BioNur, Virtus Global Sdn Bhd

Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi aspirasi pemasaran dalam memperkasa potensi pasaran BioNur. Antara fokus pengisian adalah tentang elemen terkini dalam realiti pemasaran digital dan media sosial melalui segmen ‘Through the Line Marketing’.

BioNur adalah jenama sabun pencuci serbaguna keluaran Virtus Global Sdn Bhd. Ia produk keluaran bumiputera yang sedang berkembang maju dan mensasarkan untuk menjadi pengeluar produk kegunaan harian tersohor di Malaysia dan global.

Sesi pengisian pemasaran digital ini merupakan salah satu misi dan inisiatif dalam memperkukuh strategi era digitalisasi kini.

Aspirasi Pemasaran Digital

Pemasaran digital sememangnya mempunyal landskap dan cabang yang luas. Begitu juga potensi pasarannya dalam arus kemajuan era Revolusi Perindustrian 4.0.

Pengukuhan aspek pemasaran kandungan, pengurusan digital dan media sosial merupakan faktor yang perlu dirangka. Atas aspirasi tersebut, saya bersyukur kerana dapat menyampaikan struktur tersebut dalam sesi bersama BioNur ini.

Penjelasan menyeluruh tentang segmen pemasaran ‘Above the Line’, Below the Line’ dan Through the Line’ juga menjadi faktor penting sebagai landasan dalam merangka strategi pemasaran jangka panjang yang kos efektif dan berkesan.

Memanfaatkan segmen pemasaran juga membantu capaian yang strategik.

Aspirasi Pemasaran Bersama BioNur, Virtus Global Sdn Bhd, Agen Pengedar Rasmi BioNur.

Sabun BioNur Kualiti Bermutu Tinggi

Penghargaan terima kasih kepada Virtus Global Sdn Bhd atas kepercayaan yang diberikan. Moga input ini dan seterusnya dapat memberi nilai tambah dalam memperkukuh potensi pasaran.

Setelah mencuba, saya amat berpuas hati dengan hasil cucian menggunakan sabun BioNur ini. Selain mencuci kotoran degil pada pakaian tanpa perlu penat menyental, ia juga boleh membersih lantai, perabot, rantai basikal malah enjin kereta serta pelbagai lagi.. sangat berbaloi dan menjimatkan.

Saya turut mengabadikan beberapa testimoni sendiri mengunakan produk BioNur di Facebook, Instagram dan YouTube. Anda boleh tonton salah satu pengalaman saya pada video di bawah.

Peluang Bisnes Bersama BioNur

Produk yang bermutu menjadi tunggak utama. Atas faktor itu, saya turut mengambil peluang ini dengan mendaftar sebagai agen rasmi BioNur sebagai landasan pilihan mempraktikkan pengetahuan pemasaran dan membangun bersama.

Virtus Global Sdn Bhd turut menyediakan peluang perniagaan sebagai agen pengedar rasmi sabun serbaguna BioNur. Sekiranya anda berminat merebut peluang ini, anda boleh mendaftar melalui pautan di bawah dengan keahlian RM30.00. Komisyen tinggi dengan potensi menjana pendapatan berterusan seumur hidup.

Daftar > Peluang Bisnes Sebagai Pengedar Rasmi BioNur

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui rangkaian media sosial atau Whatsapp Khir Khalid – 010 243 0097.

Saya turut bertanggungjawab menyokong pemasaran BioNur bagi memperkukuh potensi keusahawanan dan prospek pasaran anda.

Baca lagi: Membina Potensi Pasaran Media Sosial

3 Thoughts to “Aspirasi Pemasaran Bersama BioNur”

  1. Perkongsian ilmu dimanfaatkan bersama Alhamdulillah

  2. belum penah jupa pulak produk BioNur ni di pasaran… ke cuma jual online je?

  3. Pemasaran digital sekarang menjadi satu kunci yang membukan banyak pintu pada apa sahaja bidang dan cabang perniagaan.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.