Assalamualaikum. PKS adalah backbone ekonomi negara.
Tahun ini saya bersyukur kerana diberi ruang untuk lebih memfokuskan penglibatan pemasaran digital bersama rakan industri untuk beberapa sektor perniagaan. Dari situ, saya mendapat input yang lebih realistik tentang keberadaan industri melalui pelbagai sumber dari peneraju, pengusaha dan pemain digital.
Perkembangan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS & IKS) sentiasa menarik perhatian, kerana saya turut terlibat dalam beberapa kerjasama pemasaran sektor ini. Ia menyuntik pengalaman yang mendidik diri untuk cekal, belajar untuk lebih kreatif, kos produktif dan tetap fokus pada matlamat.
Peluang mengenali beberapa pengusaha PKS dan IKS yang telah dikategori sebagai usahawan PKS & IKS berjaya juga menyuntik motivasi diri. Banyak perkara saya pelajari. Kepercayaan mereka untuk saya terlibat dalam pemasaran dan pemerkasaan digital juga antara pengalaman yang sememangnya bernilai.
Atas faktor tersebut, terdapat 5 strategi pemasaran digital untuk PKS yang suka untuk saya kongsikan sebagai usaha menyumbang kepada pengukuhan sektor ini.
Strategi Pemasaran Digital PKS
Sekiranya anda seorang pengusaha PKS dan mencari idea pemasaran bagi memperkukuhkan lagi establishment serta kredibiliti digital perniagaan, anda berada pada artikel yang betul. Beberapa langkah yang saya kongsikan ini telah terbukti berkesan melalui penglibatan gerak kerja pemasaran untuk sektor PKS.
Strategi ini percuma untuk anda praktikkan dan insyaaAllah berkesan. Harapan saya, mudah-mudahan anda lebih berjaya lagi. Doakan juga saya terus berjaya dalam setiap komitmen yang diamanahkan, insyaaAllah.
Huraian 5 Strategi Pemasaran Digital PKS:
- 1. Potensi Media Sosial
- 2. Laman Sesawang (Website)
- 3. Kelebihan Naskah Berita (Newsletter)
- 4. Sertai Pasaran Marketplace
- 5. Google Business Profile
1. Manfaatkan Potensi Media Sosial
Media sosial adalah antara platform pemasaran digital terbaik untuk sektor PKS. Ia masih releven sebagai platform komunikasi dan corong jualan (sales funnel).
Saya pasti ramai yang dah tahu bab ini.
Namun, pilihan platform dan pengisian kandungan adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian serius. Perlu kita faham, era transformasi digital ini juga adalah era digital noise. Banyak ragam boleh kita lihat di media sosial, dan bukan semua orang berminat dengan apa yang bakal kita kongsikan.
Elemen Pemasaran Kandungan di media sosial perlulah dirangka terlebih dahulu. Kenalpasti golongan prospek yang ingin kita sampaikan dan input yang menawarkan solusi kepada permasahan mereka. Elemen call to action (CTA), iaitu memotivasikan prospek untuk berlanggan seperti “hubungi saya” dan seumpamanya juga perlu disampaikan dengan cara yang kreatif bagi menggalakkan respon audiens.
Pilihan platform media sosial juga penting. Kita tidak perlu mempunyai banyak akaun media sosial. Cukuplah ada 1 – 2 platform yang mampu kita kendalikan. Paling penting, platform media sosial itu dapat kita manfaatkan sepenuhnya untuk mencapai audiens yang betul dan menjana pelanggan dengan efektif.
Kini, TikTok dan integrasi TikTok Shop mendominasi sebagai platform pilihan ramai pengusaha dan peniaga disebabkan populariti dikalangan pengguna media sosial. Malah kemudahan integrasi media sosial-edagang oleh TikTok Shop turut memudahkan transaksi dan penyediaan logistik yang kos efektif.
Selain itu, Facebook page juga masih releven sebagai platform media sosial rasmi bagi kebanyakkan perniagaan disamping integrasi instagram sebagai platform sokongan.
