Pemasaran Digital 2022:

Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbang Digital Era IoT – Pejam celik, kita sudah pun berada pada penghujung bulan Januari 2022 semasa artikel ini ditulis. Sepanjang melalui fasa awal 2022 ini, sememangnya terdapat banyak peralihan budaya pasaran, trend pengguna mahu pun pendekatan industri terhadap norma pasaran baharu. Persaingan digital kini bukanlah satu perkara yang baharu lagi dalam dunia hari ini.

Baru-baru ini saya berpeluang bersama beberapa pengusaha, rakan industri dan pelanggan kami dalam membincangkan perlaksanaan mendepani cabaran peralihan pasaran dalam era digitalisasi kini. Pelbagai inisiatif dari pihak kerajaan melalui agensi terkait serta kerjasama industri dalam pembangunan modal insan digital secara tidak langsung juga telah merangsang pertumbuhan persaingan digital yang lebih meluas berbanding sebelum ini.

Selain itu, dengan dugaan krisis pandemik yang mencecah 2 tahun dan masih belum berakhir juga menjadikan landasan digital dan ‘work from home’ sebagai pilihan strategik dalam pelbagai urusan. Ini termasuk dalam membina daya saing perniagaan digital bagi pelbagai peringkat sektor sama ada ‘home based business’, perniagaan mikro, PKS sehinggalah syarikat bertaraf multinasional.

Pemasaran Digital 2022

Kini, setiap perniagaan sememangnya memerlukan landasan digital dalam memperkukuh urusniaga. Sekiranya perniagaan yang kita usahakan tidak dapat dijumpai pada enjin carian dan media sosial, ia bermakna kita masih belum betul-betul berniaga. Ertinya, kita atau perniagaan yang diusahakan masih belum benar-benar komited dalam membangunkan atau mengembangkan potensi perniagaan.

Atas faktor tersebut, terdapat beberapa perkara asas yang diperlukan bagi setiap perniagaan dalam persaingan digital dan peralihan pasaran era IoT kini. Secara dasarnya, ia sudah pun diketahui umum, tetapi pada artikel ini saya terpanggil untuk merumuskan asas keseluruhan tersebut sebagai pengukuhan aset digital era IoT.

Pemasaran Media Sosial

Landasan media sosial merupakan asas platform yang perlu ada bagi setiap perniagaan pada era digital ini. Pilihan media sosial sama ada Linkedin, Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan pelbagai lagi adalah bergantung kepada kesesuaian niche dan capaian perniagaan. Jika di Malaysia, platform seperti Facebook Page kebiasaannya menjadi pilihan terutama kepada sektor pasaran pengguna.

Pengurusan media sosial juga memerlukan bajet pemasaran yang selaras dengan aspirasi perniagaan. Membina kandungan yang selaras dengan sasaran pasaran melalui kaedah storytelling dan copywriting, juga memerlukan sentuhan yang konsisten. Kemahiran mengurus dan memasar kandungan melalui media sosial kepada segmen pelanggan dan sasaran pasaran yang betul menjadi kepentingan dalam membina impak pemasaran positif.

Tujuan paling penting kini bukan sekadar brand exposure, tetapi memastikan ia dapat merangsang kepercayaan prospek, mencipta engagement dan establishment yang dapat menjana pelanggan secara terus dalam pengukuhan impak daya saing secara online mahu pun offline.

Pemasaran Enjin Carian

Pembangunan laman web, eDagang dan Marketplace turut menjadi antara elemen penting dalam pengukuhan aset digital perniagaan. Ia secara tidak langsung dapat memudahkan lagi urusniaga dan transaksi pelanggan dengan lebih efesyen. Kelebihan laman web juga dapat menyokong establishment melalui pengenalan, profil, portfolio serta halaman blog yang menyediakan informasi lanjutan tentang aspirasi perniagaan kepada pembaca.

Laman web dan blog yang fokus pada sesuatu niche dapat meningkatkan authoriti digital, di mana ia membantu mempertemukan prospek pelanggan melalui enjin carian. Setiap prospek juga menjadi landasan jangka panjang dalam pengukuhan pengkalan data dan menjana pelanggan setia untuk perniagaan.

Keberadaan laman web juga turut disokong dengan laman eDagang dan Marketplace bagi membantu memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang ditawarkan secara terus melalui ruangan online. Malah bagi perniagaan pasaran pengguna yang melibatkan retailer, francais, stokis atau ejen turut dibekalkan dengan kemahiran mengurus kedai online atau Marketplace bagi merancakkan lagi permintaan menjana pelanggan.

Hubungan dan komunikasi dalam mencipta emosi pelanggan kepada prospek pasaran juga menjadi kepentingan dalam pengurusan platform digital melalui komunikasi marketplace sehinggalah pemasaran emel newsletter.

