Landskap Pasaran ICT Asian MDEC

Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN Anjuran MDEC – Syarikat berstatus MSC yang berhasrat melebarkan prospek ke pasaran luar negara, kini berpeluang mengoptimasi potensi pasaran ICT ASEAN yang dijangka mencecah USD 46 billion menjelang 2019. Ia berdasarkan pembentangan ‘ASEAN ICT Market Landscape Study’, oleh International Data Cooperation (IDC) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

 
Pembentangan Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN memfokuskan 6 negara serantau yang sedang rancak membangun iaitu Cambodia, Indonesia, Myanmar, Philippines, Thailand dan Vietnam. Ia bagi menyediakan syarikat-syarikat MSC fakta saranan dan strategi, serta mewujudkan jaringan industri luar negara yang dapat memudahkan operasi serta ‘market entry’ ke pasaran baru.
 
Kajian membentangkan fakta latarbelakang ekonomi mikro, persaingan, trend sosial, jangkaan pasaran dan fokus pelaburan termasuk pelbagai faktor cabaran yang mempengaruhi perkembangan pasaran ICT di setiap 6 negara tersebut. Selain itu, ia juga menyediakan saranan rujukan kepada syarikat MSC tentang strategi memasuki pasaran bagi setiap negara berserta 10 sistem berpotensi yang telah dikenalpasti dan mendapat pengesahan MDEC.

 

Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN – MDEC

 
MDEC, IDC, Malaysia Digital Economy Corporation,
Dari kiri, Mr Victor Pang (CEO iTalent Management), Mr Chuah Wan Pin (CEO Infopro Solutions), Mr Handojo Sutjipto (President Director Anabatic Technology),  En. Norhizam Abdul Kadir (Vice President Infotech Industry Development, MDEC), Mr Vijay Sundararaman (Country Manager, IDC Malaysia), Mr Joshua Sew (CEO, Jocom MShopping).
Kajian landskap pasaran ICT Asean - MDEC
 

Pasaran ICT ASEAN Bernilai USD 48 Billion Menjelang 2009

 
Melalui integrasi dan liberalisasi pasaran, ASEAN dilihat sebagai satu rantau yang sedang rancak membangun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pasaran dan ekonomi serantau berasaskan sumber pengetahuan dikenalpasti terus meningkat dan berkembang maju. Justeru, sektor ICT sememangnya memainkan peranan penting dalam memastikan persaingan pasaran dan perkembangan ekonomi yang lebih efektif dan terjamin.

 

 

“Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MDEC dalam Global Acceleration and Innovation Network (GAIN). Selaras hasrat MDEC memperkasa syarikat berstatus MSC negara, GAIN merupakan program intervensi global jangka panjang membina prasarana sistem yang membantu syarikat tempatan menjadi ikon teknologi global” – Norhizam Abdul Kadir, Vice President, Infotech Industry Development, MDEC.

 
Fokus Potensi Pasaran ICT ASEAN
 
Antara fokus utama kajian membentangkan potensi pasaran serantau seperti berikut:
 
  • Sektor Kewangan dan Institusi Perbankan (BSFI), serta sektor Komunikasi dan Media merupakan sektor utama berhasrat meluaskan pelaburan di 6 negara Asean. Ia membuka peluang besar kepada pengimport berstatus MSC.
  • Sektor awam terutamanya badan kerajaan juga merupakan pihak yang menyokong pembangunan ekonomi serantau kecuali Filipina.
  • Sektor keutamaan bagi 6 negara Asean dalam Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN adalah dalam bidang Peruncitan dan Perkilangan.
  • Hospitaliti merupakan sektor keutamaan negara Myanmar, manakala sektor Perkhidmatan, Logistik dan Perniagaan ‘Outsource’ adalah sektor yang sedang meningkat di Filipina.
 
Pembentangan juga turut menjelaskan peranan ‘MDEC Global Acceleration and Innovation Network’ (GAIN) sebagai satu inisiatif dan komitmen menyokong syarikat-syarikat berstatus MSC yang berpotensi tinggi agar mampu menjadi pesaing berkaliber di peringkat serantau dan juga antarabangsa.
 
 
Info lanjut Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN Anjuran MDEC, sila layari: www.mdec.my
 

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

20 Thoughts to “Kajian Landskap Pasaran ICT ASEAN Anjuran MDEC”

    1. Info ni kena jelas utk mudahkan mereka yg berkaitan dptkan point yg tepat hehee 🙂

  1. Tuan dah boleh buka agensi berita dan jadi CEO

    1. Nak ambil alih reuters news tak lama lagi ni 😀

    1. In shaa Allah, moga bermanfaat 🙂

  2. alhamdulillah. detail tu info.

    1. Mudah2 bermanfaat kpd sesiapa yg berhasrat majukan lagi bisnes ke pasaran Asean, in shaa Allah 🙂

  3. peranan ict memang penting. tuan kerja di mdec ke?

    1. Mmg penting kan… saya x berkerja di MDEC. Dpt undangan utk pengisian program motivasi saya dan blog juga 🙂

    2. oo, hebat juga tuan. tapi saya rasa sektor ict skrg dah slow sbb kerajaan pun dah kurangkan bajet dlm bidang ni. apa yang saya dengar je la

    3. hebat KK…selalu dapat undangan…

  4. skrg ni semua tumpun ke ASEAN /ASIA

    1. A ah… pasaran asean sedang meningkat naik kan Anies

  5. Fuuyyooo… macam pembaca berita dah LeYa baca

    1. Mmg skop berita ni, kene seyes LeYa hehee 🙂

  6. wah macam pembaca berita partime plak.. ok bagus penuh info yang lengkap..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.