Wordpress Meetup KL WOTSO

Optimasi Website Di WordPress Meetup KL – Alhamdulillah, sekali lagi dapat hadir sesi pertemuan WordPress Meetup KL pada Sabtu, 23 Mac lalu. Kali ini membincangkan beberapa tips dan teknik dalam mengoptimasi potensi laman web sebagai medium sokongan kerjaya atau bisnes.

Pertemuan kali ini diadakan sedikit ringkas berbanding sebelum ini. Namun terpanggil untuk saya menulis buat perkongsian bersama pembaca. Ini adalah pertemuan dan perbincangan terbaik buat saya bersama rakan dan kenalan yang menguruskan platform WordPress Self-Hosted.

Optimasi Potensi Blog di WordPress Meetup KL

Optimasi Website Di WordPress Meetup KL

Pembentangan sepatutnya disampaikan oleh Jerry Low, pengusaha Web Hosting Secret Revealed dan Asif Rahman, usahawan WordPress dan content marketing antarabangsa. Namun disebabkan permasalahan dokumentasi visa di Singapura, mereka tidak sempat hadir mengikut waktu.

Oleh itu, pengisian telah disampaikan oleh David Wang berdasarkan teks dan slide yang dibekalkan oleh Jerry Low dan Asif Rahman. David ni pun tak kurang hebat juga… beliau pun antara pendukung penting WordPress Meetup KL selama ini.

Apa pun, pengisian dan perkongsian dalam setiap siri WordPress Meetup yang saya hadiri setakat ini tidak pernah menghampakan. Sentiasa ada elemen baru untuk dimanfaatkan.

Optimasi Potensi Blog di WordPress Meetup KL

Memanfaatkan Plugin Dalam Mengoptimasi Potensi Blog

Pemilihan Theme website mengikut kesesuaian bisnes memang menjadi faktor utama. Selain itu, penggunaan Plugin juga memainkan peranan penting dalam mengoptimasikan potensi laman web dan blog selaras pasaran, industri dan pembaca yang disasarkan.

Antara Plugin penting termasuk Plugin SEO seperti Yoast, All In One SEO, Jetpack dan beberapa lagi, tidak ketinggalan juga Plugin Analitik seperti Google Analytics, JetPack dan Monster Insight. Memahami Theme, Plugin dan teknik penulisan kepada prospek pembaca yang betul menjelaskan kenapa WordPress Self-Hosted menjadi pilihan sebahagian besar pengusaha perniagaan seluruh dunia.

Sejak saya bekerja dalam industri periklanan sekitar 2004 dan belajar bekerjasama dengan beberapa team pengaturcara laman web sehingga kini, sememangnya banyak perubahan dan pengembangan yang berlaku. Namun, dengan asas yang ada, mudah untuk saya recall bersama mereka yang benar-benar tahu dan berpengalaman dalammemanfaatkan blog untuk kerjaya atau bisnes.

Kami juga turut saling bertukar pandangan melalui perbezaan sektor industri, pasaran dan perniagaan sebagai satu input berharga. Secara tidak langsung juga menyuntik idea menambahbaik lagi fokus keusahawanan sedia ada melalui input dari pelbagai industri.

Optimasi website WordPress Meetup KL
WordPress Meetup KL @ WOTSO Workspace

By the way.. WordPress Meetup KL merupakan platform pengguna WordPress di seluruh dunia berkumpul. Baru nampak, rupa-rupanya ramai juga usahawan dan independent professionals yang menjadikan laman web sebagai sokongan kerjaya dan bisnes. Banyak lagi boleh dipelajari berserta idea yang boleh dijadikan landasan memperkukuh prospek digital.

Baca lagi > Sesi Workshop WordPress Meetup Malaysia

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

10 Thoughts to “Optimasi Website Di WordPress Meetup KL”

  1. ramai juga ya yang hadir…

    1. Khir Khalid

      A ah ramai juga Anies

  2. santai giler perjumpaan ni..

    1. Khir Khalid

      Mmg santai.. relax2 sambil belajar, tak rasa stress

  3. Menariknya pengalaman ni!

    1. Khir Khalid

      Yup.. menarik dan bermanfaat juga

  4. bagus ada pertemuan mcm ni. banyak info yang kita boleh serap untuk penambahbaikan blog kita kan sekaligus menjadikan kita sebagai seorang atau bakal usahawan yang bijak.

    1. Khir Khalid

      Betul tu Ana.. selain tu dpt juga kenal2 dan tau perspektif lain dlm blogging sbg inspirasi tambahbaik usaha blog dan kerjaya juga, in shaa Allah.

  5. PERTEMUAN MENCAMBAH ILMU aLHAMDULILLAH

    1. Khir Khalid

      Alhamdulillah kak.. moga ilmu yg diperolehi dpt sentiasa dimanfaatkan sebaiknya, in shaa Allah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.