Pembangunan Video Dan Live Streaming

Pembangunan video menjadi antara elemen penting dalam pengukuhan pasaran. Banyak penambahbaikan dalam pemasaran kandungan bukan sahaja di media sosial, tetapi merangkumi sebahagian besar landasan digital yang terkait dengan perniagaan merangkumi pengurusan kandungan laman web, eCommerce sehinggalah komunikasi dikalangan Merchant dan peniaga online kepada pelanggan.

Tahun ini turut membuka ruang penglibatan kami yang lebih meluas dalam pengukuhan platform digital pelanggan sama ada secara terus atau melalui kerjasama rakan industri yang berkaitan pemasaran kandungan dalam bentuk video. Tidak ketinggalan juga dengan pengurusan live streaming yang lebih kerap berbanding sebelumnya sama ada kepada pelanggan, prospek pasaran, rakan niaga mahu pun individu yang terlibat dalam urusan perniagaan.

Penglibatan kerjasama ini juga secara tidak langsung memberi pengalaman baru kepada kami bersama pemain industri yang terlibat dalam meneroka potensi baru dalam pengembangan digitalisasi ini.

UGC, Media Online Dan Pemasar Berpengaruh

User Generated Content (UGC) menjadi asas penting dalam pengukuhan kredibiliti setiap perniagaan melalui ruangan digital kini. UGC atau Penciptaan Kandungan Pengguna adalah ulasan atau review sebenar yang dinyatakan oleh pelanggan berdasarkan pengalaman mereka membeli serta menggunakan sesebuah jenama, produk atau pun perkihdmatan sama ada di laman web, Marketplace atau di platform media sosial pelanggan itu sendiri.

Perniagaan kini perlu menjana pelanggan setia bagi mencipta brand loyalty berdasarkan kualiti produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dalam pelbagai aspek pemasaran.

Penglibatan media online dan pemasar berpengaruh dalam menyokong kredibiliti penjenamaan juga bukan lagi sekadar untuk memperkenalkan produk melalui review dan advertorial. Berdasarkan penglibatan agensi pemasar turut menyaksikan peralihan kini, di mana syarikat sanggup memperuntukkan bajet pemasaran dalam membina kerjasama berdasarkan kontrak kepada pemasar berpengaruh sebagai sebahagian rakan strategik untuk satu tempoh tertentu.

Memastikan pilihan media online dan pemasar berpengaruh yang mempunyai komitmen, engagement dan establishment dalam niche tertentu dikalangan fans mereka amat penting. Ini merangkumi syarikat media online dengan rating yang tinggi, selebriti media sosial, instafamous dan pengamal media sosial yang diikuti oleh audiens setia atau fan club berpotensi. Setiap kerjasama akan dinilai tahap impak pasaran dalam memastikan pertumbuhan jangka panjang kedua pihak dengan niche yang disasarkan kepada audiens dalam pemasaran digital 2022.

Melalui media online dan influencer marketing yang berkredibiliti dalam ruangan digital mereka dapat menyokong brand endorsement serta impak pemasaran turut menjadi sandaran kepada sektor perniagaan, disamping menjadi landasan mengembangkan lagi bakat dan potensi mereka melalui kredibiliti perniagaan tersebut.

Peralihan Pasaran Era Internet Kebendaan

Sememangnya tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Bermula sekitar tahun 2019 juga telah menyaksikan peralihan budaya digital yang sekaligus merangsang ramai dikalangan pemain digital dan pengamal media sosial untuk mengubah rentak online dan penglibatan digital masing-masing.

Justeru untuk terus bergerak mengikut arus pengembangan digitalisasi, kini bukan masa untuk melakukan perkara yang sama seperti tahun-tahun sebelum. Bisnes mungkin boleh survive, tapi untuk berkembang dengan lebih kompetitif dikalangan sasaran pasaran sememangnya memerlukan inisiatif baharu. Pengurusan digital dan media sosial perniagaan yang releven dan konsisten amat membantu membina impak pemasaran digital 2022 ini.

Kesempatan ini juga, kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan industri serta semua pihak yang terlibat atas kepercayaan untuk terus bersama dalam menerobos potensi pasaran era Internet Kebendaan kini. Pasaran digital dan trend pengguna bakal sentiasa berubah. Ia memerlukan keperihatinan untuk sentiasa fleksible dan bertindak berdasarkan strategi yang bersesuaian dari masa ke semasa, insyaaAllah.

Baca lagi: Strategi Pemasaran Digital Yang Perlu Anda Tahu

2 Thoughts to “Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbang Era IoT”

  1. paridah ishak

    Budaya digital diserap demi kesuksesan urus niaga n pemudahcara

  2. […] artikel terkait;> Fokus Industri Dalam Peralihan Pasaran Digital.> Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbag Era IoT> Buat Duit Dengan Blog: Impak Kerjaya Dan […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.