Usahawan Sudah Kaya Tamak Nak Lebih Kaya Lagi – Sewaktu menjalankan sesi perkongsian industri baru-baru ini, saya telah diajukan soalan menarik dari salah seorang peserta program.
Beliau bertanyakan pandangan saya agar dapat menjelaskan kenapa ada usahawan yang sudah pun kaya tapi masih bertungkus lumus berkerja seolah-olah tamak nak lebih kaya lagi.
Mereka sepatutnya bersyukur dengan kurnian yang diberikan. Maka, saya terpanggil berkongsi topik persoalan tersebut untuk perkongsian juga pandangan dari pembaca sekelian.
Perspektif Usahawanan Sudah Kaya
Memandangkan topik sesi adalah berkisar
keusahawanan sosial yang ramai masih keliru perbezaannya dengan aktivis dan sukarelawan, saya mengulas persolan tersebut berdasarkan perkongsian fakta ‘sociopreneurship’ dari pemerhatian dan pengalaman peribadi dan kerjaya.
Pertamanya, kita perlu mengenali maksud ‘usahawan’ itu terlebih dahulu. Ia tidak sesekali sama dengan ‘makan gaji’. Tidak bermaksud satu lebih baik dari yang lain, cuma keduanya perlukan perspektif pemikiran dan etika tindakan yang berbeza.
Ada yang mampu berhenti makan gaji menjadi usahawan dengan perniagaan yang mereka bina dan ada yang ‘bungkus’. Namun ada juga yang sekian lama masih lagi ‘cari duit lebih’ dengan pelbagai ‘bisnes part-time’ atas sebab minat atau masih sayangkan bidang kerjanya… wallahualam.
Kejayaan Dan Kegagalan Keusahawanan
Fakta juga menyatakankan ramai yang kecundang dalam perniagaan dan kembali berkerja makan gaji adalah disebabkan minda yang belum bersedia memahami apa itu ‘usahawan’.
Memulakan perniagaan demi keuntungan ‘duit atau title usahawan’ tetapi masih berfikiran minda subsidi dan bertindak seperti berkerja makan gaji. Ada juga yang ambil mudah, tiada persediaan rapi dan tiada displin dirangka atas asbab ‘kerja sendiri’.
Bila cabaran melanda, mereka tiada ketahanan tambahan bila tersilap langkah… kerugian, tiada duit dan tiada ‘income’, malah berhutang hingga merasakan seluruh dunia menghimpit.
Namun ada yang tetap tabah melalui fasa ‘trial and error’ dan terus berusaha hingga berjaya. Mereka yang tabah istiqamah dan berusaha memperkasa diri dengan ilmu dan displin itulah USAHAWAN yang dimaksudkan.
Berdasarkan pengalaman hampir kebanyakkan usahawan berjaya yang saya kenali tidak mewarisi harta dan bukan dari keluarga berada.
Mereka berjaya disebabkan kesempitan hidup dan minat yang mendalam hingga menghasilkan niat dan matlamat yang padu dalam jiwa untuk berjaya.
Tabah jatuh dan bangkit menangani pelbagai cabaran dengan sabar serta terus yakin
bertindak atas usaha, usaha dan usaha itu menjadikan mereka usahawan dan berjaya.
Usahawan sudah kaya tapi masih tamak nak lebih kaya lagi
Persepsi itu lahir dari TANGGAPAN negatif sesetengah individu yang mengukur usahawan dari aspek taksub tamak haloba duit dan material semata-mata.
Hampir semua usahawan berjaya, masih terus berusaha keras kerana ia sudah menjadi rutin yang mendarah daging dalam diri mereka walaupun ada yang telah mencapai tahap jutawan sekalipun.
Malah merekalah penyumbang terbesar wakaf, zakat dan pembiaya projek-projek keagamaan, kemanusiaan dan juga kemasyarakatan.
