Tokoh usahawan sosial dunia

10 Tokoh Usahawan Sosial Dunia – Keusahawanan sosial merupakan satu anjakan paradigma yang sedang mengubah trending dunia. Ia lebih terserlah sejak 10 tahun lalu, dimana semakin ramai usahawan mula mengubah konsep kapitalisme dengan adunan tanggungjawab sosial dalam aspirasi keusahawanan yang diusahakan.

Tanpa disedari ramai, usahawan sosial mula menjadi ‘trend setter’ dalam perubahan polisi dan pendekatan keusahawanan. Mereka memang kurang dikenali, namun konsep yang dibawa dalam aspirasi dan perlaksanaan memberi impak positif yang besar kepada masyarakat.

10 Tokoh Usahawan Sosial Dunia Patut Kita Kenali,
Nobel Peace Laureate Profesor Muhammad Yunus

10 Tokoh Usahawan Sosial Dunia Patut Kita Kenali

Pada artikel ini saya kongsikan 10 tokoh usahawan sosial dunia yang patut kita kenali terutama jika terlibat dalam aspirasi keusahawanan sosial. Saya sertakan link media sosial setiap mereka juga bagi memudahkan anda melihat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sebagai inspirasi bersama.

1. Muhammad Yunus

Nobel Peace Laureate Professor Muhammad Yunus, Pengasas Grameen Bank. Beliau mencipta polisi pembiayaan keusahawanan yang membantu 8.4 juta peminjam dari kalangan kurang berkemampuan di Bangladesh. Jumlah pembiayaan mencecah USD10 billion dengan 100% repayment rate.

Saya berpeluang bertemu Profesor Muhammad Yunus sempena penubuhan Yunus Social Business Centre di Sunway University sebagai platform rujukan ‘social enterprise’ di Malaysia.

Baca: Sunway Education Group Platform Baru Yunus Social Business Centre.

Fb: Professor Muhammad Yunus
Website: https://www.muhammadyunus.org/

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

2. Blake Mycoskie

Pengasas Chief Shoe Giver dibawah entiti keusahawanan sosial bertaraf dunia bernama TOMS. Memulakan inisiatif bantuan kasut kepada kanak-kanak dari keluarga yang memerlukan mencecah 60 juta pasang sejak 2006, diteruskan dengan TOMS Eyewear, inisiatif bantuan cermin mata kepada seramai 400,000 individu terpinggir sejak 2011.

Beliau juga membangunkan bekalan air bersih di beberapa negara dan mengasaskan modul latihan kepada ibu mengandung. Kesemua inisiatif dimulakan atas dasar model keusahawanan yang dapat membantu golongan sasar tanpa mengharapkan sumbangan dan bantuan lain.

Fb: Blake Mycoskie.
Website: https://www.toms.com/blakes-bio

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

3. Adam Braun

Pengasas Pencils of Promise bagi memperkasa pendidikan di negara-negara membangun dan MissionU sebagai inisiatif pendidikan tinggi bebas hutang. Beliau juga merupakan penulis buku ‘bestselling’ berjudul The Promise of a Pencil yang menekankan tentang kepentingan pelajaran.

Sehingga kini, beliau telah mengasaskan lebih 410 model pendidikan kepada lebih 70,000 kanak-kanak seluruh dunia. Inisiatif Pencil of Promise dan MissionU menjadi elemen kepada pengkajian sosial berkaitan ‘sustainability’, membangunkan kaedah pendidikan percuma dan efektif.

Fb: Adam Braun
Website: https://adambraun.com/

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

4. Richard Saul Wurman

Pastinya ramai mengenali Ted Talks atau TED, terutamanya remaja yang bergiat dalam segmen pembangunan sosial. Ia merupakan organisasi terbesar dunia dalam pembangunan sosio-remaja dan inovasi sosial yang digunapakai sebagai model sejagat.

Richard Saul Wurman seorang arkitek dan pereka grafik yang menulis sebanyak 90 buku. Menubuhkan TED Conference pada tahun 1984 yang kini dipelopori para usahawan, profesional, aktivis dan remaja seluruh dunia dalam menyuarakan pendapat dan mengetengahkan misi pemerkasaan sosial secara positif.

Ia antara pengalaman berharga buat diri ini juga kerana berpeluang terlibat dibawah modul kerjasama pembangunan sosio-remaja TEDxKualaLumpur dan TEDxINTISubang.

Website: https://www.wurman.com/
Website: https://www.ted.com/

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

5. Boyan Slat

Pengasas dan CEO The Ocean Cleanup. Beliau dikenali dalam menangani krisis-krisis keusahawanan yang terkait dengan pencemaran, pemulihan dan kelestarian alam sekitar terutamanya laut.

Aspirasi keusahawanan sosial beliau mula tersebar dan diketahui ramai melalui Ted Talks dalam mengetengahkan pelbagai inovasi sosial kepada generasi kini tentang tanggungjawab alam sekitar dan sosio-ekonomi sejagat.

Fb: Boyan Slat.
Website: https://www.theoceancleanup.com/

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

6. Tammy Tibbetts

Pengasas Bersama dan CEO She’s The First, Tammy Tibbetts membina ‘sosial venture’ melalui bimbingan kepada yang berhasrat menceburi kerjaya keusahawanan sosial. Beliau juga merupakan speaker TEDx dan pelbagai organisasi seluruh dunia dalam aspirasi keusahawanan sosial.

Beliau sering menegaskan bahawa usaha membantu masyarakat tidak semestinya mengharapkan sumbangan atau kesukarelawaan. Elemen perniagaan sebenarnya mampu membina modul aspirasi sosial yang lebih mampan dan berkesan.

