Peniaga kecil dan krisis pandemik

Peniaga Kecil Dan Krisis Pandemik – Semasa artikel ini di tulis, kita sudahpun menghampiri penghujung Ramadan. Sempena bulan mulia ini, saya terpanggil menyahut saranan rakan subscriber dan pembaca yang mencadangkan agar saya berkongsi inspirasi pahit manis pemasaran dan keusahawanan.

Sememangnya diakui bahawa krisis pandemik yang berlarutan ini telah membawa bermacam dugaan dalam kehidupan kita. Sepanjang tahun lepas hingga ke hari ini juga, saya melihat ramai usahawan yang bertungkus lumus mencari solusi terbaik agar aspirasi perniagaan dapat diteruskan.

Berdasarkan realiti menempuh 2 siri krisis kegawatan ekonomi serantau, dugaan kali ini memang berbeza. Namun situasi yang pernah ditempuhi itu mengajar untuk percaya yang pasti ada jalan jika kita fokus, doa dan terus berusaha.

Oleh itu, artikel pada kali ini sedikit panjang dengan penceritaan jurnal kerjaya sehinggalah aspirasi buat peniaga kecil pada akhir penulisan ini.

Peniaga kecil dan krisis pandemik

Cabaran Mendidik Kematangan Hidup

Saya masih ingat kata-kata seorang usahawan berjaya yang memiliki hartanah saujana mata memandang di Malaysia dan beberapa negara dunia. Dengan merendah diri beliau berpesan “cabaran itulah yang mendidik kematangan hidup jika kita mahu belajar dan bertindak”.

Saya bukanlah yang terbaik, tetapi sememangnya tidak mudah nak menyelesaikan sesuatu masalah yang besar jika tidak yakin dan tabah. Apatah lagi apabila perlu memulakan semula kerjaya dari negatif tatkala sudah bergelar suami dan bapa 4 orang anak dengan tanggungjawab keluarga.

Pasti ramai juga yang sudah tahu cabaran perjalanan kerjaya semasa saya berjaya membina portfolio pemasaran dalam pengurusan aset dan penstrukturan perniagaan yang antaranya adalah Pusat Bowling Ampang Park, permodalan hartanah, stesyen minyak dan penanaman semula serta usahasama konglomerat di Jakarta, Frankfurt dan Queensland.

Ia bukan usaha yang mudah dengan bertahun-tahun cabaran dan pengajaran dalam membina kredibiliti. Berkat doa serta sokongan ibu, ayah, keluarga serta sahabat menjadi pemangkin, begitu juga kerjasama semua pihak terlibat.

Peniaga kecil dan krisis pandemik

Baca juga jurnal ini> Perlukah Usahawan Pakai Kereta Power

Namun, tanggungjawab yang besar juga disertai dengan cabaran yang besar. Krisis politik, pengurusan atasan yang berpuak-puak, persaingan sehinggalah perundangan, akhirnya saya turut sama diheret dalam situasi diluar kawalan.

Antara yang memberi kesan adalah apabila saya terpaksa mengambil keputusan meletak jawatan bagi mengelakkan krisis politikus daripada terpalit. Namun, atas tindakan yang sedikit lewat, saya terpaksa turut sama turun naik mahkamah disebabkan krisis pengurusan dan lembaga pengarah. Ia adalah pengalaman yang memeritkan.

Walaupun disokong keluarga, saudara dan rakan, ada juga tomahan tidak berasas diterima. Ia turut memberi kesan terhadap kesihatan arwah bapa. Sehinggalah setelah semuanya berlalu, arwah menghembuskan nafas terakhir pada 2015. Al Fatihah buat ayahanda tercinta.

Semasa turun naik mahkamah, saya membuka kedai stationery di Sri Gombak untuk survival. Serik dengan bekerja makan gaji + komisyen, isteri turut membantu.. jual nasi lemak bungkus hinggalah mengendali mesin photostat dan percetakan. Ia membantu saya memulakan platform untuk kerja-kerja pengiklanan sehingga mendapat pembiayaan dibawah Mara Gombak.

Bermula dengan entiti enterprise, akhirnya mendapat tawaran bergabung dan menaiktaraf platform kepada Sdn Bhd pada 2007. Ia juga tidak lepas dari dugaan yang antaranya kegawatan ekonomi yang menyaksikan banyak kontrak tergendala, pembayaran tertangguh dan bermacam cabaran lain.

Mengendali kredit dan impak masalah sebelumnya juga membuatkan saya hampir muflis. Namun alhamdulillah, semuanya terus ditangani walaupun sebahagiannya melibatkan pengajaran yang pahit.

Baca lagi: Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat

Sepanjang penglibatan itu jugalah saya mula pelajari potensi online. Melalui tawaran kursus-kursus keusahawanan dan IT sejak 2007 sehingga mengendali pemasaran internet, ia menjadi pengalaman baharu pada ketika itu.

