Assalamualaikum w.b.t & Selamat sejahtera.

Ada waktu, kita menerima berita kecil yang membawa erti dan pengharapan yang amat besar…
Semalam merupakan hari yang membawa erti penuh kesyukuran dan pengharapan apabila bapa aku yang telah menjalani pembedahan di kepalanya kerana pendarahan otak telah mula sedar. Beliau telah mula membuka sedikit matanya. Walaupun begitu, beliau masih lagi di wad unit rawatan rapi (ICU) dan hanya mampu menunjukkan tindak balas melalui pergerakan jari dan kaki apabila disapa.

“Tube” di kepala telah dikeluarkan dan balutan jahit telah dibuka. Sebagai anak dan bukan seseorang dari kalangan “medical background”… sememangnya amat sedih dan sayu untuk aku apabila melihat jahitan yang melintang di kepala bapa sendiri…

Ujian yang diturunkan ini cukup menyedarkan aku tentang erti kesyukuran… Aku sayu namun bersyukur diatas ketabahan ibu yang sehingga kini tetap setia menemani bapa diwaktu-waktu kesempitan. Tambahan lagi mampu mengukir senyuman disebalik kesedihan dan kerisauan dihadapan ramai…

Begitu juga penghargaan penuh kesyukuran buat isteri yang turut ikhlas berhempas pulas memudahkan segala kekusutan membantu ibu dan seluruh keluarga. Susah juga tanpa bantuan isteri disaat-saat begini… disamping anak-anak yang tak putus-putus bertanya khabar serta mendoakan keselamatan datuk mereka.. syukur, Alhamdulillah.

Tidak sesekali aku lupa juga, penghargaan terima kasih buat saudara yang bersusah payah melawat, termasuk saudara dan sahabat yang mendoakan dengan semangat serta segala kebaikan.
Penghargaan terima kasih juga aku pahatkan buat semua sahabat blogger diatas kata semangat, peringatan dan doa yang disumbangkan. In Shaa Allah, jika diberi kelapangan masa, hati dan jiwa ini, bolehlah aku kembali berblogging 2 – 3 hari lagi…

Kepada semuanya, hanya kesyukuran yang mampu aku luahkan… Semoga Allah SWT jua yang membalas segala budi dan doa dengan kebaikan dan keberkatan, di dunia dan akhirat.. amin.
Syukur, alhamdulillah ya Allah.. Hanya kepada Mu tuhan aku sembah dan memohon pertolongan. Mudah-mudahan bapa aku segera pulih dan sembuh.. amin.

**Penghargaan terima kasih yang tak terhingga juga buat seluruh warga kakitangan, Wad Kecemasan, Pembedahan Neurologi & Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Fasilitator sosial, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

1 Comment

  1. Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.