Krisis Covid-19 Mengajar Erti 'First Things First'

Sepanjang krisis Covid-19, kebanyakkan kita mula beralih kepada urusan kerja secara atas talian lebih sibuk dari kadar sebelumnya. Dalam beberapa minggu sahaja, norma bekerja dari rumah dan atas talian sudah menjadi satu kebiasaan.

Saya juga tidak terkecuali. Pelbagai urusan pelanggan, perbincangan rakan industri mahupun peribadi semakin tertumpu kepada video conference dan Whatsapp. Setiap hari, pasti ada temujanji dan perbincangan atas talian yang perlu dilakukan.

Maka saya tertarik berkongsi salah satu topik perbualan online bersama kenalan usahawan dari beberapa sektor industri tentang ‘first things first’, implikasi krisis Covid-19. Ia mungkin bermanfaat sebagai input menghadapi arus perubahan mendatang.

Krisis Covid-19 Mengajar Erti 'First Things First'

Krisis Covid-19 Terhadap Norma Kehidupan

Secara umum, kita semua menempuh pengalaman baru disebabkan Covid-19 dan PKP. Ia juga memberi impak kepada sosio-ekonomi masyarakat di seluruh dunia.

Dalam kehidupan, kita disarankan agar mengutamakan perkara penting sahaja sekiranya perlu keluar rumah. Krisis ini menyedarkan kita tentang keutamaan menjaga keselamatan diri dari aspek kesihatan sebagai asas penting dalam setiap perkara.

Namun apabila berlanjutan, ia mula memberi kesan terhadap ekonomi. Kerugian, penutupan bisnes, hilang pekerjaan dan punca pendapatan menjadikan ramai mula resah. Apatah lagi jika usaha bertahun-tahun mula mengugat kehidupan.

Maka, bagi membendung wabak disamping memastikan ekonomi dapat terus bertahan, semakin banyak pihak mula melihat potensi atas talian sebagai medium terbaik ‘first things first’ yang memenuhi kesemua ciri-ciri tersebut.

Setidaknya, masih ada cara yang perlu diutamakan untuk terus bergiat maju.

Kesedaran Usahawan Implikasi Covid-19

Krisis Covid-19 turut memberi kesedaran perspektif baru. Selain cabaran ekonomi, ia juga telah mengubah persepsi terutamanya usahawan dari pelbagai sektor industri.

Antara realiti keutamaan perniagaan adalah seperti berikut;

Penjimatan Kos Bekerja Dari Rumah

Ramai usahawan semakin menyedari mereka boleh melaksanakan penjimatan kos dengan menggalakkan etika bekerja dari rumah yang betul kepada pekerja.

Walaupun ia bukan perkara baru bagi sesetengah warga online dan usahawan digital, ‘bekerja dari rumah’ kini dilihat dari aspek ’employment law’ termasuk usahawan yang menjalankan perniagaan dari rumah mengikut prosedur SSM dan berkaitan.

Paling penting, tugasan serta perkhidmatan dapat disiapkan sebaiknya. Pejabat secara fizikal bukan lagi menjadi faktor keperluan utama.

Membina Pendapatan ‘Online’ Secara Pukal

Ramai usahawan sedar sebelum krisis Covid-19, platform atas talian seperti web dan media sosial tidak menjana pendapatan. Malah ada yang menggunakan sumber lain untuk menanggung ‘online establishment’ perniagaan.

Kini, platform atas talianlah sebenarnya perlu di’monetize’ bagi menyokong aspirasi perniagaaan secara pukal baik sektor komersil, PKS dan usahawan mikro. Kini semakin ramai mula menambahbaik strategi ‘online’ sebagai saluran utama perniagaan.

Platform online menjadi sumber utama menjana pendapatan pukal yang mampu menanggung kos perniagaan, aspirasi keusahawanan dan kehidupan.

Pendekatan Terhadap Pengembangan IR 4.0

Komuniti perniagaan dan industri semakin mula sedar tentang keperluan memahami elemen Revolusi Industri 4.0 dengan lebih mendalam.

Secara realiti Malaysia masih belum bersedia menghadapi arus IR 4.0. Walaupun kita telahpun menerajui keperluan transformasi digital sejak lebih 2 tahun lalu, analisis Bank Negara Malaysia menunjukkan penglibatan ekonomi digital kita masih lagi ketinggalan.

Kini, pengetahuan dan pendidikan digital semakin menjadi keutamaan dalam pasaran pekerjaan untuk tahun-tahun seterusnya. Mengenal keutamaan menjadi faktor asas untuk terus bertahan malah berkembang dalam sektor yang diceburi.

Pengurusan Stok Dan Kawalan Logistik

Pengurusan perniagaan juga turut melihat keperluan untuk mengubah sistem pengurusan perbekalan, stok serta kawalan logistik yang lebih kendiri dan efektif.

Pihak ‘middleman’ termasuk peruncit dan pembekal bakal menilai semula pengurusan stok jualan. Bagi sesetengah peniagaan berasa lebih selesa untuk mengawal pesanan manakala stok diselia dari pengilang kepada pelanggan melalui logistik pihak ke-3.

Melalui cara ini, lambakan stok boleh dihindarkan serta memastikan penjimatan kos permodalan yang maksimum dan efektif.

Krisis Covid-19 Mengajar Usahawan Erti First Things First

Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman melalui 2 senario kegawatan ekonomi negara sepanjang kerjaya, krisis Covid-19 ini turut memberi kesedaran keperluan ‘first things first‘ dalam norma kehidupan baru.

Berbeza dengan krisis ekonomi sebelumnya, krisis wabak ini melibatkan keperihatinan seluruh peringkat masyarakat atas kepentingan nyawa. Ia juga bakal meninggalkan kesan yang mempengaruhi cara berfikir, berkerja dan bersosial untuk tempoh masa yang panjang buat kita semua.

Mungkin kalian juga ada perkara yang patut dikongsikan untuk manfaat bersama bagi menambahbaik input agar kita dapat menghadapi arus perubahan mendatang dengan keutamaan yang lebih baik. Stay safe!

Baca lagi: Pakej Prihatin PKS Sokong Daya Tahan Keusahawanan

4 Thoughts to “Krisis Covid-19 Mengajar Usahawan Erti ‘First Things First’”

  1. COVID-19 igauan nyata yang mengerikan untuk kita semua sebenarnya.Diluar kotak pemikiran kita dan ini benar-benar ujian yang menguji keseluruhan sudut kehidupan kita masyarakat dan rakyat dalam sebuah negara.Bukan sedikit namun banyak yang perlu direncana semula.Perlu juga bermula daripada sifar.Dampaknya bukan kecil dan suatu perkara yang mesti diambil berat adalah nilai kemanusiaan satu dengan yang lain.

  2. sekelip mata norma hidup berubah dgn kehendak Allah dan hanya perlu beri keutamaan kepada yang penting semata

  3. menjalani kehidupan harian dengan norma baharu dalam musim covid-19 ni, memang banyak benda berubah..paling terasa, banyak beli barang rumah melalui online shopping..beruntung mereka yang berbisnes secara atas talian, masih boleh membina pendapatan sepanjang pkp..

    rasanya lepas ni, syarikat penghantaran kena mula cari lebih ramai pekerja untuk menampung bebanan penghantaran harian…
    Sunah Sakura recently posted…Buat Keria Gula Melaka Tak JadiMy Profile

  4. Sesuatu yang dulunya tidak biasa dilakukan telah menjadi norma baru dalam kehidupan. Impaknya juga dirasakan oleh setiap lapisan masyarakat.

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.