Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Baru Terengganu – Projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre – KTCC) kini sedang rancak dalam pembinaan. Ia bakal menjadi satu lagi projek infrarakyat yang akan merubah landskap dan melonjakkan transformasi sosioekonomi Terengganu.
Pada Isnin, 26 Februari 2018, saya terlibat dalam delegasi lawatan pembangunan projek infrarakyat berimpak tinggi yang sedang giat dilaksananakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini. Lokasi utama lawatan kami adalah ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) yang bakal menjadi mercu tanda ikonik baru Terengganu.
![Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Baru Terengganu](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge1.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Terengganu
Jambatan angkat KTCC ini memainkan peranan penting dalam melonjakkan sosioekonomi negeri Terengganu dan merupakan jambatan pertama seumpamanya di rantau ini. Ia bakal memudahkan logistik antara Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir disamping membolehkan kapal-kapal melintas.
Kerja-kerja pembinaan jambatan angkat sepanjang 632 meter ini telah bermula pada tahun 2014 dan dijangka siap penghujung 2018.
![Jambatan Angkat KTCC Drawbridge Terengganu](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge2.png?resize=640%2C359&ssl=1)
![Kerja-kerja pembangunan jambatan Angkat KTCC Terengganu](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge3.png?resize=640%2C359&ssl=1)
![KTCC Drawbridge, Jambatan Angkat Kuala Terengganu City Centre,](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge4.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Pertama kali melihat jambatan angkat KTCC mengingatkan saya tentang Tower Bridge di London. Namun, jambatan baru Terengganu ini dilengkapi infrastruktur terkini dengan keunikan tersendiri. Terdapat 2 menara di Muara Selatan dan Muara Utara yang bakal dilengkapi restoran eksklusif, dek tinjauan dan sebuah galeri sebagai tarikan pelancongan gerbang ECER di Terengganu.
Jambatan angkat ini juga berperanan penting dalam melengkapi keseluruhan pembangunan KTCC yang bakal menjadi sebuah Bandar Warisan Pesisir Air. Ia dijangka mewujudkan 10,170 peluang pekerjaan baru menjelang 2020 dan lebih banyak pembangunan di Muara Utara dan Muara Selatan akan diterajui pihak swasta dengan nilai keseluruhan pelaburan dianggarkan sebanyak RM5 billion.
![Jambatan Angkat Kuala Terengganu, KTCC Drawbridge,](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge5.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Saya juga telah menerima lakaran artis tentang jambatan angkat ini apabila ia siap sepenuhnya.
Terdapat dua lakaran panorama waktu siang dan malam. Ia bukan sahaja menjadi penghubung yang memudahkan perhubungan Muara Selatan dan Muara Utara, tetapi menjadi pelengkap keindahan KTCC dalam memacu pembangunan sosioekonomi dan tarikan pelancongan yang menjadi mercu tanda ikonik kebanggaan kepada negeri Terengganu.
![Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Baru Terengganu, KTCC Drawbridge,](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge10.png?resize=640%2C359&ssl=1)
![Kuala Terengganu City Centre, Panorama KTCC Drawbridge waktu malam,](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge9.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Lawatan Projek Pembangunan Jalan Baru KTCC
ECERDC juga sedang giat melaksanakan projek-projek infrastruktur termasuk penambahbaikan dan pembinaan jalan baru bagi meningkatkan lagi akses kesinambungan Jambatan Angkat KTCC dengan kawasan persekitaran untuk keselesaan penduduk setempat serta kemudahan kepada orang ramai.
Kami turut dibawa melawat sebahagian tapak projek pembangunan jalan baru yang bakal menjadi laluan penghubung utama dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke kawasan pembangunan Muara Selatan dan Muara Utara KTCC. Projek jalan baru dibawah Pakej 1 KTCC dijangka siap pada April 2019.
![Projek jalan baru Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge6.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Kerja-kerja pembinaan dibawah Pakej 1 ini melibatkan jalan baru sepanjang 3.9km di persisiran pantai bermula dari Jalan Ketapang Pantai sehingga ke Muara Utara Seberang Takir KTCC. Ini bakal memudahkan lagi perjalanan kenderaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan masa perjalanan secara signifikan selama 15 minit.
Projek jalan baru ini juga dijangka akan memacu lagi pertumbuhan menyeluruh peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan baharu disepanjang laluannya, termasuk prospek pembangunan komersil dan kawasan terbuka untuk orang awam.
“KTCC telah membangun menjadi sebuah destinasi pilihan dalam kalangan pelabur dan penduduk di Wilayah ini memandangkan ia merupakan lokasi yang ideal untuk bekerja, beriadah dan tempat kediaman. Ini merupakan hasil pelaksanaan projek-projek strategik dan kerja-kerja infrastruktur yang telah memacu transformasi sosioekonomi, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan ciri-ciri unik kebudayaan dan warisan Terengganu” – YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.
![Projek jalan baru Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge7.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Selain itu, bagi memastikan pembangunan pesat KTCC membawa manfaat penduduk tempatan, ECERDC telah melaksanakan beberapa program modal insan di Terengganu. Salah satunya adalah program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) yang merupakan program bersepadu bertujuan meningkatkan taraf hidup serta kemampanan dikalangan nelayan tempatan.
Projek ini melibatkan pembangunan keseluruhan rangkaian nilai perikanan, merangkumi aktiviti perikanan huluan dan hiliran yang dijangka memberi manfaat kepada 452 isi rumah, atau hampir 2,000 penduduk tempatan termasuk keluarga mereka.
Program-program inklusif empower ECER dan Agropolitan Besut – Setiu juga telah membantu meningkatkan pendapatan isi rumah B40 di kawasan luar bandar, manakala program entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER membantu usahawan tempatan berjaya di dalam dan luar negara.
