Perlukah TikTok Shop Malaysia Ditutup

Assalamualaikum. Perlukan TikTok Shop Malaysia ditutup?

Inilah antara persoalan yang menjadi perbualan dikalangan rakan industri dan pemain digital pada masa ini. Tidak ketinggalan juga, ia turut menarik perhatian ramai warga institusi yang terlibat dalam affiliate marketing dan bergiat aktif di TikTok Shop.

Ia rentetan daripada keputusan pemerintah Indonesia baru-baru ini yang menutup perkhidmatan TikTok Shop Indonesia. Keputusan ini sudah pasti mendapat pelbagai reaksi dikalangan warga Indonesia, terutama bagi mereka yang aktif di TikTok Shop sebagai landasan marketplace, menjana perniagaan atau pendapatan tambahan.

Untuk perkara ini, mari kita terlebih dahulu melihat alasan utama kenapa Indonesia mengambil keputusan tersebut. Adakah ia satu tindakan yang releven jika turut dilaksanakan di Malaysia?

Berikut adalah faktor penting bagi menjelaskan keberadaan isu ini.

Alasan TikTok Shop Indonesia Ditutup

Melalui beberapa perbualan online dikalangan rakan industri digital Malaysia dan Indonesia, jelas menyatakan alasan yang kukuh terhadap keputusan pemerintah Indonesia menutup perkhidmatan TikTok Shop Indonesia. Presiden Indonesia, Joko Widodo sendiri telah menyatakan kepada umum.

Alasan tersebut sebenarnya adalah selaras dengan rancangan utama dalam hasrat Indonesia untuk merealisasikan pengukuhan ekonomi negara secara besar-besaran. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, negara Indonesia kini sedang giat melaksanakan rancangan memperkukuh struktur ekonomi dan demografi sosial, dalam usaha memartabatkan Indonesia sebagai antara ‘economic powerhouse’ di rantau Asia dan dunia.

Antara tindakan berani, negara Indonesia tidak lagi mahu mengeksport bahan mentah hasil bumi negaranya seperti bauksit, timah, tembaga dan lain-lain kepada negara pembuat (manufacture). Ini telah memberi kesan kepada negara atau pengilang luar yang sebelum ini mengeksport bahan mentah dari Indonesia.

Alasan cukup jelas.. Indonesia kini tidak mahu lagi menjadi negara pengeluar bahan mentah kepada negara asing sahaja. Ini disebabkan, sebagai negara pembekal bahan mentah, Indonesia hanya memperolehi hasil keuntungan sekitar 20%, manakala negara pengimport, pembuat dan pengeluar bahan siap pula mampu beroleh keuntungan sehingga 80% di pasaran.

Oleh itu, Indonesia cuba mengubah strategi dengan mengalu-alukan para pelabur dan pengilang dari serata dunia untuk membuka kilang atau operasi di negaranya bagi mendapatkan bahan mentah tersebut. Pendek kata, bahan mentah hasil bumi Indonesia tidak akan dibawa keluar sehinggalah ia siap dijadikan sesuatu produk kepada pasaran industri dan pengguna.

Kini, perkara ini telah mendapat bantahan antaranya dari negara Kanada dan Australia serta dibawa ke mahkamah antarabangsa untuk dibicarakan. Ini kerana ia bakal memberi kesan yang besar kepada negara pengimport bahan-bahan mentah tersebut. Anda boleh rujuk info lanjut di sini: Jokowi Minta Hentikan Eksport Bahan Mentah.

Perlukah TikTok Shop Malaysia Ditutup?

Kesinambungan Isu TikTok Shop Indonesia

Atas faktor kenyataan Presiden Jokowi dan tindakan pemerintah Indonesia berkenaan perkara di atas, ini turut membawa kepada isu penutupan TikTok Shop di Indonesia. Berdasarkan kenyataan Presiden Jokowi dalam ucapannya turut menjelaskan releven tindakannya terhadap perkara ini.

Menurut beliau, TikTok Shop kini menjadi satu fenomena di Indonesia dengan jumlah pengguna yang mencapai sekitar 123 juta penduduk. Ia dianggarkan telah mencapai sekitar 40% pengguna di Indonesia dengan nilai transaksi e-dagang mencecah trillion juta Rupiah.

