Motivasi Kejayaan Zig Ziglar
Tips 10 Langkah Penting Mencapai Kejayaan – Tertarik dengan perkongsian yang dibaca di laman web success.com tentang 10 langkah penting untuk merealisasikan kejayaan oleh pakar motivasi dan usahawan terkenal Zig Ziglar. Justeru terpanggil untuk menterjemah dan mencatatkan pengisiannya sebagai perkongsian bermanfaat juga di sini.
 

Tips Motivasi Zig Ziglar Untuk Mencapai Kejayaan

 
Zig Ziglar, motivasi kejayaan,
 
Menurut Zig Ziglar, seorang yang mempunyai perancangan dan persediaan rapi dalam setiap usaha yang dilakukan pasti beroleh kebarangkalian kejayaan sangat tinggi. Kita perlu mengenalpasti kualiti yang ingin dicapai agar kejayaan dapat direalisasikan sebaiknya. Walaupun adakalanya kejayaan tidak mencapai seperti yang dihasratkan, tetapi ia pasti membuka jalan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kegagalan.
 
Tidak kira apa jua misi kejayaan yang ingin anda capai sama ada menurunkan berat badan, sukses dalam pembelajaran, memperoleh kenaikan pangkat, mendapatkan rumah idaman atau percutian impian, anda boleh mendapatkannya jika mempunyai perancangan dan persediaan menjayakannya.
 

Berikut 10 langkah penting agar kejayaan yang anda inginkan tercapai, in shaa Allah

 
 
1. Bina asas yang kukuh
Perkara paling utama ialah perlunya kita bina asas modal insan yang kukuh bermula dari diri sendiri. Ia bermula dengan kejujuran kepada diri sendiri dan jujur atas niat untuk sesuatu matlamat. Kejujuran akan membentuk karekter diri dan integriti yang membentuk tanggungjawab, kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap apa yang ingin dilakukan. Asas yang kukuh akan memberikan ruang yang mantap dalam mencapai apa yang dicitakan.
 
2. Cipta komitmen diri
Apa jua falsafah dan ilmu yang dipelajari tidak akan membantu mencapai apa yang kita inginkan sekiranya kita tiada komitmen untuk menjayakannya. Ibarat falsafah dari Mary Crowley, “Seorang yang mempunyai komitmen menyamai 100 orang yang hanya sekadar minat sahaja”.
 
3. Buat pecahan (breakdown) misi impian
Langkah penting yang memerlukan kesabaran dan istiqamah adalah dengan menggariskan pecahan jangka pendek dan panjang komitmen yang perlu anda lakukan. Sentiasa pastikan dari masa ke semasa perkembangan yang berlaku dengan inisiatif penambahbaikan mengikut kesesuaian.
 
4. Visualisasi impian seperti dapat melihat kenyataannya
Perkara ini dipersetujui oleh kesemua mereka yang berjaya. Sebelum anda merancang impian, pastikan anda dapat melihat visual minda tentang kejayaan tersebut. Sebagai contoh, ia umpama anda melihat diri anda menerima penganugerahan jika anda ingin berjaya dalam pelajaran atau pekerjaan. Sekiranya impikan rumah idaman, anda boleh melihat visual minda rumah tersebut secara terperinci tentang harga, lokasi, keluasan, bilik dan segala yang terkait dengannya. Begitu juga dengan keusahawanan dan lain-lainnya. Ia seharusnya sesuatu yang nyata dan dapat dinyatakan.
 
5. Pastikan diri anda layak terhadap impian anda
Displin diri adalah tunjang bagi memastikan diri anda layak untuk mencapai impian tersebut. Sekiranya anda berhasrat menjadi seorang usahawan, sentiasa berusaha untuk memastikan diri anda layak sebagai usahawan berdasarkan ilmu pengetahuan dalam bidangnya. Displinkan diri dan progres rancangan adalah perkara melayakkan diri ke arah kejayaan.
 
6. Bersedia terhadap perubahan dan sebarang kemungkinan
Sentiasa pastikan membuat sebarang keputusan dengan berhati-hati dan bersedia mengubah haluan rancangan sekiranya terdapat sebarang kemungkinan yang menghalang impian. Mengubah strategi walaupun berbeza dari sebelumnya tidak bermaksud mengubah impian tetapi adalah usaha tanpa mengenal erti putus asa merealisasikan kejayaan yang diimpikan.
 
