Pagi Ahad (6/4/2014)… pagi yang menceriakan. Aku bersyukur kerana masih lagi berpeluang beramah mesra bersama-sama pakcik dan saudara dalam mesyuarat AJK, keluarga Haji Abdul Jamak yang diadakan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Mesyuarat Keluarga Haji Abdul Jamak

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan persiapan bagi mengadakan majlis perjumpaan keluarga Haji Abdul Jamak menjelang Hari Raya Aidilfitri 2014 nanti. Sememangnya persiapan perlu dilakukan awal agar segalanya dapat berjalan dengan baik. Kali terakhir perjumpaan keluarga ini diadakan adalah pada tahun 2008 dan ia adalah satu kenangan meriah penuh dengan ukhwah dan silaturrahim kekeluargaan yang tidak dapat aku lupakan.

Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Jamak

Perjumpaan Keluarga Haji Abdul Jamak, Keluarga Jamak
Artikel & gambar kenangan keluarga Haji Abdul Jamak – NST (21/12/2008)
Keluarga Haji Abdul Jamak adalah cabang dari susurgalur keluarga besar Daeng Pabitah berketurunan Bugis yang pernah aku tulis dan boleh dibaca melalui link di bawah artikel ini. Aku merupakan generasi yang ke-4 dalam susurgalur Keluarga Jamak ini.
Kini, setelah hampir 6 tahun, pastinya ada banyak khabar berita kekeluargaan terutamanya kepada yang jarang-jarang dapat bertemu. Pastinya ada yang telah berkahwin atau berpindah, ada yang telah melahirkan cahaya mata dan juga yang telah kembali ke rahmatullah. Itulah antara tujuan utama perjumpaan seperti ini perlu diadakan pada tahun ini.

Mesyuarat AJK Keluarga Haji Abdul Jamak

Berselfie bersama pakcik & kazen mazen AJK mesyuarat keluarga. 🙂
Sesi mesyuarat kali ini aku coretkan di blog sebagai penghargaan, kenangan dan doa agar segala-galanya berjalan lancar dengan sepenuh keberkatan. Semoga ikatan kekeluargaan yang terjalin terus berkekalan dengan kemesraan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya… aamiin.
Salam Hormat, Salam Berkat.

60 Thoughts to “Mesyuarat AJK Keluarga Haji Abdul Jamak 2014”

  1. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    tentu seronok apabila dapat berkumpul dengan sanak-saudara begini.. menabung 3 kali libresse.. 😀

    1. Alhamdulillah Aiza.. mmg seronok sbb bukan selalu dpt buat mcm tu.. 🙂

    2. Mizz Aiza (Dunia Kecil)

      kadang tu tak kenal pun saudara sendiri sehingga jalan berselisih bahu pun tak perasan.. dengan cara ini juga anak-anak dan kita sendiri akan mengenali antara satu sama lain.. menabung 3kali colgate.. 😀

    3. Mmg betul tu Aiza.. mudah2an bertambah akrab semuanya.. T kasih.. 😀

  2. Hafiz Mohd

    Bertemu mata dan pastinya saling perkuatkan ukhwah…subhanallah..mmg terbaiklah!

    moga semuanya berjalan lancar

    1. Alhamdulillah.. aamiin. T kasih Hafiz.. 🙂

  3. Wah, hebatnya. Teruja saya tengok.

    1. Alhamdulillah cikgu Helmi.. t kasih.. 🙂

  4. wahhh…besar juga keluarga bro Khir rupanya..hehehe..best ada keluarga besar macam nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    1. Alhamdulillah bro Strider… saya amat bersyukur.. t kasih.. 🙂

  5. Akeyla Azmi

    Ramaiiii hihi ala qila pun terindu nak gather balik reramai hihi.
    Moga ukhuwah tu akan terus terjalin! 😀 Inshaallah! hihi

    1. Mmg rindu suasana gathering tu.. in shaa Allah.. aamiin. T kasih qila.. 😀

  6. Anonymous

    hebatnyer…mesti seronok ni..

    1. Mmg seronok Kathy… alhamdulillah.. 🙂

  7. Seronok bila dapat satukan semua 🙂

    1. Mmg seronok sgt bila dpt mengenali ramai saudara-mara.. alhamdulillah Zumal.. 🙂

  8. semoga usaha murni ini berjaya dilaksanakan & berjalan dgn lancar…tumpang seronok melihat keluarga besar berkumpul mcm ni =)

    1. Alhamdulillah.. aamiin. T kasih Izan.. 🙂

  9. wah….saya berasa bangga dengan keluarga bro….

