Ia merupakan inisiatif PPBM dengan kerjasama erat Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) dalam menyediakan platform terbaik Pusat Sumber PPBM bagi tujuan menyediakan maklumat dan rujukan berkaitan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak. Perpustakaan Kanak-Kanak pula bertujuan menyemai tabiat membaca dikalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.
Pusat Sumber Dan Perpustakaan Kanak-Kanak PPBM
Pelancaran Pusat Sumber PPBM telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn. Masdiana binti Muhammad, merupakan keputusan strategik untuk memberi akses maklumat dan sokongan yang lebih besar kepada kira-kira 11,000 ahli PPBM, sebagai panduan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak yang memenuhi keperluan dan piawaian ketat Akta Pusat Penjagaan 1984.
Komponen pameran yang lain ialah model Perpustakaaan Kanak-Kanak yang dijangka menjadi tempat yang kondusif, mesra dan selamat untuk kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun, bagi memupuk tabiat membaca awal dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mampu membangunkan kemahiran kognitif dan sosial mereka seawal mungkin.
Nippon Paint akan bekerjasama dalam memberikan khidmat nasihat profesional tentang warna dan fungsi cat yang bersesuaian untuk persekitaran selamat melalui Rangkaian Child Wellness dan mampu merangsang kreativiti kanak-kanak, termasuk menerusi pelbagai inisiatif kesedaran dan pendidikan kepada ibu bapa berkaitan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet
Saya amat tertarik dengan pandangan dan kupasan yang dikongsikan dalam sesi pakar meja bulat bertemakan ‘Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet’. Merupakan input sosio pendidikan kepada generasi dewasa kini terutamanya ibu dan bapa seperti saya terhadap pemerhatian utama tentang anak-anak hari ini yang bergantung kepada teknologi.
Sesi ini menyaksikan Panel Penasihat pakar seperti Yang Berbahagia Datuk Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pasifik (APPA); Puan Norsheila Abdullah, Presiden PPBM dan Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint.
Datuk Dr Zulkifli Ismail menegaskan, perkembangan kanak-kanak sangat bergantung kepada persekitaran, daripada usia 0 hingga 4 tahun, kanak-kanak membentuk tabiat berdasarkan persekitaran dan pengalaman yang mereka alami. Gajet mempunyai kelebihan dan juga kemudaratan, maka ibu bapa perlu memantau masa skrin bagi memastikan pembangunan kognitif kanak-kanak yang menyeluruh.
Menyemai Budaya Minat Membaca Kanak-Kanak Di Malaysia
Menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun dinasihatkan untuk menghadkan penggunaan skrin kepada 1 jam sehari dengan pengisian bermutu tinggi. Walaupun masa skrin yang sederhana digalakkan, ibu bapa juga harus perhatikan pemilihan program.
Berikut adalah saranan AAP terutama kepada tanggungjawab ibu bapa terhadap kaedah membesarkan kanak-kanak tanpa gajet mengikut pecahan usia;
- Kanak-kanak 0 hingga 6 bulan – Tiada ‘screen time’ adalah yang terbaik kecuali ‘live video chat’ bersama ahli keluarga dan interaksi rakan-rakan kepada ibu bapa.
- Kanak-kanak 18 bulan hingga 2 tahun – Kawal screen time dan hindarkan pengunaan bersendirian. Pilih program berbentuk pendidikan dan tonton bersama bagi memastikan kefahaman mereka.
- Kanak-kanak 2 hingga 5 tahun – Bataskan screen time kepada 1 jam sehari. Ibu bapa juga seharusnya ada bersama anak semasa penggunaan, juga bagi memastikan kefahamannya.
- Kanak-kanak 6 tahun ke atas – Tetapkan batas yang konsisten dalam waktu screen time mereka. Jangan biarkan ia menjejaskan waktu tidur dan riadah yang berkualiti disamping mempengaruhi tingkahlaku mereka.
Satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Perak mendedahkan, kanak-kanak Malaysia dibawah usia 2 tahun menghabiskan masa secara purata 6 jam pada skrin elektronik, di mana televisyen menjadi masa skrin tertinggi (5.9 jam) diikuti iPad dan tablet (3.2 jam).
