6 Asas Pemasaran Digital Untuk Peniaga Online – Sejak beberapa tahun dahulu sehinggalah ke hari ini, kami sering mendapat pertanyaan terutama daripada kalangan para peniaga tentang perkara yang perlu diperhatikan untuk membina strategi pemasaran online yang terancang.
Memandangkan jumlah pengguna digital semakin meningkat dengan kadar yang pantas, sememangnya terdapat pelbagai variasi audiens dengan latar belakang peribadi, minat dan aspirasi yang berbeza di ruangan digital dan media sosial kini. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan, sudah pasti kita perlu meluangkan sedikit masa untuk membuat sedikit analisa atau mengkaji motif strategik dibelakang aktiviti pemasaran digital yang disasarkan kepada prospek pasaran yang betul.
Majoriti peniagaan online yang berjaya bukanlah diperolehi atas usaha semalaman. Banyak masa yang diperuntukkan, malah pelaburan yang dibelanjakan untuk meneliti trend pasaran, menganalisa data, menentukan matlamat dan akhirnya memperolehi strategi yang betul-betul berkesan.

6 Asas Pemasaran Digital
Menjalankan kempen pemasaran digital yang berjaya sebenarnya memerlukan inisiatif tertentu dalam mengenal prospek pasaran, membangunkan strategi serta melaksanakannya mengikut displin dan kesesuaian yang selaras dengan tuntutan pasaran. Terdapat beberapa perkara yang perlu jelas bagi setiap peniaga sebelum menjalankan kempen pemasaran digital.
1. Matlamat Pemasaran – Membina strategi pemasaran digital perlu bersandarkan kepada matlamat yang ingin dicapai. Pastinya, matlamat utama adalah beroleh keuntungan, namun pada dasarnya perlu dilengkapi dengan menggariskan objektif tentang bagaimana sasaran keuntungan tersebut boleh dicapai mengikut releven pasaran. Matlamat dapat menentukan fokus untuk persediaan seterusnya.
2. Memahami Personaliti Prospek Pelanggan – Melalui matlamat dapat memberi pemahaman yang lebih baik tentang sasaran prospek pelanggan yang paling releven dengan produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan. Secara asas, peniaga perlu membina data Avatar Pelanggan paling berpotensi berdasarkan lokaliti geografi dan demografi merangkumi peringkat usia, jantina dan seumpamanya serta taraf sosioekonomi dan trend gaya hidup mereka.
3. Mengkaji Persaingan – Perlu kita ketahui bahawa setiap prospek pasaran digital sentiasa terdedah dengan pelbagai sumber informasi yang mampu mempengaruhi tindakan mereka. Tidak mustahil, mereka mungkin melihat pesaing anda sebagai sebahagian sumber solusi yang boleh mempengaruhi pembelian. Bandingkan tawaran pesaing berserta elemen pemasaran mereka di setiap landasan pemasaran digital dan media sosial.
4. Memahami Proses Pembelian Online – Memahami tingkahlaku dan psikologi pelanggan juga merupakan satu kepentingan. Selidiki pola tindakan prspek pelanggan daripada asas interaksi engagement di laman web, edagang atau media sosial adalah sebahagian elemen pemasaran digital yang perlu ditambahbaik dari masa ke semasa. Sekiranya proses komunikasi dan pembelian terlalu rumit, prospek yang berminat berkemungkinan besar kurang berminat membeli atau beralih kepada tawaran pesaing yang lebih menarik.
5. Memilih Saluran Pemasaran Digital – Terdapat banyak saluran pemasaran digital yang tersedia pada masa kini. Memilih saluran yang tepat dapat dipermudahkan dengan mengenal kesemua elemen terdahulu di atas. Setiap perniagaan sama ada dalam skop B2B atau B2C perlu disesuaikan dengan keberadaan prospek pasaran mengikut saluran media sosial yang paling dominan bagi mendapatkan impak yang kos efektif dan berkesan.
6. Membina Teknik Pemasaran Digital – Menentukan teknik pemasaran digital yang paling sesuai. Antara teknik pemasaran digital termasuk Google Ads, Pemasaran Enjin Carian (SEM), Teknik Optimasi Enjin Carian (SEO), Influencer Marketing, Pemasaran Emel ataupun Zero-Cost Marketing. Ia bergantung kepada pemilihan anda berdasarkan matlamat, sumber dan kemampuan.

Memperkukuh Potensi Pasaran Digital
Seterusnya, mengurus setiap kempen pemasaran juga memerlukan displin dan konsisten. Pernah ada peniaga yang pada mulanya menganggap pemasaran digital hanya sekadar berkongsi status media sosial, namun apabila tidak memperolehi impak yang diharapkan, barulah menyedari tentang perlunya perancangan dan persediaan yang sepatutnya.
Pemasaran digital menjadi kepentingan perniagaan masa kini. Kesan daripada peralihan trend pasaran telah menjadikan ruangan digital ini tempat berkumpul bagi kebanyakkan orang. Pasaran digital juga bermain dengan algoritma A.I., persaingan industri serta kebijaksanaan pengguna dalam menilai setiap kempen dan promosi. Peniaga perlu lebih kreatif mengendali data, capaian maklumat dan emosi pasaran.
Justeru itu, pengembangan dunia digital ini sememangnya mampu menjadi landasan pasaran paling berpotensi sekiranya peniaga dan pengusaha mempunyai gerak kerja terancang dalam mengkaji dan membina strategi yang baik dalam memenangi kehendak prospek dan pelanggan.
Baca lagi: Memperkasa Dominasi Pasaran Digital

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Pemasaran online banyak kemudahannya jika menguasai ilmu digital tapi tetap ada persaingannya
Pemasaran digital sangat perlu dipelajari dan dikuasai agar memeri kesan yang terbaik.
[…] Baca lagi: 6 Asas Pemasaran Digital Untuk Peniaga Online […]