Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017 – Semasa berkecimpung dalam sektor korporat dahulu, saya sering menghadiri persidangan berkaitan kewangan dan juga teknologi bagi pihak syarikat di Malaysia dan beberapa lokasi luar negara. Kini segalanya semakin berbeza dengan kemunculan arus teknologi digital yang mempengaruhi trending kewangan dan sosioekonomi global.
Malaysia juga tidak terkecuali dengan perubahan ini. Pada 20 Mac 2017, saya telah menghadiri Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017 anjuran Finnovasia dengan rakan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Pullman City Centre Hotel and Residences, Kuala Lumpur. Ia mempertemukan lebih 30 peneraju teknologi kewangan global dan tempatan ‘Fintech experts’, termasuk pentadbir perbankan dan kewangan.
Finnovasia KL 2017: The Future Of Fintech In Asia
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi kewangan (Fintech – Financial Technology) menjadi perhatian utama dalam pembangunan industri kewangan negara. Berdasarkan fakta Bank Negara Malaysia, 10 hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan sektor perbankan berkemungkinan besar bakal menghadapi risiko menjelang 2025 disebabkan inovasi Fintech.
Persediaan MDEC Terhadap Inovasi Fintech Malaysia
Persediaan, kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, sektor dan industri berkaitan diperingkat tempatan serta antarabangsa sentiasa menjadi keutamaan MDEC agar matlamat dapat direalisasikan dengan jayanya.
Inovasi teknologi kewangan di Malaysia bakal menyaksikan perubahan yang melibatkan pembukaan akaun, transaksi pembayaran perbankan secara online tempatan dan global yang lebih selamat dan kompetitif. Malaysia perlu senantiasa bersedia mendepani inovasi Fintech sebagai antara peneraju ekonomi digital Asia dan persada global.
Baca lagi: Kajian Landskap Pasaran ICT Asia
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

Seorang Digitalpreneur dan Content Writer. Berkongsi perspektif industri digital disamping jurnal peribadi, editorial dan dakwah. > PROFILE
moga teknologi kewangan membawa menafaat besar kpd negara tercinta
nice sharing
thanks sharing
singgah sini…
nice info ostad
Info yang sangat berguna.
Sektor kewangan perlu maju sesuai dengan arus teknologi
ya…agak risau juga dengan perkembangan keaadaan ekonomi di negara ini..
thn 2017 ni ekonomi mmg mencabar mengulangi krisis yg pernah berlaku 2007, 1997