi pengeluaran serta penjenamaan semula untuk pasaran pengguna yang lebih mampan.

Selain itu, impak penguatkuasaan cukai gula bermula julai tahun ini juga dijangka dapat dikurangkan dengan mengembangkan lagi pasaran kepada pengguna langsung ke arah FMCG.

CSR kini menguasai 41% pasaran dan juga komited menyuntik kesedaran melalui pelbagai aktiviti kerjasama dan pendidikan berterusan tentang amalan gaya hidup sihat dan pengambilan gula secara bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia.

Amalkan Pengambilan Gula Secara Bertanggungjawab

Penghargaan terima kasih atas peluang melawat ke Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam ini. Ia merupakan satu pengalaman dan pendedahan industri yang bermanfaat untuk dikongsikan.

Masih teringat kata-kata En. Hishamuddin; “walaupun gula sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes, namun pada hakikatnya bukan gula yang menjadi punca utama masalah tetapi ia disebabkan amalan gaya hidup.”

Ia ada kebenarannya… kita sering menyalahkan gula menjadi punca masalah kesihatan seperti diabetes, sedangkan ia sebenarnya berpunca daripada kita sendiri yang tidak ambil kisah dalam mengawal pengambilan gula secara bertanggungjawab.

So, kurangkan gula pada minuman dan tambahkan manis pada senyuman.

Baca lagi > Lawatan Media KTCC Drawbridge Terengganu

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

15 Thoughts to “Lawatan Media: Central Sugars Refinery (CSR) Shah Alam”

  1. Perdu Cinta

    Alhamdulillah.Satu kepuasan dan peluang bila dapat turun padang melihat proses salah satu keperluan harian penduduk negara selain beras dilakukan.Betul..makanan tidak menjadi punca dengan syarat waspada ketika menyuap ke mulut.

    1. Khir Khalid

      Yup, betul tu PC… satu pendedahan baru yg boleh dijadikan sbg pengalaman industri dan sosioekonomi juga kan. Sama2lah kita amalkan gaya hidup sihat termasuk penggunaan gula secara bertanggungjawab.

  2. gula sama saja macam ubat.. kalau ambil sekadar keperluan, tak ada masalah.. dah bila ambil berlebihan, jangan kata gula, ubat pun jadiu racun..

    1. Khir Khalid

      Pencerahan yg jelas tu dari seorang farmasis bertauliah.. terima kasih bro. Mmg setuju sgt.

  3. memang betul la…

    gula yang rendah glisemik memang bagus untuk kesihatan..

    kira beruntung tuan dapat mengikuti program seumpama ini

    1. Khir Khalid

      Alhamdulillah.. pengalaman yg bagus juga utk pendedahan akademik-industri ni tuan.

  4. Beruntungnya pak cik berkesempatan mengunjungi pabrik gula dan mrlihat proses produksinya disana ..

    Melalui post ini, kita pembaca tersadarkan untuk selalu mengkonsumsi gula glisemik, gula yang lebih relatif aman untuk dikonsumsi.

    Terimakasih infonya.

    1. Khir Khalid

      Benar mas.. pilihan yg lebih baik utk keperihatinan gaya hidup sihat.. terima kasih kembali

  5. walaupun gula sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes, namun pada hakikatnya bukan gula yang menjadi punca utama masalah tetapi ia disebabkan amalan gaya hidup.

    setuju sgt. kalau pg ptg siang mlm dok mkn kt luar, amik air manis non stop…

    1. Khir Khalid

      A ah… kdg2 klu selalu ada appointmen pun tak sedar bnyk ambil gula.. klu sehari ada 3-4 meetup kat cafe pun mmg akan minum bnyk gula huhu

  6. AMBIL GULA SEKADAR SAJA INSYAA ALLAH TIADA MASALAH KESIHATAN JIKA BERLEBIHAN PENGAMBILANNYA TENTU MUDARAT KEPADA KESIHATAN

  7. SubhanaAllah bestnya pengalaman macam ni.. Nak kena kurangkan gula tapi dalam masa sama tak boleh tinggal terus kan.. Kena balance la jaga pemakanan lain jugak kan..

  8. Pengalaman berharga dpt melawat kilang CSR ni tuan. Bagus ye CSR sentiasa menambah baik operasi mereka. Wajar jadi contoh kepada syarikat luar.

  9. […] Baca lagi: Media Trip Central Sugar Refinery (CSR) Shah Alam […]

  10. […] Baca lagi: Media Trip Central Sugar Refinery (CSR) Shah Alam […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.