Strategi Pemasaran Digital Yang Anda Perlu Tahu – Selaras dengan pengembangan transformasi digital dan peralihan trend pasaran, strategi pemasaran juga turut mengalami evolusi pada era Internet Kebendaan kini. Atas faktor tersebut, saya juga turut mengambil pendekatan dalam memulakan kembali pengisian kandungan dalam format video di YouTube.
Ia merupakan salah satu aspirasi yang diperolehi sepanjang PKP sehingga kini, melalui pelbagai saranan dan nasihat terutama dari rakan industri yang terlibat dalam bidang pemasaran agar turut mengaktifkan pengisian melalui kandungan video. Atas faktor tersebut, saya mengambil peluang mengemaskini semula akaun YouTube yang ada untuk pengisian yang selaras dengan niche website ini.
Istimewanya, ia turut menjadi landasan berkongsi sebahagian jurnal peribadi sebagai kenangan serta menjadi latihan menambahbaik kemahiran pengendalian video dan YouTube dari masa ke semasa. Walaupun pernah berkongsi beberapa video sebelum ini, kali ini saya mensasarkan kandungan evergreen berdasarkan penglibatan kerjaya serta pengalaman yang bermanfaat untuk tontonan umum.
Input Pemasaran Digital
Strategi Pemasaran Digital Yang Perlu Anda Tahu merupakan pengisian permulaan yang selaras dengan penglibatan pemasaran. Permulaan ini bakal mengintegrasi pelbagai pengisian melalui input penulisan di website ini serta platform penulisan saya yang lain seperti Utusan Malaysia dan Marketing In Asia kepada format video di YouTube.
Selain itu, proses penciptaan kandungan juga adalah dari pengendalian sendiri tanpa melibatkan rakan associates yang mahir dalam penciptaan kandungan video sepertimana yang biasa dilakukan dalam kerjasama industri untuk projek dan kempen pemasaran pelanggan industri seperti pada kebiasaannya.
Namun, segala panduan serta rujukan akan sentiasa menjadi rujukan buat diri ini. Tuntutan industri dan pasaran masa kini juga memerlukan kemahiran individu dalam pelbagai landasan digital agar tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital dan evolusi industri.
Oleh itu, saksikan video ini untuk idea pemasaran digital yang boleh dipraktikkan dalam memperkukuhkan lagi kredibiliti penjenamaan dan perniagaan anda.
Justeru itu, anda juga dialu-alukan untuk subscribe channel YouTube Khir Khalid untuk input-input pemasaran disamping jurnal peribadi sebagai perkenalan yang lebih baik dalam hubungan ukhwah bersama, insyaaAllah.
Kemahiran mengurus kandungan dan penciptaan video juga akan terus ditambahbaik melalui pembelajaran yang berterusan melalui penglibatan. Ini menjadi permulaan baharu dalam persediaan era Internet Kebendaan kini.
Terima kasih atas sokongan pembaca dan subscribers web KhirKhalid.com, Utusan Malaysia, Utusan Digital, Marketing In Asia, juga inspirasi dalam merealisasikan penglibatan seterusnya ini di YouTube. Semoga setiap perkongsian dapat memberi nilai tambah kepada semua.
Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
[…] Baca lagi: Strategi Pemasaran Digital Yang Perlu Anda Tahu […]
[…] Baca lagi: Strategi Pemasaran Digital Yang Perlu Anda Tahu […]