Selain itu, merujuk laporan UNESCO: Pendidikan untuk Semua 2015 – Kajian negara-negara menunjukkan tahap celik huruf di Malaysia hampir 95% dalam kalangan kanak-kanak 10 tahun ke atas. Walaupun ia memberikan gambaran yang baik, asas yang mantap haruslah dipupuk pada semua kanak-kanak pada usia muda bagi memastikan mereka berada dilandasan yang betul. Ianya penting untuk memupuk minat membaca pada usia yang awal.
“Program Kesejahteraan Kanak-Kanak telah membawa kami sejauh ini melalui kerjasama dengan PPBM. Kami gembira menjadi sebahagian usaha mulia ini dan yakin Perpustakaan Kanak-Kanak mampu memupuk tabiat membaca peringkat awal dikalangan kanak-kanak, disamping terus merealisasikan lebih banyak inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan kanak-kanak serta meningkatkan lagi kesedaran sosio pendidikan kepada umum” – Gladys Goh, Pengurus Besar, Kumpulan Nippon Paint.
Program Kesejahteraan Kanak-Kanak ini menyaksikan kerjasama dengan persatuan kebangsaan seperti Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Pengasuh Berdaftar (PPBM), Persatuan Tadika Malaysia (MSAI), serta penyedia dan pengamal perubatan sebagai sokongan utama bagi menyediakan langkah mudah dan nasihat pakar kepada ibu bapa prihatin masa kini.
Baca artikel terkait;
> Kempen Nippon Paint Child Wellness Programme
> Nippon Paint Wellness For Children
> Persekitaran Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak

SIC PARVIS MAGNA ~”Greatness from small beginnings”
Seorang digital creator; content writer, video creator dan motovlogger.
My Bio > PROFILE & BIO
Satu proses yg bagus. Penggunaan gajet scara berlebihan akan mengganggu proses perkembangan kanak2. Visit http://www.ketamkecil.com/mata-kabur-akibat-kencing-manis-apa-harus-dilakukan/
Betul tu, especially bagi kanak2 yg masih kecil
PC belum melalui situasi ini di mana melalui pengendalian gadjet dan anak…tapi peribadi…dedahkan gedjet pada anak sesuai pada usia dan waktunya serta mengikut keperluan dengan pengawasan yang ketat kerana zaman sekarang ianya diluar jangka..Gadjet mudah difahami dan dikuasai.Ibu bapa jangan bimbang kalau tidak dedahkan gadjet kepada anak sedari kecil.
Kalau belum sampai waktunya mmg lebih baik tak perlu dedahkan.. tp tulah, ada sesetengah nk bg anak2 sibuk ada aktiviti dgn bagi tablet supaya tak ganggu ibu bapa.. tanggungjawab anak masa kecil mmg patut dilayan dgn interaksi bukan tablet kan
Satu kupasa yang menarik. Ada info baru yang ana dapar dekat sini. Memang kena had dan pantau penggunaan gajet terhadap anak2. Byk buruk dr baiknya gajet tu pada pendapat ana.
TTulah.. especially klu tak dipantau. Risau anak2 tertengok benda yg bukan2 pula
Program yg brmenfaat..masakini anak2 terdedah dgn gajet sedari kecil..ibubapa perlu kawal n pantau
Betul tu.. tanggungjawab ibu bapa kena pantau sebaiknya. Klu belum sampai waktu dan tiada keperluan, lebih baik jngn bagilah
susah sekarang ni nk dekatkan anak2 dengan perpustakaan..
Mmg anak2 mudah tertarik dgn gajet berbanding buku2. Itulah cabaran ibu bapa zaman digital age ni hehe.
untuk bakal dua orang cahaya mata baharu ini saya akan pasti mereka tidak terdedah kepada gajet terlalu awal..
nanti pesan dengan bakal isteri agar berhati-hati terhadap penggunaan gaejt..
in shaa Allah
Betul tu tuan.. mmg kena pesan klu tak riasu nanti ketagih gajet di awal usia muda kan
Bukan satu perkara yang senang utk elakkan kanak-kanak main sebarangan gajet. Anak saya selalu nak tengok smartphone saja. Tanpa smartphone banyak buat bising tak henti-henti. Susah bagi saya.
Saya pun setuju sbb kanak2 sekarang ni mmg gajet tu mcm ada magnet kpd mereka. Itulah cabaran kita sbg ibu bapa zaman era digital ni.
dunia hari ni mmg x leh lari dgn gajet tp perlu kebijaksanaan dlm mengawal penggunaannya terutama ibu bapa