Google Adsense: Limpahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit

Assalamualaikum. Google Adsense sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai salah satu platform menjana pendapatan bagi pemain dan penggiat digital.

Platform ‘monetization’ global inilah yang turut mencetus galakan kepada penglibatan ramai individu dan organisasi dalam mencipta kepelbagaian input perkongsian bagi mengisi arkib carian digital. Ia bukan sesuatu yang baharu, namun seiring dengan berkembangnya amalan digitalisasi, kredibiliti Google Adsense juga semakin terserlah.

Kini semakin ramai yang berjaya menjana sumber pendapatan dalam membina kerjaya sepenuh masa di ruangan digital. Ramai juga yang sekadar menjadikannya sebagai peluang tambahan yang harus direbut disamping merealisasikan agenda utama kerjaya atau bisnes melalui niche kandungan di portal media, laman web, blog mahu pun YouTube yang disasarkan kepada prospek pasaran masing-masing. Ia juga secara tidak langsung membantu menyokong kredibiliti jangka panjang laman web.

Pendek kata, ibarat menyelam sambil minum air.. nothing to loose. Rugi tak ambil peluang dalam memanfaatkan Google Adsense ini untuk platform digital sedia ada.

Google Adsense Dan Kejatuhan Ringgit

Alhamdulillah, Januari tahun ini sekali lagi saya menerima sedikit imbuhan hasil penulisan di blog picisan ini. Amaunnya taklah seberapa.. website ini bukan kategori website popular atau favorite dikalangan pembaca maya. Namun ia cukup menjadi satu berita gembira semasa mood semangat tahun baru masih ada.

Selain itu, dengan ketidaktentuan ekonomi dan kejatuhan nilai ringgit tahun ini, perasaan juga sedikit terubat bila melihat kadar pertukaran USD kepada Ringgit yang tinggi. Jika dahulu, dengan USD100 kita memperolehi RM380, tapi dengan nilai ringgit mencecah 1USD – 4.775Myr, nilai USD100 yang sama kini boleh mencapai RM474.99!

Adakah terasa berbaloi menulis?.. jawapannya YA!

Sungguhpun begitu, ini hanyalah secebis dan tiada apa pun jika dibandingkan dengan pemain digital, Influencer, Vlogger, Blogger, portal media online dan seangkatannya yang komited dalam kerjaya mereka. Artikel ini sekadar berkongsi secara transparen setelah lebih 12 tahun menulis dan beberapa kali merasai hasil di ruang picisan ini.

Untuk lanjutan, ada perkongsian terdahulu yang boleh anda baca bertajuk Cara Buat Duit Dengan Blog Untuk Kerjaya Dan Bisnes. Mungkin ia dapat memberi info bermanfaat.

Begitu juga update yang diterima baru-baru ini berkenaan akaun Adsense YouTube untuk channel The2Wheeler. Walaupun channel tersebut baru berkisar lebih 2 tahun dan dibangunkan atas dasar minat disamping melatih pengetahuan dalam jurnal videografi, ia juga telah menunjukkan hasil yang positif.

Baca juga > The 2Wheeler: Portfolio Videografi 2 Tahun Di YouTube

Atas faktor ini juga, saya kini mengambil keputusan untuk menukar method pembayaran Google Adsense daripada penerimaan chek kepada wire transfer yang sepatutnya telah saya lakukan lama dahulu agar urusan transaksi lebih mudahkan.

Kesemua ini juga turut menjadi sebahagian portfolio penglibatan industri digital ini.

Apa pun, penambahan dari pertukaran matawang disebabkan kejatuhan nilai ringgit ini sememangnya menjadi berita gembira bagi sesetengah orang. Terutama bagi mereka yang berurusan dan menerima bayaran dalam USD.. siapa yang tak nak dapat extraaa.

Cuma sayangnya, dari aspek Ringgit yang semakin melemah dan jika terus berpanjangan, ia sudah pasti memberi kesan domino terhadap pelbagai perspektif sosio ekonomi. Akhirnya kos yang semakin meningkat sudah pasti memberi kesan kepada kita semua…

Penghargaan Buat Rakan Pembaca

Kesempatan ini, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 dan Maaf zahir batin kepada rakan-rakan pembaca dan subscriber.

Terima kasih kepada semua, sama ada dikalangan pembaca umum dan penonton video, juga kepada Subscriber website yang sudi mengisi senarai newsletter dan channel YouTube. Tidak ketinggalan juga, rakan-rakan industri digital yang sentiasa berkongsi input agar saya terus fokus memanfaatkan ruang dan saluran digital pada landasan yang betul dan sebaiknya.. alhamdulillah.

Baca lagi> Kepentingan Blog Untuk Pemasaran Digital

5 Thoughts to “Google Adsense: Penambahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit”

  1. Izz Din

    Alhamdulillah.. dari satu aspek mmg bersyukur bila ada extra value dari pertukaran currency ni. Tak perlu ambil rujukan skala yg besar, perkongsian ini sudah memadai berkongsi gambaran antara peluang dan realiti yg dtg bersamanya. Thanks sharing input ilmiah ini n congrats!

  2. paridah ishak

    selamat hari raya maaf zahir batin…ada peluang jana pendapatan dgn adsense eloklah rebut

  3. selamat hari raya KK… blog saya masih tiada adsense.. malas nk letak.. hehehe

  4. abd razak rashid

    Tak semua web, blog sebenarnya layak atau boleh monetize. Bagi yg serius jadikan web sbg antara platform kerjaya & bisnes biasanya adsense jadi sebahagian portfolio digital. Termasuklah spt neil patel pun masih kekalkan adsense sbg sebahagian industri. Congrats!

  5. saya masih lagi belum guna google AdSense…
    nk ucap selamat hari raya, raya dah lama habis.. tak pe la, saya ucap selamat hari raya haji yang bakal menjelang..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.