![Jalan Lapangan Terbang Sultan Makmud Kuala Terengganu ke jambatan baru KTCC Drawbridge.](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2018/02/KTCCDrawbridge8.png?resize=640%2C359&ssl=1)
Kerjasama antara ECERDC dan pelabur-pelabur swasta melalui Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) juga telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan, dan memberikan mereka prospek pekerjaan yang lebih baik. Seramai 13,100 rakyat Terengganu telah menerima manfaat hasil daripada program yang dilaksanakan setakat ini.
Perlaksanaan program tersebut juga bertujuan agar rakyat mempunyai kemahiran dan kemampuan sewajarnya untuk merebut peluang pekerjaan dan keusahawanan yang dijana pelaburan swasta.
Selain melawat jambatan angkat KTCC dan pembangunan jalan baru, saya turut menemubual peserta program empower ECER dan entrepreneur ECER. Sehingga 2017, Terengganu telah menerima pelaburan swasta berjumlah 33.7 billion dan mewujudkan lebih 41,000 peluang pekerjaan serta 7,500 peluang keusahawanan.
Info lanjut boleh layari: www.ecerdc.com.my
Baca lagi > Projek Infrarakyat Pembangunan ECER
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.
![Khir Khalid - Perunding Pemasaran](https://i0.wp.com/khirkhalid.com/wp-content/uploads/2021/04/Khir-Khalid.jpg?resize=100%2C100&ssl=1)
Berkongsi perspektif industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
untung warga terengganu
semakin membangun terengganu.. alhamdulillah.
Wahh Khir dah macam big2 boss dah pergi melawat kawasan.
Dah lama tak ke terengganu..makin pesat membangun dah terengganu kan. Bagus lah sekurang kurangnya dapatlah memberi peluang kerjaya buat org2 sana
How interesting. Its good that more infrastructure is coming up in terengganu. Can't wait to see what more it will bring.
Tak sabar nak tunggu siap. Semakin maju Malaysia setanding dengan negara luar.Mesti jadi tumpuan kan
It likes KLCC twin towers. Can't wait to see the progress. Such a long time nvr visit Kuantan
Good project that will benefit those staying in Terengganu. Looking forward to see the finished project.
the illustration looks very nice and certainly will become an icon for terengganu! wait when they are done i would love to pay a visit there!
3 Years Since I Quit Engineering Job And Become…
Tak sabar nak tunggu siap.
hehe.. mesti gah terengganu nnti
Kalau dh siap nanti ramai yg akan ke sana Trengganu bakal menjadi tumpuan pelancong dan popular kan..best la KK dpt menyaksikan sendiri pembinaan jambatan angkat ini
Terengganu makin maju sekarang. Dapat lihat sendiri pembinaan jambatan ini mmg untungla… bukan calang2 heheh
wow… terbaik terengganu sbb ada jambatan angkat ni. confirmakan jadi perhatian pelancong
wow bestnya KK dapat menyaksikan sendiri di sebalik tabir jambatan angkat ni harap dengan adanya pembangunan seperti ini dapat memudahkan rakyat yang tinggal disekitar situ disamping itu dapat juga menarik pelancong untuk datang melihat sendiri jambatan ni huhuh
It's been so long I have not visit Kuala Terrenganu, can't wait for this to be done then, it'll be another tourist attractions. So lucky u got to view it before completing.
Biar betul jambatan tu akan jadi seperti mana dalam gambaran tu memang cantik dan menarik macam kat luar negara hehehehe best lah kat sana…
terbaik ganu
Dah siap nanti bolehlah jadi tempat wajib ambil gambar kalau pegi terengganu
perghhhhhhhhhhhhh
dulu2 dok tengok dalam game need of speed ja
sekarang dah ada dkt Malaysia
bestnyaaaaa
Lama tak pergi terengganu and tak sabar nak lihat bridge yang cantik ini… this is a great honor for terengganu people. Really can't wait!!!
Racheal
Wah terbaikkk lah ganu pasni..ada jambatang angkat ala2 london bridge ni haaa…
Lepas ni xyah pi london la..
Nampak menarik sangat projek ni
Wow! Projek ni nampak grand nya… tunggu completion of the jambatan then..
I have been to Terengganu many times but with this new icon, it is worth to make another trip there. Thanks for the heads up, at least now I know what to look out for when I am there again.
Sangat beruntung bagi warga tranung
wow menariknya bila baca dan tengok gambar2 tu especially gambar yang bila dijangka dah siap tu, cantiknya! Rasa tak sabar pulak nak tunggu jambatan ni siap dan nanti mesti pergi ni 😃
This is such an amazing project. It seems perfect to visit. and can't wait to see it.
fuh, macam london bridge.. ehehe
Never know there's such project in Terengganu! Definitely can't wait to see it was launch and nicely done =)
Terengganu semakin membangun . and it is something to proud of. Keep it on ! Visit http://ibumenyusuhebat.blogspot.my/2018/03/ibu-menyusu-sakit-belakang-apa-yang.html?m=1
Woww… projek yang sangat hebat,. KTCC dah macam ala KLCC. Terbaik la Terengganu. hihi.
Hebat tarikan baru ke Terengganu
alhamdulillah..bangga jadi anak terengganu..xsabar nk tunggu siap
[…] membangunkan beberapa projek yang telah menjadi pemangkin utama pertumbuhan di Terengganu, termasuk jambatan angkat ikonik di Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) yang telah disiapkan pada tahun 2019. Projek ini menjadi […]
[…] Artikel terkait: Jambatan Angkat Mercu Tanda Terengganu […]
[…] Baca lagi > Lawatan Media KTCC Drawbridge Terengganu […]