    1. Alhamdulillah.. sahabat. T kasih.. 🙂

  10. Meriahnya… Keluarga Haji Abdul Jamak ni

    1. Alhamdulillah Ammar.. T kasih.. 🙂

  11. Sylarius Yusof

    Unite betul famili Encik Khir ni. Tengok dalam gambar kat NST tu memang betul-betul ramai. Semoga dapat diteruskan ikatan kekeluarga hingga ke generasi seterusnya 🙂

    1. Alhamdulillah.. mudah2an berkekalan hingga ke seluruh generasi… aamiin.. T kasih.. 🙂

  12. chegu zam

    Suasana berkumpul bramai2 yg susah nak jupa. Siap masuk nst. Kira hebat ni

    1. Alhamdulillah chegu zam.. t kasih.. 🙂

  13. RDZ Z

    Our family pun ada buat yearly gathering ni Khir..Memang salute dengan pihak yang bersusah payah membuat jejak kasih untuk menemukan ratusan Family. Its not easy..Good luck to you…

    1. Mmg bukan kerja yg mudah.. thanks to my uncle yg struggle bertahun2 utk penyatuan ini.. Mmg seronok dpt terlibat dlm acara2 sebegini.. mmg seronok kan Raudzah.. 🙂

  14. RDZ Z

    3 LAZADA for you!!!

  15. Eshamz Halim

    Huyoooooo….ari tu memang ada baca dalam suratkhabar…rupa2nya kaum kerabat bro Khir ker…. hihihihihi….. seronok gak biler perhimpunan beramai-ramai ni… 😀 .

    1. Hehee.. Alhamdulillah.. mmg seronok bro Sham.. rindu dgn moment2 berkumpul mcm tu.. 😀

  16. FAIRUS ISMAIL

    Jom layan isu-isu terkini dan berita2 sensasi bola sepak malaysia http://cantikpermainan.blogspot.com/

  17. mak ai..ramai gilaaa..mesti meriah..sekurang2 nya anak2 boleh kenal mkcik,pakcik,atuk,nenek dorg dr susur galur yg sama kalau sll gather mcm ni..best…

    1. Hahaa.. alhamdulillah.. mmg itulah harapannya Niesa.. t kasih.. 🙂

  18. Assalamualaikum khir, semoga dipermudahkan urusan kalian semua.. bestnya jumpa seluruh ahli keluarga.. singgah menabung libresse sini~~~

    1. Waalaikummussalam Sheila.. in shaa Allah.. aamiin. T kasih.. 🙂

  19. family ke tuan khir…besar betol..sampai banyak tu..hihi

    1. A ah… sedara mare, sepupu sepapat semua cik akak.. 😀 😀

  20. besarnya famili.. mesti seronok sbb dpt mengenali semua ahli keluarga yg ada..

    1. Mmg seronok sgt.. alhamdulillah Hafiza.. 🙂

  21. hbat fmily bro khir ni..hehe

    1. Alhamdulillah Jie.. t kasih.. 🙂

    1. Alhamdulillah Acik.. t kasih.. 🙂

  22. Semoga perjumpaan kali ini akan mencatat satu lagi sejarah baru dengan jumlah yang pastinya akan bertambah! Semoga urusan anda dipermudahkan.

    1. In shaa Allah… aamiin.. T kasih BM.. 🙂

  23. n O e s u h a i m i

    Lazada 🙂

  24. Bagus ni..dpt mengeratkan silaturrahim sesama keluarga

    1. Alhamdulillah… t kasih Fidah.. 🙂

  25. wah keluarga besar! <3

    1. Alhamdulillah.. t kasih deno.. 🙂 🙂

  26. saya pun biasa juga ada perjumpaan keluarga sebelah mak
    saya generasi ke 3
    cuma tahun ni punya perjumpaan tak dapat join, masa tak sesuai

    1. Mmg seronok kan Yana.. rasa rugi lah pulak klu tak dpt join.. 🙂

  27. Wan Maruzen Wan Husain

    wow…hebat…ramainye

    1. Alhamdulillah… T kasih Wan.. 🙂

  28. Nurul Hidayah

    Kalau buat kerja kawin.. takyah jemput orang luar lagi ni Khir..dah ramai 😀

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.