Persidangan The British Council New Directions 2018 merupakan inisiatif berterusan dalam memperkasa standard pendidikan Bahasa Inggeris. Persidangan kali ke-6 dan yang pertama di Malaysia ini telah berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Oktober 2018.
Persidangan bertemakan ‘Standards in Learning Systems‘ ini telah dihadiri lebih 500 penyertaan yang terdiri daripada para pendidik, ahli akademik dan pemimpin industri dari 29 negara. Ia merupakan ‘melting pot’ global dalam komitmen memperkasa pendidikan, pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggeris secara bersepadu di Malaysia dan antarabangsa.
Persidangan The British Council New Directions 2018
Atas aspirasi keusahawanan sosial dalam pengukuhan elemen sosio-pendidikan yang terkait dengan kepentingan Bahasa Inggeris, saya turut menyertai persidangan ini.
Persidangan The British Council New Directions 2018 telah disempurnakan oleh Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hasmah Tapsir, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia; bersama Her Excellency, Victoria Treadell, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia.
Antara fokus penting yang ditekankan adalah keberkesanan perlaksanaan Common European Framework of Reference of Language (CEFR) dalam kokurikulum tempatan, sumber pembelajaran dan penilaian. Perspektif CEFR ada saya kongsikan pada artikel sebelum ini dalam temubual eksklusif bersama pakar yang boleh dibaca di bawah;
Pemerkasaan Pendidikan Bahasa Inggeris Di Malaysia
Persidangan ‘New Directions‘ telah bermula pada tahun 2013 sebagai acara tahunan dalam penilaian pendidikan Bahasa Inggeris di Asia Pasifik. Ia telah diadakan di Beijing, Tokyo, Seoul, Hanoi, Shanghai dan kali ini di Malaysia. Ia merupakan ‘influential platform’ dalam membentuk kefahaman dan pendekatan pendidikan standard Bahasa Inggeris dalam landskap global.
Persidangan kali ini menyaksikan tokoh dan speaker bertauliah yang antaranya, Profesor Barry O’Sullivan, Head of Assessement Research & Development, British Council; Profesor Dr Zuraidah Mohd Don, Chair of the English Language Standards and Quality Council, English Learning Teaching Centre, Kementerian Pendidikan Malaysia; dan Dr Hanan Khalifa, Head of Research & International Education, Cambridge Assessement English and University of Cambridge.
Pengisian sepanjang 2 hari ini membentangkan dan membincangkan secara mendalam tentang CEFR sebagai ‘framework’ dalam memperkasa polisi pendidikan dan penilaian standard Bahasa Inggeris di Malaysia bersama arah tuju masa hadapan negara dalam perspektif globalisasi.
Penghargaan New Directions Dalam Aspirasi Modal Insan
Persidangan New Directions padat dengan pengisian bermanfaat dan menginspirasikan. Tahun ini, ia juga diadakan bersempena ulang tahun British Council yang ke-70 di Malaysia.
Sebagai ahli pemasaran dan usahawan sosial berkelulusan dari United Kingdom dan pernah mengikuti beberapa siri bimbingan melalui British Council sebelum ini, ia satu perhormatan terlibat dalam portfolio memperkasa aspirasi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia.
Seorang penulis kandungan digital. Mantan perunding pemasaran dan ahli badan profesional Institute Of Marketing Malaysia. Laman ini adalah ruangan saya berkongsi perspektif pemasaran dan industri digital disamping editorial dan dakwah. > PROFILE
Bermula dari pendedahan kepada para guru dan tenaga pengajar..kemudian seterusnya disampaikan pula pada para pelajar.Alhamdulillah.Ilmu.
Betul tu.. perlu usahakan yg terbaik agar kesemuanya peringkat beroleh manfaat pemerkasaan ilmu yg sewajarnya, in shaa Allah.
Ada pengetahuan semestinya apa yang baik pasti rakyat menyokong..legasi ini
Moga pengetahuan yg baik dpt terus diperkasa demi kepentingan ilmu buat generasi kini dan masa hadapan.
Semoga suatu hari nanti lebih ramai anak bangsa kita berjaya di mata dunia
Itulah diharapkan agar negara kita jadi contoh pengaruh yg baik di mata dunia.
Mudah2an.. demi kebaikan generasi kini dan akan datang, in shaa Allah.
minat hantar anak ke sini, tapi belum ada rezeki. harap cepat naik rank boleh belanja anak2 sertai program ni
Saya telah bertukar platform dari blogger ke wordpress self-hosted demi menambahbaik aspirasi menulis. Maaf sekiranya terdapat komen atau beberapa maklumat yang hilang.