“Ada petani, penoreh dan sebagainya yang tidak boleh berhenti melakukan aktiviti walaupun sudah berusia. Mereka merasa kurang sihat dan ‘tak senang duduk’ jika berehat-rehat tanpa aktiviti rutinnya. Itulah juga sebenarnya berlaku kepada usahawan… mereka telah biasa mendepani cabaran sehingga minda mereka terlatih mahu terus berusaha dan bertindak…”
Persepsi negatif masyarakat kita bila memperkatakan tentang usahawan perlulah dihapuskan.
Ramai hanya melihat kejayaan tanpa cuba menyoroti cabaran yang mereka hadapi. Ramai juga yang menganggap kejayaan usahawan disebabkan minda oportunis, walhal ia hasil praktikal minda mengenal dan mencipta potensi peluang yang bermanfaat kepada diri juga sosio-ekonomi negara.
Untuk lebih kebenaran, anda perlulah selidiki sendiri.
Jalan terbaik adalah menjadi usahawan dan mendekati usahawan-usahawan yang telah berjaya. Berusaha kenali mereka, belajar dan berada dalam kelompok dunia mereka berbekalkan niat, matlamat dan rancangan tersendiri untuk berjaya.
Bagaimana caranya?… anda fikirkan USAHA sendiri bagaimana untuk bertindak dan menjayakannya kerana penyelesaian itulah asas utama untuk anda menjadi seorang usahawan.
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Menarik topik ni. Nak jadi usahawan yang berjaya memang bukan satu perkara yang mudah kan. Kalau tak kuat mental dan fizikal memang boleh bungkus.
Usahawan..asasnya adalah usaha yang bersertanya onak dan duri..tidak kira bangsa dan fahaman agama usahawan ini dibantu oleh yang Maha Berkuasa..Tuhan..kegigihan mereka sentiasa menjadi pertikaian lebih lebih lagi bila sudah membuahkan hasil pendapatan yang berganda..usahawan usaha lebih dapat lebih..usaha kurang sedikit imbuhannya..ya ada yang sudah kaya mahu lebih kaya tapi dengan cara yang salah namun jangan segera membuat kesimpulan semua usahawan sebegitu..kerana ada yang benar benar nawaitunya kerana Allah..Rasulullah SAW juga usahawan…Siti Khadijah juga usahawan..
kena banyak ilmu untuk menjadi usahawan yang berjaya..
namapun usahawan..mmg diorg berusaha nak menjadi kaya..no fullstop
ilmu+usaha=kaya takan putus
org2 mcm ni lah yg dpt bantu org2 yg memerlukan ewahhhh dia ni kemaihhh komen no kuikuikui
Usahawan yang kaya dapat menyumbang cara lain kepada kita. Contohnya zakat, peluang pekerjaan, wakaf, derma, pembiaya projek-projek kemanusiaan, agama dan macam-macam lagi sumbangan.
SEBAGAI USAHAWAN BERJAYA TENTU MRK ADA BANYAK TANGGUNGJAWAB N AMANAH YG DIPIKUL DEMI MENGEKALKAN KEJAYAANNYA UNTUK MRK YG TERLIBAT SAMA DLM MNGGEMBELING USAHA…SIFAT TAMAK DGN CARA BGITU BAIK JUGA.
perkongsian yg menarik,
tapi saya takut nak jadi org kaya…
takut hanyut dibuai duitan..
Apa2 kerja pun bukan mudah untuk sekelip mata jadi kaya….usaha yang gigih dan tak putus asa tangga kejayaan.
saya rasa bila kaya lagi kaya tu bukan disengajakan. Sebenarnya ilmu nya makin banyak, bila makin banyak ilmu makin banyak dia rasa dia tak tahu. Habit dan disiplin yg baik pula dan semulajadi. dan nampak peluang untuk menambah nilai kepada orang lain. Tak boleh tolak jd lebih kaya dan kaya
oleh sebab orang kaya suka memberi dan terus memberi maka kekayaan mereka terus meningkat tanpa henti..
JM x boleh jadi usahawan sbb..syukur dengan apa yg ada..malas berusaha untuk dapat lebih heee