Seterusnya saya mula terlibat secara individu dalam menulis blog dan melalui pelbagai ‘try n error’ dalam memahami trend, algoritma dan mengintegrasi niche serta authoriti digital. Akhirnya, ruangan digital ini telah menemukan saya dengan ramai pemain industri yang pernah mengenali dan juga yang baru. Dari situlah juga, berdasarkan kelayakan portfolio, saya disarankan sebagai ahli kepada badan pemasaran profesional, Institute Of Marketing Malaysia.

Saya juga bersyukur kerana menubuhkan Khir Khalid Resources pada 2011. Ia turut mendapat sokongan pemasar bersekutu dan pemain digital yang diiktiraf industri. Sehingga kini, kami terus mendapat kepercayaan dalam menjayakan pelbagai inisiatif pemasaran untuk platform digital organisasi kepada beberapa sektor industri termasuk agensi, rakan industri dan institusi di Malaysia.

Alhamdulillah, sebahagian jurnal penglibatan sejak 10 tahun lalu juga ada diabadikan pada bahagian PORTFOLIO dan rujukan di Profil web ini. Ia turut mencorakkan aspirasi kerjaya dan kehidupan sehingga kini.

Portfolio Khir Khalid, Perunding Pemasaran Malaysia,

Peniaga Kecil Dan Krisis Pandemik

Sepanjang krisis pandemik, kami turut mendengar pelbagai luahan yang dilalui oleh rakan usahawan. Ramai pengusaha yang terpaksa menanggung kerugian, ada yang terpaksa membatalkan niat yang telah lama dirancang tetapi terpaksa menanggung liabiliti, malah ada yang terpaksa gulung tikar.

Namun, walaupun krisis ini besar cabarannya, kali ini anda tidak sendirian. Terdapat pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan berbanding ketika menempuh siri-siri kegawatan ekonomi sebelum ini. Selain itu, kemudahan teknologi digital pada masa kini juga secara drastik menjadi keperluan secara meluas.

Apa yang penting adalah memanfaatkan landasan pemasaran digital yang paling berpotensi dengan dominasi prospek pasaran perniagaan untuk terus bertahan dan juga berkembang melalui peralihan trend pasaran kini.

Sebenarnya selain menjalankan amanah hakiki, tanpa disedari sehingga hari ini juga kami turut berpeluang mengenali ramai usahawan tempatan disamping bertukar perspektif pemasaran dan perniagaan bersama.

Bagi sektor perniagaan mikro pula merangkumi dari peniaga goreng pisang sehinggalah perusahaan kecil-kecilan beroperasi dari rumah. Ramai yang telah beroleh hasil positif melalui perbincangan santai secara online dalam membina landasan pemasaran digital yang bersesuaian dengan perniagaan untuk terus menempuh dugaan pandemik dan memanfaatkan potensi digital.

Justeru itu, kami berhasrat menawarkan inisiatif percuma kepada usahawan mikro dan peniaga kecil dalam berkongsi pendapat bagi membina strategi yang ideal. Semoga ia dapat memberi nilai tambah bermanfaat dalam menyumbang kepada pengukuhan ekonomi dan ukhwah keusahawanan, insyaaAllah. Mungkin ada perkara yang boleh kami bantu.

Antara syarat, anda adalah usahawan mikro yang berdaftar dengan SSM, telah beroperasi sejak sebelum PKP pertama (Mac 2020) dan mengalami penyusutan jualan yang drastik disebabkan pandemik dan peralihan trend pasaran.

Anda boleh hubungi saya di Whatsapp atau Fb Messenger melalui Fb page rasmi kami pada pautan ini > FB: Khir Khalid Resources.

Akhir kata, stay safe dan salam sukses buat semua.

UPDATED: Kami telah menerima 12 respon dari para pengusaha mikro sejak artikel ini diterbitkan. Sebagai sebuah entiti firma pemasaran bersekutu, jumlah respond yang diterima daripada inisiatif ini adalah sudah memadai dalam memperkukuh potensi bersama. Terima kasih atas kepercayaan anda.

Baca lagi: Kepentingan Pemasaran Digital Dalam Era IR4.0

4 Thoughts to “Peniaga Kecil Dan Krisis Pandemik, Apa Boleh Kami Bantu?”

  1. cabaran mengendalikan perniagaan memang tidak sedikit semoga akan terus maju jaya.
    paridahishak recently posted…ENRIQUE…My Profile

  2. Azhari Shauki

    Alhamdulillah, inisiatif ini baik, sambil tu dpt asah pengetahuan secara praktikal mengikut cabaran semasa. Salute para peniaga kecil yang tabah terus berusaha. Jauh lebih bagus dari yg hanya meluahkan masalah mereka di media sosial tanpa tujuan selain meraih perhatian.

  3. Terbaik tuan! semoga usaha murni ni dipermudahkan Allah.. amin

  4. hebat.. bagus ada inisiatif seperti ini untuk membantu para usahawan mikro yang terjejas dengan wabak covid-19 ini.
    Pha Is recently posted…Selamat Hari RayaMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.