WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis – Alhamdulillah, terpanggil berkongsi pada kelapangan menulis pagi ini pengalaman menyertai WordPress Meetup Malaysia pada Sabtu lepas. Selain menjadi salah satu portfolio jurnal online, ia juga merupakan antara platform menambahbaik pengetahuan dan inspirasi menulis buat diri ini.
WordPress Meetup ini merupakan perjumpaan kali pertama saya sertai, diadakan di KDC, Tech Mahindra, Cyberjaya. Ia dianjurkan oleh team sukarelawan wordpress bagi berkongsi pengetahuan tentang keistimewaan platform CMS ini disamping menjalin kenalan bersama para pemilik laman web WordPress Self-Hosted di Malaysia.

WordPress Meetup Malaysia
Bagi para pembaca yang mengikuti perkongsian blog ini, pasti tahu yang saya baru sahaja bertukar ke platform WordPress Self-Hosted pada tahun lepas. Itu pun setelah 2 tahun melalui penelitian, bertukar atau tidak, kerana khuatir untuk berubah setelah lebih 8 tahun terbiasa dengan platform Blogger.
Namun atas komitmen jangka panjang kerjaya, saya akhirnya mengambil keputusan nekad bertukar terus kepada WordPress Self-Hosted. Saya dikira bernasib baik kerana mendapat info tentang WordPress Meetup ini tidak lama selepas bertukar platform. Tanpa berlengah, saya terus mendaftar.
Ia dihadiri pemilik website dari pelbagai latar belakang industri. Ada yang baru dan juga yang sudah biasa dengan platform WordPress Self-Hosted. Segala perkongsian disampaikan oleh Sam Suresh dan David Wang, pakar yang tidak asing lagi dalam industri pengaturcara dan pembangunan laman web.

Sesi Workshop WordPress Meetup Malaysia
Bermula sekitar 10 pagi dengan sesi meet and greet diikuti info latarbelakang WordPress serta WordCamp US 2018 – State of Word. Ia diteruskan dengan 2 pilihan sesi workshop iaitu WordPress Website with Elementor oleh Sam Suresh, dan WordPress Theme Development oleh David Wang.
Sudah pasti saya pilih workshop pertama… kita mula dari bawah agar faham foundation asas sebaiknya. Cara penyampaian Sam Suresh pun relax dan jelas, tentang hosting, bandwidth dan theme menggunakan plugin Elementor. Turut berkongsi tips beberapa plugin dan backup agar laman web dalam keadaan yang baik.
Alhamdulillah… berbaloi menyertai WordPress Meetup ini. Apa yang diajar dan dikongsi memang berguna untuk diaplikasikan. Paling menarik, tiada hidden agenda jual produk atau join bisnes seperti sesetengah yang ada. Ini purely wordpress dan profesional… salute!

Menambah Ilmu Dan Networking Melalui WordPress Meetup
Bukan itu sahaja, WordPress Meetup juga menjadi landasan mengenali pemilik dan pengusaha laman web dari pelbagai bidang dan latarbelakang industri. Ada perunding kewangan, perunding hartanah, pengajar, usahawan bakeri, perabot dan ramai lagi yang memanfaatkan potensi laman web dalam mengukuhkan aspirasi kerjaya dan keusahawanan.
Berpeluang juga bertukar perspektif tentang kerjaya masing-masing disamping idea menambahbaik laman web dalam potensi era digital kini. Ia juga memberi inspirasi semangat buat diri ini untuk terus berusaha membina kebolehpercayaan industri melalui pengisian bermanfaat.

Sesi berakhir jam 2 petang, namun ia tidak terus berhenti di situ. Macam-macam dibualkan antara satu sama lain, dan saya ok saja jika ia berlanjutan hingga ke malam hehe. Kalau boleh, tak nak ketinggalan sesi seperti ini pada masa-masa mendatang demi ilmu dan silaturrahim yang terjalin bersamanya.
Penghargaan terima kasih kepada Sam Suresh, David Wang dan semua para sukarelawan wordpress yang menjayakan inisiatif WordPress Meetup ini. Tidak lupa buat rakan-rakan yang menyertai, saling mengenali dan berhubung. Semoga ukhwah membawa kejayaan buat semua.
WordPress Meetup suntik inspirasi menulis untuk terus maju… terima kasih!
Kredit Gambar SP: https://suzaidee.com
Baca lagi jurnal membina:
LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Lebih banyak input maka lebih berganda juga output yang terhasil. Banyak ilmu yang dituntut maka lebih luas dan dalam idea dapat digali.
Mudah2an.. begitulah hendaknya PC, in shaa Allah.
ramai jg yg ikut serta ya
A ah.. ramai Anies yg ikut serta. Ramai juga yg saya baru kenal.
Blog tuan antara yg saya follow sejak 2013, trial error pun saya dpt lihat.. suka dgn skop yang dikongsikan dan pernah hampir hilang niche pengisian. Tp hari ke hari nampak ada kemajuan. Semoga tuan terus berinspirasi utk menulis.
Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan tuan. Satu penghargaan buat diri ini. In shaa Allah, akan sentiasa menambahbaik apa yg patut selagi mampu menulis dgn izinNya. Terima kasih juga atas segala pandangan dan teguran, ia satu nilai tambah yg bermanfaat juga.
hebat dan sungguh menarik tuan.
ternyata perjumpaan begini wajar dilakukan selalu agar momentum sebagai blogger terus naik dan naik menjulang ke angkasa..
hahahaha…terlebih pulak nak mengayat nie
Betul tu tuan.. selain peniaga dan usahawan, ia juga sesuatu yg baik utk tambahbaik momentum berblogging buat para blogger.
Sama2lah kita menuju ke bintang, kalau tak sampai pun sekurang2nya kita sudah berada di bulan.. chewah hehee 🙂
sangat menarik..
Yup, mmg menarik… seronok juga. T kasih saudara Mus.
Bagus ada meetup session macam ni tuan. Ana pasti banyak yang tuan dapat serap hari tu kan. Ana selalu dengar orang kata wordpress ni lagi bagus dr blogger. Tp tahu setakat tu je. Yg details tak tahu pun. ?
Alhamdulillah, mmg sgt bermanfaat. Mmg wp self-hosted lebih baik dari pelbagai segi, mudah juga berurusan dgn industri dan klu dari dulu tau dah lama saya tukar hehe. Cuma kena study ttg cpanel, disk space, bandwith, plugin… Tp wordpress yg dimaksudkan adalah yg self-hosted (wordpress.org). Klu wordpress.com fungsi lebih kurang blogger.com juga.
Bagusnya ada perjumpaan macam ni.
Saya juga baru bertukar ke platform wordpress…
Kat timeline dashboard wp tu ada beritau meet-up ni, malah meet-up dari seluruh dunia pun ada. Next time ada lagi kat kl joinlah.. mmg bermanfaat.
Pergh dasyat….
Aku yang dah berbelas tahun guna wordpress pun tak pernah hadir meetup macam nie.. Next time kena agak gua nie…
By the way, ada a few face yang aku kenal
Next time kita join bro.. selain hal teknikal, dpt juga idea utk tambahbaik peluang dan prospek melalui website dan blog ni.
Bagus gunakan wordpress untuk blogging secara serius
Setuju kak PI.. mmg baik utk capaian online menambahbaik perniagaan juga.
[…] WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis. […]
[…] Baca lagi: WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis […]