Kepentingan Big Data Dalam Pemasaran Digital

Bila bercakap tentang topik Data Raya atau ‘Big Data’, ia mengingatkan saya tentang pengalaman kali pertama memahami kepentingan Big Data pada sekitar tahun 2018. Ketika itu, kebanyakkan pelanggan industri dari sektor konglamerat, organisasi komersil dan institusi telah pun memperkukuh pengurusan data melalui potensi Big Data ini.

Kini ia semakin menjadi keperluan bagi memenuhi pelbagai tujuan perniagaan. Perkembangan era Revolusi Perindustrian 4.0 telah membuka perspektif baharu dalam integrasi teknologi, ekonomi dan pasaran sebagai landasan penting di seluruh dunia. Big Data turut menjadi antara dasar kemahiran selaras pembangunan teknologi robotik dan kecerdasan buatan.

Big Data juga penting untuk pemasaran digital. Kemampuannya dalam membantu perniagaan menganalisa data dan membuat keputusan strategik dapat menyokong meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh daya saing pasaran era digitalisasi kini dan masa hadapan.

Kepentingan Big Data (Data Raya)

Berdasarkan kajian pada 2018 mendapati bahawa Google memproses sekitar 3.5 billion carian setiap hari, manakala pengguna Facebook telah memuatnaik 300 juta gambar, 510,000 komen dan 293,000 status serta menganggarkan jumlah data yang akan terus bertambah pesat setiap tahun.

Atas faktor tersebut, Big Data telah menjadi platform pengumpulan data besar atas kelebihan saiz perisian yang melangkaui kemampuan peranti biasa seperti pemacu pena dan sistem komputer sebelumnya. Ia juga mampu mengumpul dan menganalisa pelbagai data penting dengan lebih efisyen dan kos efektif untuk pelbagai keperluan jangka panjang organisasi perniagaan.

Konsep Big Data sebenarnya telah diperkenal pada tahun 2000 apabila peneraju industri global mula membangunkan pengkalan data berasaskan ciri-ciri ‘3V’ iaitu Volume, Velocity dan Variety

Volume bermaksud kemampuan mengumpul kepelbagaian data seperti trend pasaran, tingkahlaku pengguna sehinggalah transaksi digital dan media sosial. Velocity pula bermaksud aliran data yang diterima dengan kepantasan tinggi dan dapat diselaraskan pada masa diperlukan. Manakala Variety adalah kemampuan data yang diterima dalam pelbagai format berstruktur data konvensional atau tidak berstruktur seperti email, video, audio dan sebagainya.

Namun, Big Data bukan sekadar saiz dan storan, tetapi kemampuan dalam menganalisa data dengan efisyen dan efektif. Ia merangkumi kesahihan dan keselamatan data merangkumi proses pengumpulan maklumat untuk dianalisa sehinggalah peringkat visualisasi. Data yang dianalisa, akan mendedahkan pola dan corak sebagai landasan membuat keputusan seperti pengawalan kos, R&D produk dan budaya pasaran dalam menilai peluang serta risiko perniagaan. 

Pertambahan maklumat yang semakin pesat mendorong membuka peluang yang lebih besar sekiranya data yang dikumpul dapat dianalisa, disimpan dan dimanfaatkan secara efektif dengan kerahsiaan yang lebih terjamin.

Aset Pemasaran Digital Era IR 4.0

Big Data menjadi aset penting perniagaan apabila terdapat berjuta-juta produk dan pelanggan dengan transaksi berbilion dolar dilakukan setiap hari. Sejumlah besar maklumat yang dihasilkan dapat dikumpul, diproses dan dianalisa kepada lima kategori iaitu perancangan, pemasaran, operasi premis fizikal atau dalam talian, rantaian bekalan dan strategi jualan. Kebolehpercayaan maklumat ini penting bagi memperkukuh potensi pasaran. 

Peneraju pasaran digital seperti Amazon merupakan antara contoh organisasi yang telah sekian lama menggunakan Big Data dan Cloud Computing untuk kepentingan pemasaran. Ia mengumpul data dari pelbagai sumber seperti enjin carian, e-mel, laman sesawang, e-dagang, media sosial dan peranti digital untuk memahami profil pelanggan.

Algoritma pasaran dan sejarah pembelian pelanggan sentiasa dianalisa bagi membentuk corak tingkah laku pelanggan yang ideal. Amazon dikagumi dalam memanfaatkan Big Data untuk strategi pemasaran digital yang berkesan.

Baca lagi: Peralihan Trend Pasaran Era IoT

Subscribe Newsletter untuk artikel-artikel terkini:

3 Thoughts to “Kepentingan Big Data Untuk Pemasaran Digital”

  1. Big data perlu n penting untuk mencari maklumat yg diperlukan dalam apa saja bidang kegiatan

  2. Sangat perlu menguasai akan hal ini kita semua terutama yang sedang dan mahu berkecimpung dalam banyak urusan muamalat dalam talian.

  3. Menonton dokumentari /the social dilemma perkara yang sama turut dibincangkan Bagaimana syarikat pengendali media sosial menggunakan data pengguna untuk menentukan iklan mana yang paling sesuai ditayangkan kepada pengguna.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.