Kuasa bertindak usahawan berjayaKeusahawanan Motivasi 

Kuasa Bertindak Usahawan Berjaya dan Cemerlang

Saya tertarik dengan perkongsian Master Trainer Ahmad Fadzli Yusuf, mengenai ‘Kuasa Ajaib Orang Berjaya’. Ia menjelaskan mengapa ada orang yang berjaya melakukan banyak perkara, sedangkan ramai lagi menghabiskan masa tanpa menyelesaikan banyak perkara.
Sememangnya semua orang mahu berjaya dan cemerlang, namun adakah mereka yang berjaya dan cemerlang itu mempunyai kuasa ajaib?
Resepi usahawan berjaya dan cemerlang

Usahawan Berjaya Bertindak Positif Dan Proaktif

Ya… ada satu kuasa ‘aura’ yang dimiliki mereka yang sangat cemerlang terutamanya usahawan dan ahli perniagaan berjaya. Kuasa yang kurang dimiliki oleh kebanyakan mereka yang biasa-biasa. Kuasa ini dikenali sebagai ‘Kuasa Bertindak’.
Pengajian juga mendapati usahawan berjaya memiliki perbezaan utama daripada mereka yang kurang berjaya. Iaitu kemampuan untuk merancang dan melaksanakan perancangan mengikut realiti misi yang dicitakan. Sayangnya ramai diantara kita yang berimpian dan berazam tetapi tidak merancang dan bertindak merealisasikan rancangan.

Pemikiran Negatif Halang Perancangan Dan Melemahkan Tindakan

Ramai mempunyai perasaan negatif ‘musyikil’ terhadap kemampuan diri sendiri.
Ia biasa dilihat dalam sesi motivasi keusahawanan apabila peserta diminta
menulis impian masing-masing. Semua peserta teruja dengan apa yang ditulis, namun realitinya ada yang gagal komited dan tidak konsisten bertindak merealisasikan apa yang mereka sendiri tulis. Akhirnya, kembali untuk selesa dengan situasi yang sepatutnya mereka ubah pada awalnya.
Mereka yang gagal bukanlah tidak berusaha tetapi masih kurang percaya potensi sendiri. Berbeza usahawan berjaya yang yakin dengan sentiasa menggali ilmu, fokus dan istiqamah membina kekuatan merealisasikan cita-cita walaupun menempuh kegagalan, dugaan dan cabaran. Itulah nilai kejayaan dan kecemerlangan berharga dalam erti kemanisan kehidupan yang sebenar.
Resepi usahawan berjaya dan cemerlang

Bertindak Atas Percaya Membentuk Keyakinan

Sesungguhnya perancangan dan tindakan dipengaruhi dengan kepercayaan diri.
Jika kita ingin mencapai kecemerlangan yang diimpikan, kita perlu mengubah iltizam bertindak melakukan yang sepatutnya dengan sepenuh keyakinan. Usahawan berjaya percaya dan yakin, Allah tidak sesekali menghampakan hambanya yang senantiasa berusaha ke arah kejayaan tanpa mengenal erti kegagalan dan menyerah diri.
Justeru, menjadi peringatan diri ini juga, bahawa kita perlu ubah melihat setiap perkara dan bertindak atas kepercayaan diri sebagai landasan untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diusahakan. Kita perlu yakin dan faham kepentingan ilmu, bantu usaha, ‘movement and performance’ dan membina ‘Kuasa Bertindak‘ merealisasi kejayaan yang cemerlang untuk dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Related posts

16 Thoughts to “Kuasa Bertindak Usahawan Berjaya dan Cemerlang”

  1. doa merancang tawakkal dan usaha….

  2. Sungguh benar kata KK, Kuasa bertindak untuk menggapai kejayaan. Dan ada lagi beberapa kuasa yang sangat berkuasa, Kuasa untuk tidak mengatakan TIDAK, NANTI dan TUNGGU DULU.

  3. Sorry..lama dah tak ke sini.
    Susah nak dpt duduk berblogging depan notebook. Tak tau kenapa..tak boleh komen kalau guna hp or tab…:(

  4. Dream big, set goals and take action

  5. semakin hari semakin hebat tuan..semoga berkongsian memberi manfaat kepada kita semua..

  6. setuju sangat khir…kalau hanya merancang tapi tiada tindakan ….tidak akan menjadi semuanya…kuasa bertindak tu amat penting…terima kasih atas perkongsian khir…

  7. Setujuu. Nak berjaya aura2 positif kena ada 😀

  8. setuju bro…pada pendapat aku ialah kebanyakkan orang susah nak bertindak/berfikir secara terbuka. ramai usahawan yang aku kenal kebanyakkan bersikap dan bertindak secara positif walaupun kadang2 ujian melanda…

    Regards,
    -Strider-

  9. kejayaan yg diharapkan perlukan usaha berterusan…

  10. Alhamdulillah bila dah ceburi bidang bisnes ni sentiasa positif.

  11. saya setuju
    sifat positif adalah kunci pada semua kejayaan
    moga terus success ye

  12. Usaha tangga kejayaan… kena bersifat positif selalu..

  13. cahayacinta.com

    nak berjaya bukan mudah tapi nak kekuatan sokongan dulu..moga usaha mudahkan

  14. Kuasa bertindak Zumal tak kuat lagi

  15. betul, impian besar tapi tidak seiring dengan tindakan, tak ke mana-mana jugak

  16. setuju! percaya pada diri sendiri, yakin boleh!

Leave a Comment

CommentLuv badge