Apa jua pilihan platform yang diyakini sesuai, pengisian juga perlulah konsisten dan releven dengan hubung kait bisnes anda. Pengisian secara copywriting atau storytelling haruslah bersesuaian. Kita perlu prihatin untuk kenal pasti masa yang sesuai untuk perkongsian berbentuk copywriting atau pun storytelling.
Perbezaan teknik boleh anda semak pada artikel ini >
Kefahaman Asas Bina Reputasi Pasaran Dengan Digital Storytelling.
Secara ringkas, berceritalah di media sosial tentang kelebihan produk anda, tentang manfaatnya, testimoni, promosi dan seumpamanya sama ada secara live, iklan media sosial, penulisan status atau video. Ceritakan seolah-olah anda bercerita secara fizikal kepada mereka. Lakukan secara konsisten bersama input yang mendorong audiens untuk berpelanggan. Pastinya, ia bukan usaha semalaman.
Selain itu, sektor PKS perlu mengintegrasi saluran media sosial di setiap elemen fizikal. Pastikan anda sertakan nama media sosial pada pembungkusan produk, papan tanda, poster, risalah, banner hinggalah kad perniagaan. Perkenalkan di setiap kempen, promosi, program atau acara yang disertai bersama produk atau servis anda.
2. Laman Sesawang (Website).
PKS mestilah kena ada website… baru betul meniaga…
Kini ia tidak memerlukan pembangunan website yang complicated dan mahal. Cukup jika sekadar sebuah website rasmi dengan paparan global homepage yang menarik dan disertakan maklumat jelas seperti jenis perniagaan, profil, portfolio termasuk pautan media sosial dan info perhubungan.
Selain itu, website juga mempunyai ruangan blog untuk anda berkongsi info tentang produk, servis atau aktiviti-aktiviti perniagaan, kempen, promosi, diskaun dan sebagainya. Anda boleh melantik staff yang anda percayai untuk membantu pengisan di blog secara berkala sebagai sebahagian skop kerjanya. Anda juga boleh dapatkan khidmat penulis kandungan untuk perkara ini.
Ketahui asas penting yang perlu ada pada website.
Bagaimana blog membantu?
Memahami teknik optimasi enjin carian (SEO) membuka peluang untuk artikel bisnes anda tersenarai dan dijumpai pencari maklumat atau prospek di enjin carian. Itu common.. ramai pun dah tahu.
Tapi.. melalui artikel blog itu juga, anda dapat sampaikan maklumat terkini secara terus kepada pelanggan sedia ada dan prospek melalui Newsletter.
Anda boleh dapatkan emel pelanggan sebagai salah satu database perniagaan. Antara caranya, ia boleh diperolehi semasa urusan transaksi, survey, kempen, acara atau peraduan yang anda anjurkan. Dapatkan kebenaran mereka untuk sertakan emel agar dapat menerima newsletter anda.. kebiasaannya mereka akan setuju.
Penjelasan lanjut pada fokus ke-3 di bawah.
3. Kelebihan Naskah Berita (Newsletter).
Naskah berita melalui emel atau ’newsletter’ adalah antara medium komunikasi yang berpotensi. Ia satu saluran yang menghubungkan artikel blog terkini secara terus melalui emel kepada pembaca atau audiens berpotensi iaitu ‘subscribers’.
Melalui kelebihan newsletter, pengusaha sektor PKS dapat menghebahkan informasi terkini, tawaran baru, promosi produk terbaru dan sebagainya secara terus ke emel pelanggan. Ia mampu mencipta product awareness, reminder, menarik minat dan keinginan (interest & desire) atau merangsang pembelian (action) kepada pelanggan.
Newsletter juga merupakan kaedah pemasaran terawal sejak dunia memasuki era komunikasi internet. Namun sehingga kini ia masih terus releven, malah berdasarkan kajiselidik pasaran mendapati bahawa ramai pelanggan gemar menerima emel newsletter kerana ia bersifat personal. Mereka mempunyai kelapangan masa untuk membaca dalam mood yang lebih tenang.
Newsletter melalui emel juga dianggap salah satu kaedah yang mampu mencipta kredibiliti penjenamaan melalui pendekatan secara lebih peribadi kepada pelanggan dan menjana pelanggan setia (loyal customer).