Website: www.tammytibbetts.com

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

7. Wendy Kopp

Pengasas Teach For America dan Teach For All. Merupakan organisasi ‘independent’ yang bertindak dalam memperkasa pendidikan di seluruh Amerika dan membina jaringan global dalam membantu kanak-kanak terpinggir memperkasa pendidikan dan mengasah potensi diri.

Beliau juga giat berkongsi aspirasi, pandangan dan pengalaman tentang kepentingan pendidikan sebagai paksi pembangunan modal insan dan menjadi antara perintis memperkasa platform kepada wanita berkerjaya di seluruh dunia.

Fb: wendy.koop.12
Website: https://teachforall.org/wendy-kopp

Tokoh Usahawan Sosial Dunia,

8. Scott Harrison

Pengasas Charity Water dalam pemerkasaan nilai dan impak sosial melalui perbekalan air bersih ke seluruh dunia Perkara nampak remeh bagi sesetengahnya, beliau berjaya melihat butiran aspek sosial dalam kepentingan perbekalan air, membina legasi dalam membangunkan masyarakat progresif.

Beliau juga giat berkongsi tentang ‘Sustainability Development Management’ di TED Talks dan pelbagai platform keusahawanan sosial dunia tentang aspirasi yang dilaksanakan atas entiti komersil yang mampu menyumbang balik terhadap impak sosial sejagat.

Website: https://my.charitywater.org/about/scott-harrison-story.

9. Naveen Jain

Beliau seorang usahawan yang banyak menyumbang idea dan inovasi dalam menyelesaikan cabaran global dan kelestarian masyarakat. Beliau dikenali dikalangan ramai usahawan sosial sebagai mentor keusahawanan dan sering diundang dalam TED Talks berkaitan inovasi dan keusahawanan.

Fb: @NaveenJainCEO

10. Leonardo Dicaprio

Pelakon tersohor dipersada antarabangsa, namun tidak ramai yang menyedari beliau giat mengetengahkan aspirasi keusahawanan sosial tentang implikasi ‘global climate change’. Terdapat pelbagai pengisian dan pendedahan tentang kelestarian alam sekitar dan kesan yang berlaku yang turut dikongsikan secara fakta dan perspektif di jaringan media sosial.

Fb: @LeonardoDiCaprio
Website: http://leonardodicaprio.com/

Baca juga: Tycoon Pengiklanan Terawal Malaysia Dan Antarabangsa

Keusahawanan Sosial Memperkasa Modal Insan

Sebenarnya terdapat ramai lagi tokoh usahawan sosial, malah mereka yang terlibat sebagai usahawan tetapi memikirkan impak sosial yang boleh disumbang melalui idea perniagaan mereka. Keusahawanan sosial bukan NGO yang mengharapkan sumbangan awam untuk beroperasi, sebaliknya menggunakan sumber dan meraih sedikit keuntungan, tetapi memberi keuntungan yang lebih besar kepada komuniti atau masyarakat melalui entiti perniagaan mereka.

*Sebahagian besar image adalah kredit Google.

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

19 Thoughts to “10 Tokoh Usahawan Sosial Dunia Patut Kita Kenali”

  1. Asalam singgah sini. Terbaik KK. harap individu yang tertera namanya akan bertambah semangat

    1. Moga mereka menjadi inspirasi semangat kpd yg lain utk berjaya, in shaa Allah

  2. Sangat-sangat menginspirasikan.Pastinya bukan satu langkah mudah dan cepat..semuanya memerlukan proses serta kesungguhan.

    1. Betul tu.. mmg bukan usaha mudah tambahan bila kepentingan masyarakat diutamakan berbanding kepentingan perniagaan yang lain. Tapi hasilnya, subhanallah.. dengan menyumbang idea dan pelbagai lagi, mereka dapat hasil lagi banyak dan bermanfaat.

  3. Perkongsian yang terbaikk… semoga memberi inspirasi.

    1. Terima kasih tuan, in shaa Allah.. mudah2an.. aamiin.

  4. wow big applaud for mr leonardo, tak sangka. hebat!

    1. Mmg hebat.. bukan shj dlm lakonan tp penglibatan kelestarian alam sekitar juga

  5. Hebat. Cari kawan, kenalan dan buat duit dengan kawan (bersosial). Mesti diorang ni orang-orang yang happy..

    1. Betul tu tuan.. berkawan atas aspirasi yg ingin dicapai utk manfaat insan sejagat, rezeki bertambah2 dan happy usahakan unique-calling dgn bersungguh

  6. 1st time ziarah blog KK ni. memang luar biasa. Macam menarik jer Usahawan sosial ni..

    1. Mmg menarik.. antara topik baru yg mula bnyk ditekankan di IPT dan program2 pembangunan insan juga. Terima kasih sudi singgah.. salam ukhwah 🙂

  7. Baru tau Leonardo juga sebenarnya usahawan social.. Hebat!

    1. Mmg hebat.. org terkenal mcm dia, pengaruh lagi kuat.. mmg bagus utk inisiatif2 mcm ni

  8. Wah, nama-nama hebat dalam keusahawanan sosial dunia…

    1. Moga menjadi inspirasi rujukan buat semua yg terlibat, in shaa Allah

  9. pengkongsian yang bagus ni cik ash baru tahu pasal mereka hihihi…

    1. Mudah2an memberi inspirasi dan manfaat buat CikAsh juga

  10. wahhhh leonardo pun termasuk jg…

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.