Aplikasi AI untuk pemasaran

Assalamualaikum. Aplikasi AI adalah pemasaran masa kini.

Era Internet Kebendaan (IoT) telah merevolusikan pasaran digital ke satu peringkat yang semakin berbeza dari era teknologi maklumat (IT) sebelumnya. Transformasi digital kini bukan sekadar informasi, tetapi melibatkan pengembangan aplikasi AI dalam pelbagai urusan harian.

Sektor perniagaan juga tidak terkecuali. Sistem pengurusan, operasi, perakaunan sehinggalah pemasaran, hampir kesemuanya memerlukan infrastruktur dan sokongan teknologi digital bagi memastikan perniagaan lebih lancar, efisyen dan efektif. Tak kiralah, bisnes kecil atau besar.. transformasi digital sememangnya diperlukan untuk kekal relevan dan berkembang dalam apa jua pasaran.

Atas faktor tersebut, saya terpanggil untuk berkongsi beberapa aplikasi yang diperlukan dalam persaingan digital. Tiga aplikasi AI ini mungkin antara pilihan pelaburan terbaik yang dapat membantu anda memperkukuh prospek perniagaan dan mendepani persaingan industri serta pasaran.

3 Aplikasi AI Untuk Pemasaran

Berikut adalah aplikasi yang dikuasai oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai pilihan untuk menyokong kewibawaan perniagaan anda kepada prospek pasaran dan pelanggan.

1. SleekFlow (ChatBot)

Program Chatbot kini menjadi salah satu aplikasi AI sokongan humanizing digital yang membantu perniagaan, terutamanya sebagai hos di platform digital perniagaan seperti laman web dan media sosial. Aplikasi SleekFlow ini adalah antara program chatbot yang membantu usahawan dan organisasi dengan khidmat perhubungan dua hala antara perniagaan dan pelanggan secara 24 jam 7 hari seminggu.

SleekFlow menyokong integrasi tanpa kod untuk semua saluran sosial. Dengan pemasangan widget ini dapat memudahkan anda untuk mengurus perbualan dan customer enquiry secara bersepadu dari setiap platform digital anda dengan pelanggan secara real time. Ia memudahkan kerja anda untuk mengawal mesej dan membalas melalui kaedah yang lebih efesyen.

Anda boleh dapatkan info lanjut terus ke laman web > SleekFlow.io.

2. Buzzsprout (Audio Digital)

Transformasi digital kini turut menyaksikan kelahiran ramai usahawan dan pengusaha yang memilih podcast sebagai medium capaian pelanggan. Buzzsprout merupakan antara pilihan hosting podcast yang popular dikalangan pemain industri digital. Melalui aplikasi ini, anda berpeluang mencapai pasaran melalui kaedah audio digital yang boleh dilanggan dan dimuat turun untuk didengari melalui peranti pengguna.

Buzzsprout turut menyediakan material pembelajaran agar mudah dikendalikan. Melalui aplikasi ini ia membantu memudahkan penciptaan pemasaran kandungan (content marketing) yang lebih unik sama ada dalam bentuk siri ulasan, buku audio, penceritaan, muzik, berita atau pun dokumentari. Malah boleh juga diintegrasikan bersama laman web untuk meningkatkan kredibiliti digital.

Info lanjut berkenaan aplikasi ini boleh anda layari di > Buzzsprout.com.

3. Lumen 5 (Video)

Lumen 5 merupakan program aplikasi AI untuk perniagaan.

Ia dapat membantu membina kandungan video dalam bentuk atau format penceritaan dari asas yang kosong atau pun menukarkan sesebuah kandungan penulisan sedia ada kepada format videografi yang menarik untuk tujuan pemasaran, hiburan, pendidikan atau info berita. Tak mengapa sekiranya anda bukan seorang video expert… aplikasi ini sememangnya berguna dalam membantu penciptaan pemasaran kandungan yang lebih business presentable.

Bukan sekadar itu, aplikasi Lumen 5 menyediakan aplikasi AI yang amat berguna dalam membantu penyediaan business presentation yang lebih profesional dari aspek kreativiti penyampaian, kualiti audio dan video demi membina reputasi pasaran yang lebih baik.

Kenali aplikasi ini untuk bisnes anda di sini> Lumen 5.

Kesimpulan

Justeru itu, strategi pemasaran akan sentiasa berevolusi mengikut kemajuan teknologi dan trend gaya hidup. Begitu juga dengan platform dan landasan digital yang semakin hari semakin memudahkan capaian pengguna. Aplikasi AI ini juga akan terus menjadi landasan memperkukuhkan kredibiliti industri dan pasaran.

Baca lagi: Pemasaran Digital Gerbang IoT

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

2 Thoughts to “3 Aplikasi AI Untuk Kepentingan Pemasaran”

  1. paridah ishak

    aplikasi perlu dimanfaatkan demi permudahkan urusan bisnis kini

  2. Abd Rahman Majid

    Kami pun tngh fikir2 nak involve ke podcasts. Cuba Sportify tapi mcm tak sesuai pula.. mngkin pasaran malaysia lambat sikit dominasinya. Bagus klu dipelopori sebelum jadi trend ramai peniaga nnti. Terima kasih.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.