Wordpress Meetup KL WOTSO

Optimasi Potensi Blog Di WordPress Meetup KL – Alhamdulillah, sekali lagi dapat menyertai sesi pertemuan WordPress Meetup KL pada Sabtu, 23 Mac yang lalu. Kali ini membincangkan beberapa tips dan teknik dalam mengoptimasi potensi blog sebagai medium aspirasi kerjaya dan perniagaan.

Perbincangan bertajuk Grow And Optimize Your Blog ini telah diadakan di WOTSO Workspace, yang merupakan penaja lokasi sesi pertemuan WordPress Meetup KL pada kali ini. Ia dihadiri seramai 75 pengusaha blog dan laman web dari pelbagai latar belakang profesyen, bisnes dan industri.

Optimasi Potensi Blog di WordPress Meetup KL

Optimasi Potensi Blog Di WordPress Meetup KL

Pertemuan kali ini diadakan sedikit ringkas berbanding yang pernah saya sertai sebelum ini, tetapi ia tetap memberikan input dalam menambahbaik usaha menguruskan platform WordPress Self-Hosted.

Pembentangan sepatutnya disampaikan oleh Jerry Low, pengusaha Web Hosting Secret Revealed dan Asif Rahman, usahawan WordPress dan content marketing antarabangsa. Namun disebabkan permasalahan dokumentasi visa di Singapura, mereka tidak berkesempatan hadir mengikut waktu.

Oleh itu, pengisian telah disampaikan oleh David Wang berdasarkan teks dan slide yang dibekalkan oleh Jerry Low dan Asif Rahman. David ni pun tak kurang hebat juga… beliau pun antara pendukung penting WordPress Meetup KL selama ini.

Apa pun, pengisian dan perkongsian dalam WordPress Meetup yang saya hadiri setakat ini tidak pernah menghampakan. Sentiasa ada elemen baru untuk dimanfaatkan.

Optimasi Potensi Blog di WordPress Meetup KL

Memanfaatkan Plugin Dalam Mengoptimasi Potensi Blog

Pemilihan Theme dalam mengusahakan blog mengikut kesesuaian bisnes memang menjadi faktor utama. Selain itu, penggunaan Plugin juga memainkan peranan penting dalam mengoptimasikan potensi blog selaras pasaran, industri dan pembaca yang disasarkan.

Antara Plugin penting termasuk Plugin SEO seperti Yoast, All In One SEO, Jetpack dan beberapa lagi, juga Plugin Analitik seperti Google Analytics, JetPack dan Monster Insight. Memahami Theme, Plugin dan teknik penulisan kepada prospek pembaca yang betul menjelaskan kenapa WordPress Self-Hosted menjadi pilihan sebahagian besar pengusaha perniagaan seluruh dunia.

Walaupun berkaitan blog, perkongsian bersama yang hadir tidak menjurus tentang blog review yang menjadi kebiasaan kebanyakkan blogger, tetapi lebih tertumpu pengalaman masing-masing memanfaatkan blog untuk kerjaya, startup dan bisnes. Saling bertukar pandangan melalui perbezaan sektor industri dan pasaran juga menjadi input berharga.

Secara tidak langsung ia menyuntik idea dan inspirasi dalam menambahbaik lagi fokus keusahawanan sedia ada melalui input jaringan kenalan dari pelbagai industri.

Wordpress Meetup KL WOTSO
Penghargaan WordPress Meetup KL dan WOTSO Workspace

By the way.. ini bukan review berbayar. Ia satu penghargaan ilmu dan ukhwah yang sudah pasti bernilai ratusan malah ribuan ringgit, tetapi disampaikan percuma. Mudah-mudahan sentiasa ada berkat atas ilmu yang dipraktikkan untuk kerjaya dan diri… aamiin.

WordPress Meetup KL merupakan sebahagian platform sukarelawan WordPress di seluruh dunia. Baru nampak, rupa-rupanya ramai juga usahawan dan independent professionals yang mengusahakan blog untuk pembangunan aspirasi kerjaya dan bisnes. Banyak lagi boleh dipelajari berserta idea yang boleh dijadikan landasan melalui pertemuan seperti ini.

Moga terus diberi kelapangan masa untuk menyertai pertemuan-pertemuan seterusnya demi menambahbaik aspirasi keusahawanan sosial dan prospektus digital.

Terima kasih dan salam sukses buat semua.

Baca lagi perkongsian inspirasi;

WordPress Meetup Suntik Inspirasi Menulis.

10 Thoughts to “Optimasi Potensi Blog Di WordPress Meetup KL”

  1. ramai juga ya yang hadir…

    1. Khir Khalid

      A ah ramai juga Anies

  2. santai giler perjumpaan ni..

    1. Khir Khalid

      Mmg santai.. relax2 sambil belajar, tak rasa stress

  3. Menariknya pengalaman ni!

    1. Khir Khalid

      Yup.. menarik dan bermanfaat juga

  4. bagus ada pertemuan mcm ni. banyak info yang kita boleh serap untuk penambahbaikan blog kita kan sekaligus menjadikan kita sebagai seorang atau bakal usahawan yang bijak.

    1. Khir Khalid

      Betul tu Ana.. selain tu dpt juga kenal2 dan tau perspektif lain dlm blogging sbg inspirasi tambahbaik usaha blog dan kerjaya juga, in shaa Allah.

  5. PERTEMUAN MENCAMBAH ILMU aLHAMDULILLAH

    1. Khir Khalid

      Alhamdulillah kak.. moga ilmu yg diperolehi dpt sentiasa dimanfaatkan sebaiknya, in shaa Allah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.