Beberapa aspek lanjut ada saya jelaskan di sini>
Manfaatkan Emel Newsletter Dengan 5 Komponen Ini.
4. Sertai Pasaran Marketplace
Platform Marketplace seperti Shoppe, Lazada, dikunjungi jutaan pelanggan pada setiap hari dengan nilai pembelian yang terus meningkat. Berdasarkan statistik Statista.com, Shopee menduduki tangga teratas sebagai peneraju Marketplace di Malaysia dan Asia Tenggara dengan mencatatkan lebih 55 juta pengunjung pada suku pertama 2022.
Ramai dikalangan PKS yang memasarkan produk tidak ketinggalan menyertai platform edagang gergasi ini disebabkan potensi Marketplace yang tersedia. Platform edagang marketplace ini juga merupakan satu alternatif strategik bagi menggantikan ruang edagang di website perniagaan disebabkan penyertaannya adalah percuma.
Prasarana yang disediakan pun bukan kaleng-kaleng… kedai maya yang sempurna, pensyaratan yang mesra peniaga dan pengguna, sistem transaksi, promosi dan logistik yang lengkap.. peniaga hanya cuci kaki dan memasukkan data produk melalui beberapa langkah sahaja. Peniaga (seller) juga boleh memasarkan atau beriklan terus kepada pasaran yang sudah tersedia.
Pautan kedai online atau produk anda di edagang marketplace juga boleh dipromosikan di platform media sosial, laman web, artikel newsletter, Whatsapp dan Telegram termasuklah diintegrasikan pada makalah percetakan fizikal perniagaan.
5. Google Business Profile.
Satu lagi landasan penting buat pengusaha PKS adalah mendaftar di Google Business Profile. Ia merupakan platform sokongan yang disediakan percuma oleh Google bagi membantu setiap perniagaan membina kewujudan yang lebih baik di enjin carian.
Platform Google Business Profile menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemilik akaun untuk memaparkan profil perniagaan merangkumi nama syarikat, jenis perniagaan, alamat, waktu beroperasi, info perhubungan, gambar-gambar dan ulasan pelanggan. Terdapat juga pautan yang memaparkan platform digital yang lain, termasuklah Google Maps bagi memudahkan pelanggan mencari premis anda.
Mendaftar akaun ini mudah dan percuma. Sayang jika tidak dimanfaatkan untuk memperkukuh aset pemasaran digital sedia ada.
Anda boleh daftar terus di sini > Google Business Profile.
Pengukuhan Prospek Pasaran Digital IKS
Apa pun, pemasaran digital akan menjadi lebih sengit apabila lebih banyak perniagaan mula memfokuskan kewujudan digital melalui pelbagai kaedah dan strategi. Tetapi dengan asas 5 fokus pemasaran digital di atas dapat membantu menjana persaingan yang positif dikalangan peniaga, PKS dan IKS untuk kebaikan jangka panjang.
Pengusaha, Peniaga dan Pemasar PKS yang mengendali platform digital juga perlu sentiasa cakna terhadap trend pengguna dan motivasi pasaran. InsyaaAllah, dengan memanfaatkan integrasi digital bersama gerak kerja fizikal dapat membantu mencipta keseimbangan strategi dalam mendepani persaingan era transformasi digital ini.
Featured image by Marvin Meyer on Unsplash
Baca Lagi > Integrasi Pemasaran Digital Era Internet Kebendaan (IoT)
Subscribe Newsletter.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Kemudahan digital memanfaatkan apa saja bidang n perlu bijak mengendalikannya
Jelas penjelasan tuan.. rasanya sudah masa kami perlu kumpul database customer utk email newsletter tu. Bagus juga bila publish artikel dpt sampai terus kpd customer.. thanks sharing. sgt bermanfaat.
Terima kasih atas perkongsian dan pencerahan yg mudah difahami. Semoga tuan sentiasa berjaya dan terus berkongsi ilmu yg brmanfaat. Aamiin.
Google business profile tu penting, especially klu ada kilang yg boleh supplier atau peniaga runcit boleh dtg terus.. mmg mudah org nk cari dan tau time operasi. TQ!