Malangnya, urusan dan transaksi tersebut bukanlah dari jaringan sistem eletronik Kementerian Perdagangan Indonesia dan ia menjadi kebimbangan pemerintah terhadap data peribadi rakyatnya yang mampu diperolehi serta disalur keluar melalui kombinasi ‘social-ecommerce’ TikTok Shop ini. Atas faktor tersebut, ia diyakini bahawa TikTok akan mampu menguasai algoritma pasaran dan pengguna dengan lebih menyeluruh dari pengkalan data agensi pemerintah itu sendiri. Ini turut dilihat sebagai salah satu elemen penjajahan neoconolialsm era moden.

Selain itu, implikasi daripada berkembangnya sambutan TikTok Shop telah menggugat pengusaha-pengusaha Indonesia itu sendiri. Faktor harga jualan yang jauh lebih rendah di TikTok Shop berserta promosi yang menggila melalui penglibatan influencer dan orang ramai, Indonesia menyedari bahawa sebahagian besar produk-produk tersebut diimport dari luar seperti China telah menyebabkan bukan sahaja data peribadi pengguna, malah aliran tunai besar-besaran mengalir keluar setiap hari.

Lantas, berdasarkan hasrat negara dalam merealisasikan pemerkasaan ekonomi Indonesia secara komprehensif, sudah pasti fenomena ‘social-ecommerce’ TikTok Shop ini boleh menjadi ancaman dalam menggalakkan kebocoran aliran kewangan serta membantutkan usaha negara untuk merealisasikan matlamat besar tersebut.

Alasan ini adalah releven kepada pengukuhan negara Indonesia secara keseluruhan.

Baca juga: Alasan TikTok Shop Indonesia Ditutup

Kesimpulan

Secara ringkas, jelas menampakan komitmen Indonesia dalam penstrukturan dan pengukuhan ekonomi negara. Namun, ia sudah pasti perlu diselangi dengan solusi alternatif dalam menjana peluang kepada pengguna-pengguna TikTok Shop yang sebelum ini menjadikan platform tersebut sebagai platform perniagaan atau menjana sumber pendapatan.

Bagi pendapat saya yang picisan ini, keseimbangan gaya hidup digitalisasi di Malaysia masih lagi dalam peringkat membangun dan terkawal. Sekiranya, Malaysia juga berhasrat menutup operasi TikTok Shop, sudah pasti implikasinya akan dirasai golongan marhaen.. mereka yang berusaha menjana pendapatan melalui ‘Beg Kuning”, para affiliate marketing, termasuklah para influencer yang menjadikannya sebagai ruangan membina engagement dan pendapatan.

TikTok Shop adalah platform edagang yang menyediakan marketplace dengan logistik yang lengkap tersedia dan boleh diintegrasikan dengan laman sosial yang menghiburkan. TikTok berjaya mengintegrasikan social-ecomerce sebagai satu fenomena gaya hidup.

Sekiranya TikTok Shop Malaysia juga perlu ditutup, kerajaan melalui agensi berkaitan digital dan keusahawanan perlu menyediakan solusi bagi membuka jalan kepada mereka yang bekerja sendiri, peniaga kecil online serta mereka yang menjana pendapatan tambahan dari platform ini kepada sumber alternatif yang sama mampan.

Baca lagi: Kenali Potensi E-Dagang, Online Shop Dan Marketplace

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

2 Thoughts to “Perlukah TikTok Shop Malaysia Ditutup?”

  1. Marzuki Rmn

    Thanks sharing info. Nampaknya jelas, keputusan Indonesia menutup TikTok Shop ni terkait dgn pemerkasaan ekonomi nasional dalam kerangka tindakan yg lebih besar dan jangka panjang.

  2. […] hari ini. Ia rentetan tindakan pemerintah Indonesia memutuskan untuk menutup perkhidmatan TikTok Shop bagi membela para peniaga mikro yang terkesan akibat daripada perkembangan pesat trend membeli […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.