Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera
Semalam, aku mendapat panggilan dari ibu di hospital… bapa aku sudah
dibenarkan pulang. Keadaannya belum begitu pulih, tetapi sudah mula beransur
stabil dan perlu penjagaan lanjutan di rumah pula… Alhamdulillah.
Kisah kejadian yang menimpa bapa aku boleh dibaca di sini
Sudah lebih 3 minggu bapa aku di hospital. Kalau dikirakan dari mula
kejadian terasa juga lamanya. Pada mulanya, terpaksa berulang ke hospital
tiap-tiap hari kerana ahli keluarga tidak dibenarkan tinggal di hospital semasa
bapa berada di wad ICU dan rawatan pembedahan kepala (Wad Neurologi),
sehinggalah seminggu terakhir apabila beliau ditempatkan di wad rawatan
pemulihan Neurologi sebelum dibenarkan pulang.
Jahitan setelah dibuka balutan
sekadar perkongsian pengalaman untuk kebaikan

Berulang membawa ibu setiap hari pada mulanya memang kelam-kabut
kehidupan.  Memang mengharapkan isteri
juga untuk membantu membawa ibu ke hospital kerana sememangnya aku sendirian
tidak cukup tangan dengan kerja, menguruskan anak-anak dan persekolahannya.
Walaupun 3 minggu itu terasa lama, tetapi untuk mereka yang senasib di
wad neurologi ini menganggap ia adalah jangka masa yang singkat kerana banyak
kes yang lebih lama. Ada juga yang koma sehingga berbulan-bulan lamanya…

Lagi catatan tentang peristiwa yang berlaku..
Makanya, kesempatan ini aku ingin kongsikan sedikit pengetahuan cetek
aku ini berdasarkan pengalaman bapa, berkenaan masalah Neurologi. Menurut
doktor, pendarahan otak kebiasaannya berlaku disebabkan 2 perkara. Pertama,
akibat daripada tekanan darah tinggi (penyakit darah tinggi) yang menyebabkan
pembuluh darah didalam otak itu pecah. Kedua, disebabkan hentakan yang kuat
dibahagian kepala seperti terhantuk atau kemalangan dan sebagainya. Pendarahan
otak amat berbahaya dan kritikal serta banyak menyebabkan kematian yang
mengejut sebelum sempat ianya dikenal pasti dan diselamatkan.

Gambar setelah jahitan dibuka…

Aku bersyukur kerana bapa aku sempat diselamatkan apabila pihak
hospital mengambil keputusan yang pantas untuk membuat CT Scan pada ketika itu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan dengan lawatan dan
ucapan selamat. Semoga Allah jualah yang membalas segala-galanya.
Bila difikirkan keadaan bapa aku, walau pun tidak terlalu tua (kini 69
tahun), bolehlah diterima kes-kes seperti ini atau pun “strok”.. Tetapi, yang
masih bertarung di wad disebabkan musibah seperti bapa aku ni selain
daripada  kemalangan jalan raya dan
sebagainya, ada juga dari kalangan mereka yang berusia disekitar 25 – 35 tahun akibat
daripada stress bekerja…

Bersiap untuk pulang ke rumah…

Oleh itu.. sebagai peringatan untuk semua termasuk yang empunya diri
ini, jagalah kepala kita… Jangan terlalu stress.. terutama kepada mereka yang obsess bekerja, berhadapan
dengan tekanan atau pun yang terlalu lama dihadapan PC dan keletihan. Berehatlah dulu… Bila dah macam ni,
bukan senang untuk pulih seperti sediakala.  
Wassalam.

Salam Hormat, Salam Berkat.

10 Thoughts to “Pulang Sudah…”

  1. Assalam.. saya telah menukar kembali kepada kotak komen yang asal. Maaf diatas komen-komen yg telah hilang. Segala kesulitan amatlah saya kesali.

  2. Nurul Hidayah

    Syukur alhamdulillah.. Bapa Khir dah beransur stabil dan Nurul doakan semoga beliau kembali pulih seperti sediakala.. Aamiin.

    1. Aamiin.. alhamdulillah.. t kasih ye Nurul..

    2. Nurul Hidayah

      Sama-sama kasih 🙂

  3. sham mustapha

    alhamdulillah dah boleh kuar hospital…take care of him…

  4. Aefa Aerisya

    aefa baru baca.. alhamdulillah dapat kesan awal.. semoga beliau cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala..amiinnn

  5. maaf baru baca tentang nie..Alhamdulillah..bapa khir selamat..Moga diberi kesihatan yang baik untuknya…

  6. Vee Sandi

    selalunya perkara ni berlaku pd org yg seka pendam masalah n perasaan nya … 2x lactacyd n digi .

  7. Etuza Ezawarna

    terima kasih nasihat…bagus peringatan bersama…inshaAllah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.