Jika ditanya apakah antara perkara yang mampu menyuntik inspirasi dalam membina platform pemasaran kandungan yang mempunyai kredibiliti dalam menyokong kerjaya dan bisnes? Jawapan saya antaranya sudah pasti adalah program WordCamp KL 2019.
Tahun ini ia sekali lagi menjadi medan pertemuan bagi para pengusaha, pengendali dan pembangun laman web CMS WordPress dan penggiat digital di Malaysia serta antarabangsa. Setiap tahun ia mengetengahkan pelbagai input terkini yang selaras dengan perkembangan industri digital.
WordCamp KL 2019 telah berlangsung pada 2 November 2019 di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur dan dihadiri seramai 275 peserta.
WordCamp Kuala Lumpur 2019
Bagi anda yang terlibat dalam digital business pasti tahu kelebihan CMS WordPress.
Tetapi bagi rakan subscriber dan pembaca yang belum tahu, ia merupakan platform yang menjadi pilihan para pengusaha dalam pengukuhan perniagaan dan pasaran digital. Tidak terkecuali diri ini yang turut mengakui kemampuan CMS WordPress dalam pengukuhan kerjaya.
Berdasarkan statistik terbaru, CMS WordPress kini menguasai 34% website seluruh dunia. WordCamp pula diadakan untuk komuniti WordPress dikebanyakkan negara seluruh dunia.
Pertemuan seperti ini amat membantu menambahbaik lagi pengetahuan dan jaringan perkenalan bersama komuniti WordPress. Saya juga bersyukur kerana berpeluang terlibat dalam WordCamp KL 2019 ini.
Bermula sekitar 9.30 pagi sehingga 5.45 petang, terdapat 17 speaker tempatan dan antarabangsa yang mengetengahkan pelbagai pengisan dalam memperkasa potensi website CMS WordPress.
Walaupun sebahagian telah saya praktikkan, namun terdapat banyak lagi perkara yang perlu diambilkira melalui perkongsian para speaker ini.
Pendek kata, ilmu pengendalian website ini perlu sentiasa diupgrade agar tidak ketinggalan dalam arus digitalisasi yang terus berkembang. Pendedahan berterusan bersama komuniti seperti ini sememangnya amat membantu.
Sebagai individu yang turut terlibat menulis kandungan digital dan blog dalam menyokong aspirasi kerjaya sepenuh masa, fokus utama adalah memantapkan lagi pengisian untuk setiap platform pelanggan serta kerjasama rakan industri yang telah memberi kepercayaan.
Begitu juga buat website rasmi saya sendiri agar dapat terus mencapai prospek pembaca melalui potensi enjin carian yang selaras aspirasi yang disasarkan. Oleh itu, setiap input yang diperolehi perlulah dipraktik dan dimanfaatkan dalam menambahnaik lagi fokus profesionalisme pemasaran dan keusahawanan yang lebih mampan.
Penghargaan WCKL 2019
Penghargaan terima kasih kepada para penaja, speaker, organizer, volunteer, juga peserta atas segala input perkongsian, perkenalan serta pengalaman yang berharga ini.
WordCamp KL 2019 memang padat dengan pengisian yang diperlukan dalam menyuntik pendedahan tentang pengendalian CMS WordPress. Ia secara tidak langsung turut menjadi sebahagian lagi portfolio dalam komitmen digital buat diri ini.
In shaa Allah, akan terus bergiat melalui penglibatan komuniti CMS WordPress demi menambahbaik aspirasi kerjaya dan penulisan yang memberi nilai tambah rujukan pembaca online.
Baca lagi: WordPress Workshop Bersama WordPress Meetup Malaysia
Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Next year hopefully kena joinlah wordcamp ni.. atleast dpt idea nak expandkan penggunaan web sambil kenal2 establish connection dgn warga2 digital ni.
Jom join tuan.. dah ada website sykt tukan guna cms wp, mmg bagus join komuniti ni. Even meetup kecil tiap2 bulan pun ada kat dashboard tu utk join klu tuan ada masa free 🙂
Alhamdulillah..dapat meningkatkan kualiti penulisan ya Tn.
Betul tu PC, termasuk tambahbaik belajar ttg pengendalian website dan kenal2
tahniah sebab dah join awesome event mesti menambah pengetahuan tentang blog , dulu cuma ikut SBB saja kat malaysia
Hidup dalam era digital, kena sentiasa tambah dan up date ilmu2 baru. Bagus tu Khir.
Alhamdulillah, Fidah.. mmg bagus sgt. Bnyk info dan peluang kenal2 org brkaitan wp juga.
Alhamdulillah.. sy pun ada join SBB cuma tak kesempatan jumpa tuan. Event ni lebih kepada pengendalian laman web berbanding blogger. Ramai pengusaha dan pembangun website yg join.
Moga terus sukses dalam bidang yang diceburi
Terima kasih kak PI.. in shaa Allah, sama2lah kita hendaknya.. aamiin.
peluang terbaik utk tambahkan ilmu
Betul tu Anies.. seronok juga dpt kenal2 yg lain2
Untungnya guna WordPress, kerana ada program macam ni setiap tahun.
Alhamdulillah sahabat, function pun jauh beza dan bnyk perlu belajar smbil kenal2 mereka2 yg terlibat dlm wp ni, in shaa Allah.
antara WordPress dengan platfrom Blogspot…mesti wordpress lebih sedap guna kerana bantuan plug in yang open source..
Betul tuan, memang jauh bezanya. WordPress mmg platform utk serius dlm dunia online dan berkembang selaras dgn keperluan warga digital seluruh dunia.
makin hebat ler Bro KK nanti dalam bidang penulisan..
[…] Baca lagi: WordPress WordCamp Kuala Lumpur […]