Media trip Selangor Fruit Valley anjuran bersama Tourism Selangor

Selangor Fruit Valley – Antara peluang menarik sepanjang penglibatan menulis adalah apabila mendapat undangan media menyertai FAM trip, travel dan program seumpamanya.

Justeru pada Rabu, 16 Mac 2022, saya berpeluang menyertai media trip (FAM Trip) ke Selangor Fruit Valley anjuran bersama Tourism Selangor. Apa yang lebih istimewa, ia juga merupakan program atau event secara fizikal yang pertama saya sertai sejak bermulanya krisis pandemik yang melanda negara dan serata dunia.

Memandangkan lokasi pun menarik dan lebih kepada aktiviti outdoor, maka sudah semestinya peluang ini tidak saya lepaskan.

Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley (SFV) merupakan ladang tropika seluas 946 hektar dengan panorama indah pokok buah-buahan dan tanaman sayur-sayuran yang terletak di Bestari Jaya, Selangor. Ia diwujudkan pada tahun 2003 bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Sememangnya terdapat pelbagai pelbagai tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di sini, antaranya durian, jambu batu, rambutan, pulasan, nangka, termasuk pokok-pokok herba.

Namun, ia bukan buah-buahan dan tanaman sayur-sayuran sahaja yang menjadi tarikan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik turut menjadi tumpuan ramai seperti mengunjungi taman rusa, petting zoo di taman arnab dan variasi aktiviti tambahan lain, antaranya persembahan kebudayaan yang kini giat diadakan pada setiap bulan.

Kami juga berpeluang merasai pengalaman berkunjung ke rumah kampung yang dibina dengan seni tradisional Melayu disamping menikmati air kelapa pandan segar… memang fresh!

Selain itu, terdapat buah istimewa yang disediakan iaitu ‘buah Nangcem’. Ia adalah buah kacukan nangka dan cempedak yang telah dihasilkan melalui proses penyelidikan dan pembangunan secara komprehensif oleh pihak SFV.

Btw.. oleh kerana saya pun sudah mula aktif di channel YouTube dalam berkongsi minat jurnal travel motovlog sebagai aktiviti sampingan, saya turut berpeluang mengabadikan pengalaman ini untuk tontonan bersama. Jom tonton 🙂

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, lembah buah-buahan ini bukan saja menghimpunkan pelbagai jenis tanaman, tetapi turut dijadikan lokasi agro-pelancongan serta hub sekuriti makanan negeri Selangor.

Kini, orang ramai juga turut berpeluang berbasikal di trek kawasan ladang sejauh 6 km selain beberapa aktiviti yang akan bermula tidak lama lagi iaitu sukan lasak seperti All-Terrain Vehicle (ATV), aktiviti memancing dan aktiviti sukan air.

SFV merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong domestik dan seisi keluarga kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga tiket yang berpatutan.

Waktu Operasi Selangor Fruit Valley (SFV);
– Dibuka bermula 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Khamis.
– Tutup pada hari Jumaat.

Harga Tiket;
– Dewasa RM15.
– Kanak-kanak dan warga emas RM10.
– Dewasa (Bukan Warganegara) RM30.
– Kanak-kanak (Bukan Warganegara) RM15.

Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi;
Talian Selangor Fruit Valley (8:30 pagi hingga 5 petang).
Emel: selangorfruitsvalley@gmail.com
Website: https://selangorfruitvalley.my
Facebook: @selangorfruitsvalley

Baca lagi: Media Trip Central Sugar Refinery (CSR) Shah Alam

2 Thoughts to “Selangor Fruit Valley FAM Trip Bersama Tourism Selangor”

  1. sangat menarik kerana sambil jalan-jalan boleh juga makan biah-buahan tempatan

    1. Betul tu tuan.. lama tak join trip mcm ni lepas pandemik. Alhamdulillah, seronok juga. Salam Ramadan kareem tuan 🙂

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.