Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera.
Semalam adalah hari yang menggemparkan bagi aku, apabila bapa aku telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak berdaya untuk bangkit dari katilnya. Beliau sedar, namum berkeadaan mamai dan hanya mampu menggerakkan tangannya sahaja.
Di hospital, doktor memaklumkan beliau mengalami pendarahan di otak dan perlu menjalani ‘operation’ bagi mengeluarkan pendarahan tersebut. Alhamdulillah, dengan ketangkasan doktor dan kakitangan hospital, pembedahan terus dilakukan. Tetapi, hari ini beliau terpaksa dioperate lagi bagi mengeluarkan sisa darah tersebut agar ianya betul-betul bersih.
Kepada sahabat dan rakan-rakan blogger sekelian, aku mohon agar sudi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau serta dipermudahkan segala urusan.. amin.
Kesempatan ini, aku juga mohon maaf sekiranya dalam beberapa hari ini, tidak berkesempatan membaca dan mengomen di entri rakan-rakan blogger yang amat aku hargai sekelian. Begitu juga dengan membalas komen dan berblog walking… Namun pasti akan menjenguk bila-bila berkesempatan.. in shaa Allah.
Salam Hormat, Salam Berkat dan Terima kasih.
* Gambar kenangan ayahnda sewaktu di wad kecemasan, Hosp. Sg Buloh.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.