Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian

Laman Diraja Pontian
Hari Raya Aidilfitri telah pun menjejaki hari ke 3 sewaktu artikel ini ditulis. Saya sekeluarga masih berada di Pontian Johor, menyambut Syawal di kampung halaman. Usai menunaikan solat Aidilfitri, kami mengambil kesempatan waktu singgah ke Laman Diraja Pontian untuk bergambar.

Laman Diraja Pontian, Johor

Mengabadikan kenangan bergambar di Laman Diraja Pontian, merupakan pengalaman kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke sini sejak ia siap dibuka. Sebelum ini hanya berpeluang melihat gambar yang dikongsikan rakan- rakan yang berkunjung sejurus ia siap dibina dan dibuka kepada pengunjung baru-baru ini.

Ada satu artikel yang pernah saya kongsikan pada Aidilfitri tahun sebelumnya berkenaan >>> Panorama Bandar Pontian Johor. Namun ketika itu Laman Diraja Pontian ini masih belum lagi dibina. Sungguh pantas masa berlalu, kini ia menjadi sebahagian lanskap yang menghiasi kawasan tepi laut Pontian… lokasi yang menyimpan pelbagai nostalgia buat diri ini.

Laman Diraja Pontian
Suasana berlatar belakangkan laut Selat Melaka
dan Pulau Pisang… port kaki pancing..

Tepi Laut Dan Laman Diraja Pontian

Lokasi Laman Diraja Pontian ini menyimpan pelbagai kenangan sewaktu saya membesar. Inilah kawasan saya bersantai diwaktu petang bersama arwah bapa melihat matahari terbenam sambil makan burger atau rojak yang ada dijual dahulu. Bermain dan bersenam bersama ibu dan arwah bapa ketika saya di sekolah rendah.
Inilah juga kawasan saya bermain bersama rakan-rakan terutama sewaktu bersekolah menengah… berjogging pada pagi hujung minggu, bermain basikal, skateboard, memancing, ponteng sekolah, ngorat aweks huhu… adakala berkumpul mengulangkaji pelajaran pada waktu petang malah melepak tanpa matlamat, sekadar menghabiskan masa berborak kosong, petang atau malam.
Laman Diraja PontianLaman Diraja Pontian
Paling meninggalkan kesan hingga ke hari ini ialah, tempat ini juga antara lokasi saya ber’dating’ dengan puan mem… alhamdulillah, berjodoh dan kini dengan keizinanNya juga dapat berkunjung ke sini menyaksikan perubahan bersama isteri dan anak-anak.. 😀
Laman Diraja Pontian
Setelah 20 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur dan menetap di Selangor, kehadiran Laman Diraja Pontian ini pastinya membuatkan hati ini senantiasa terpaut segar dengan segala nostalgia kehidupan membesar di bandar Pontian, Johor, tanah besar penghujung benua Asia ini.

Daulat Tuanku dan salam ceria Aidilfitri buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian… 🙂

* Terima kasih kepada Razenn Wardrobe atas tajaan jahitan Baju Melayu saya dan anak lelaki untuk Aidilfitri 2015. Semoga terus sukses hendaknya… aamiin.

Related posts

27 Thoughts to “Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian”

  1. AvatarUncle Zuan

    seronok rasanya bila pulang ke kampung halaman, nak nak lagi tempat yang ada 1001 kenangan kepada kita 😀

  2. salam idilfitri maaf zahir batin…indahnya laman diraja pontian yg sarat kenangan buat khir khalid ya…kak xpernah sampai ke sana lagi…

  3. oh beraya kat Johor ye.. Selamat hari raya en.khir dan keluarga.. 🙂

  4. Bila agaknya dapat beraya di Johor.

  5. Kenapa tiba-tiba rasa homesick 🙁 🙁

  6. Raya ke dua saya dah bertolak ke rumah mertua di Pahang. Jadi tak sempat nak berposing di tepi laut Pontian…
    Melihat matahari terbenam, kenangan berjogging bersama abah dan arwah mak suatu ketika dulu dan tempat laluan dari sekolah ke bus-stand Pontian juga masih segar dalam ingatan.

  7. Avatarikhwan yusuff

    best tgk raya En.Khir… hihihihihih… Apa2 pon selamat hari raya En.Khir.. 😀 saya baru mula balik bersiaran..

  8. Salam Aidilfitri brother KK, semoga bergembira bersama keluarga tersayang

  9. AvatarMohd Selim Zainal

    Assalammualaikum… khir,

    ooo.. kat pontian mselim3 pun balik pontian tu hari… sayang kalau ada rezeki boleh jumpa khir..

    mselim3

  10. teddia.. raya diraja la ni…

  11. salam aidilfitri En.Khir…
    Maaf zahir dan batin 🙂

  12. Selamat Hari Raya bro KK !

  13. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat KK dan keluarga.. 🙂

  14. boleh buat photoshoot raya ni..hehe.cantik gambar, patut bawak spek hitam, takdelah semua pun tutup mata. Hehehe.salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

  15. Dah 3 kali ronda..baru ingat belum wish lagi 🙂
    Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Khir dan family. Maaf Zahir & Batin

    Taqabbal Allahu Minna WaMinkum Wa Ja'alana Minal 'Aidin Wal Faizin

  16. Memang nampak akan keceriaan dan kemeriahan disetiap raut wajah2 kalian… hepy enjoy..

  17. Wah menarik juga tempat ni untuk sesi fotografi hehehe..Gambar2 yang ceria dan menarik..Salam Aidilfitri KK dan family

  18. banyak kenangan ni..seronok bila dikenang kembali

  19. selamat hari raya maaf zahir batin

  20. AvatarIja Rased

    selamat hari raya. singgah syawal

  21. salam aidilfitri..cantik jugak laman diraja pontian.. belum pernah smpai lagi di pontian..Semoga ada rezeki saya ke sana..

  22. ehem ehem. tempat dating rupanya eh. kikiki… banyak memori dekat situ rupanya eh. nasib baik dapat lagi jejak kaki ke sana kan ^^

  23. Salam Lebaran buat bro KK sekeluarga

  24. ingat tadi kat laman istana 😉

    p/s salam aidilfitri…belum terlambat lg sbb esok ada 1 hari lg

  25. haha…dah habis raya baru saya sampai sini
    boleh lagi ke nak ucap selamat hari raya ni =)

  26. Asalam..wah menarik ya dekat Pontian tu ya KK..dtng terjah blog, selamat hari raya..dah berlalu..maaf zahir batin

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.