Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship) merupakan kaedah paling strategik memperkasa pembangunan sosioekonomi masyarakat masa kini. Saya percaya ia adalah solusi terbaik kepada pengukuhan sahsiah pembangunan modal insan dan kelestarian ekonomi sejagat.
 
Namun, ramai yang masih kurang jelas tentang maksud Keusahawanan Sosial dan menganggap ia sama sahaja seperti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) atau aktiviti kebajikan penuh. Ia adalah satu platform perusahaan yang membawa bersama amanat sosial sebagai tanggungjawab perniagaan.
Definasi keusahawanan sosial

Apa Itu Keusahawanan Sosial

 
Keusahawanan Sosial membawa interpretasi yang lebih mendalam dari sekadar ‘keusahawanan’. Ia bukan prinsip yang cenderung kepada pemantapan ekonomi semata-mata, tetapi merancang kepada pemerkasaan sosio-masyarakat sejahtera.
 
Aspirasi keusahawanan dan sosial telah mencipta mekanisme yang mempunyai definasi lebih luas dalam menyumbang idea, visi dan usaha melangkaui kepentingan material dan kewangan semata-mata. Ia fundamental penting dalam konteks sosio-ekonomi kini dan akan datang.
Seorang usahawan sosial akan memanfaatkan peluang merangka usaha memperkasa sistem dan solusi kepada permasalahan masyarakat. Mereka lebih terdorong mencapai impak sosial dari sekadar meraih kekayaan material semata-mata.

 

Sebagai contoh, kita lihat pelbagai usaha menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan. Melalui kesedaran, kita faham implikasi yang bakal dihadapi sekiranya alam sekitar musnah. Begitu juga perlu dilakukan dalam pembangunan sosial agar nilai sosio-budaya dapat dipelihara seperti ekologi semulajadi alam dalam arus kemajuan dunia.

 

Itulah antara aspirasi yang diketengahkan melalui penglibatan kerjaya untuk keuntungan perniagaan dan pembangunan sosial masyarakat seluruhnya.

 

Usahawan Sosial Melahirkan Masyarakat Minda Positif

 
Seorang usahawan sosial bertindak lebih dari sekadar aktivisme atau sukarelawan. Mereka mengetengahkan solusi menangani cabaran dalam masyarakat melalui inisiatif perniagaan yang dijalankan. Antara aspek yang perlu diketahui seorang usahawan sosial adalah seperti berikut:

 

  • Visi dan misi keusahawanan yang disertai impak sosial.
  • Kesedaran sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat.
  • Sistem masyarakat, sistem perniagaan dan sistem perundangan.
  • Etika kepimpinan usahawan dan pembangunan modal insan.
  • Menyumbang usaha untuk kemantapan sosio-ekonomi.
Definasi keusahawanan sosial,
 
Sejak sebelum wujudnya blog ini, saya telah bergiat memperkasa maksud keusahawanan sosial  melalui program pembangunan modal insan dibawah sokongan dan kerjasama pelbagai pihak. Ia sentiasa menjadi aspirasi yang menyuntik motivasi diri untuk sentiasa berusaha demi kebaikan keluarga dan masyarakat seluruhnya.

 

Begitu juga dalam kerjaya sebagai seorang ahli pemasaran, saya akan sentiasa memastikan sesuatu mesej komersil yang disampaikan turut memberi nilai tambah positif yang bermanfaat dalam membantu pembangunan sosial yang mampan.  

 
Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Fasilitator sosial, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

24 Comments

  1. sangat bagus entri ini… keusahawanan sosial mempertingkat pemikiran yang positif dan inovasi..
    thanks sharing good write up ..

  2. baru nilah saya dengar perkataan keusahawanan sosial tu
    apapun nice sharing KK
    hari mi saya belaja benda baru =)

    1. CN pn baru dengar, banyak perkataan canggih2 dari KK ni, mmg salute

  3. topik yang sangat menarik..tahniah

  4. perbincangan ilmiah..dan perkara baru untuk saya Keusahawanan Sosial

  5. Assalammualaikum… KK,

    keusahawanan sosial nie secara tidak langsung dapat menanam sikap keusahawan di kalangan orang melayu… bila sebut keusahawanan nie kebanyakkan di monopoli bangsa bukan melayu…

    mselim3

  6. Ulasan dan penerangan KK buatkan zumal berasa ingin berkecimpung dalam keusahawanan sosial ini…

  7. entri yg cukup menarik…mcm berminat la plak…hehehe thanks for sharing.

  8. Nak kena baca betul-betul baru faham ni..thanks sharing ilmu ni..kalau tak,memang takkan tau apa fungsi keusahawanan sosial ni khir..

  9. Dapat ilmu baru ni dari blog KK,terima kasih share kan kepada kami,moga ada lebih banyak artikel yang sebegini,banyak lagi yang saya belum tahu KK 🙂

  10. Ulasan dan penerangan yang sangat memberangsangkan. yg sangat menarik…keusahawan dan sosial adalah gabungan yang mantap…

  11. Sifat materialistik tu laa yg sukar dihakis. konon nk bantu bangsa tp bila dah masuk bidang mcm ni… tu dah niat tu. yg dia tahu…nk untung nk untung nk untung…

  12. Alhamdulillah dapat ilmu mengenai Keusahawanan Sosial hari ini …Mudah-mudahan setiap rezeki keusahawanan yang diperolehi bersama usaha akan dapat menyuntik semangat para usahawan untuk lebih maju dan maju ke hadapan..Semoga rezeki yang diperolehi dapat memberikan kejayaan yang lebih bermakna untuk masa akan datang …terima Kasih KK atas perkongsian ini..

  13. saya melihat kk juga mampu menjadi consultant kepada syarikat2 besar berstatus korporat berdasarkan pengalaman yg KK ada … esok kena topup digi prepaid …

  14. Bagus program ni..memang seronok kalau dapat peluang join program ni.Tq KK atas perkongsian yang berinformasi..

  15. Sejujurnya tak pernah dengar sebelum ni..

  16. "KK juga mendapati ada yang masih kurang memahami tentang maksud Keusahawanan Sosial itu sendiri."

    Yess..JM salah soerang daripadanya

  17. setahu JM tak ramai yang terlibat dengan usahawan sosial ni kebanyakan mementingkan keuntungan

  18. Pada mulanya saya menyangkakan usahawan media sosial seperti perniagaan di FB, Twitter dan sebagainya tetapi jauh menyimpang rupanya. Satu yang baru dan perlu didedahkan…Mungkin KK adlah perintis yang mampu mempopularkan dan seterusnya merealisasikan usahawan sosial di Malaysia… InsyaAllah. Saya support dari belakang…

  19. Sorry…sibuk siket lately ni..
    Moga dpt BW seperti biasa nanti.

  20. Semakin ilmiah entri dan pembacaan dari sini. Walaupun tak semua saya hadam, tapi sikit-sikit masih
    masuk kut kat otak yang dah mula berkarat nih.

  21. Setiap usahawan ada csr masing-masing. Ini secara tidak akan langsung akan menyumbang kepada keusahawanan sosial

  22. salam singgah.menarik entry ni, moga segalanya di restui allah swt

  23. […] juga: Keusahawanan Sosial Memperkasa Kesejahteraan Ummah 3. Kenal Pasti Sumber Pendapatan Perniagaan Dan Impak Sosial Usahawan Sosial juga perlu kenal […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.