7. Nyatakan hasrat kepada orang lain
Perlu bagi anda memberitahu kepada orang lain matlamat impian sebagai komitmen mencapainya. Ia juga sebagai persediaan memperkasa diri menempuh kejayaan bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Pastinya ada yang memberi galakan dan tidak kurang juga kesangsian terhadap apa yang ingin anda capai, dan ia adalah cabaran sihat buat diri untuk menjayakannya.
 
8. Jadilah ‘team player’ dalam skop yang besar
Setiap individu yang berjaya pasti menyatakan bahawa kunci kejayaan adalah dengan membantu orang lain berjaya. Membantu tanpa berharap balasan balik dari orang yang kita bantu. Kita perlu membina kesanggupan dan keikhlasan diri membantu insan lain atas jalan yang semampunya dan yakin bahawa Maha Pencipta yang akan membuka jalan untuk kita melangkah lebih maju.
 
9. Tulis impian anda
Tulis matlamat impian anda kerana setiap progres yang dicapai membantu membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar dimasa mendatang. Pastikan juga anda tulis jurnal kejayaan yang dicapai sama ada dalam diari perjalanan merealisasikan misi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan.
 
10. Sentiasa bermuhasabah diri
Apa yang anda perolehi dalam destinasi kejayaan pasti akan menjadikan siapa sebenarnya diri anda dalam kehidupan ini. Sekiranya tindakan anda baik, maka baiklah interpretasi kejayaan tersebut buat diri anda dan begitu juga sebaliknya. Sentiasa mengkaji semula setiap langkah yang telah dilakukan. Kejayaan melalui tindakan yang baik adalah kemenangan buat diri anda.
Zig Ziglar, motivasi tipe penting mencapai kejayaan,

Marilah Kita Menuju Kejayaan

 
 

Semoga coretan Tips 10 Langkah Penting Mencapai Kejayaan dari perkongsian antara insan yang terbukti sudah berjaya ini dapat dijadikan panduan semangat yang bermanfaat demi merealisasikan kejayaan diri dalam kerjaya juga kehidupan. Semoga Allah jua yang memberkati setiap usaha yang kita lakukan dengan sepenuh kejayaan di dunia dan juga akhirat… aamiin.

 

Subscribe Newsletter

12 Thoughts to “Tips 10 Langkah Penting Mencapai Kejayaan”

  1. info yang menarik..untuk berjaya juga, kita kene istiqamah dalam berusaha..insyallah =)

    Pesawat Latihan TUDM Terhempas di Pekan, Pahang

  2. saya dah visualisasikan bakal istri tuan..jelas dan spesifek sekali..

    semoga ia menjadi kenyataan dan redha dari Illahi..

    Aamiin..

  3. Perkongsian ini membakar semangat PC…alhamdulillah terima kasih Bro KK..

  4. info yang padat, terima kasih sekali..banyak yang kena sy ubah ni…

  5. 10 Langkah nie nampak macam banyak tapi kalau dibuat secara pelan2 dan penuh disiplin inysallah satu hari kita akan berjaya…

    Regards,
    -Strider-

  6. el

    no. 8 tu saya lah tu ekekeke
    go PBU go!!!!

  7. Moh kita menuju kejayaan dunia dan akhirat.

  8. insyaallah
    akan berusaha lagi
    utk dunia&akhirat kejayaan bersama
    tqsm

  9. Terbaik kata Ziz Ziglair ni KK,You dont have to be great to start,but u have start to be great,satu motivasi buat Kita semua,.mudah-mudah mudahan dengan usaha yang berterusan untuk mencari kejayaan akan dapat kita capai,InshaAllah,Semoga KK terus Maju Jaya,Ameen,.

  10. Dengan matlamat yg jelas, komitmen dan usaha yg gigih, in shaa Allah akan berjaya

  11. Panduan suskes Zig Ziglar mmg padu sbb kita yg biasa2 ni rasa boleh relate dgn apa yg disampaikan

  12. Terima kasih atas perkongsian.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.