Istilah Marketplace, pasti satu perkataan yang tidak asing lagi dalam dunia pemasaran hari ini. Krisis pandemik yang berlanjutan juga telah membuktikan kelebihan pemasaran Marketplace sebagai salah satu landasan pilihan yang merancakkan lagi penglibatan sektor perniagaan dalam meneroka potensi pasaran dan pengukuhan aspirasi perniagaan.
Implikasi PKP dan SOP disebabkan pandemik juga turut mencetuskan perubahan yang besar dikalangan trend pengguna. Marketplace mula menjadi landasan pembelian secara online pilihan yang semakin dipercayai atas faktor keselamatan diri dan penawaran harga yang lebih kompetitif serta pengurusan yang kos efektif berbanding kaedah pemasaran tradisional.
Atas faktor tersebut, kami turut menerima respon dari Subscribers, pengusaha dan wakil organisasi dalam amanah memperkukuh prospek perniagaan melalui integrasi Marketplace ini. Platform seperti Shopee, Lazada dan pelbagai lagi, sehinggalah Facebook Marketplace dan Instagram Shop turut menjadi input perbincangan dalam usaha meluaskan capaian pasaran yang efektif.
Kelebihan Pemasaran Marketplace
Pada salah satu artikel di Utusan Malaysia, saya pernah berkongsi perspektif tentang Kelebihan Marketplace Untuk Sektor PKS di Malaysia. Justeru, artikel kali ini saya terpanggil menghuraikan lebih lanjut kelebihan pemasaran Marketplace dalam meluaskan capaian pelanggan dan pasaran disamping menyokong pengukuhan kredibiliti penjenamaan dan potensi perniagaan era digital kini.
Potensi Komuniti Pelanggan – Platform Marketplace dikunjungi jutaan pelanggan pada setiap hari dengan nilai pembelian yang terus meningkat. Berdasarkan statistik Statista.com mendapati, Shopee menduduki tangga teratas sebagai peneraju Marketplace di Malaysia dan Asia Tenggara dengan mencatatkan lebih 47 juta pengunjung pada suku akhir tahun 2020.
Begitu juga Marketplace lain yang turut mengalami peningkatan pengunjung yang kebanyakkannya mempunyai niat dan motivasi untuk melakukan pembelian. Kekuatan komuniti pelanggan sedia ada ini dapat memudahkan lagi usaha memperkenalkan produk dan membina kepercayaan pasaran melalui reputasi Marketplace itu sendiri bagi menarik lebih ramai pelanggan.
Autoriti Enjin Carian – Platform Marketplace mempunyai nilai autoriti tinggi di mata enjin carian. Ini bermaksud, setiap carian orang ramai di Google akan turut memaparkan sebahagian senarai cadangan produk-produk berkaitan kata kunci yang dipasarkan di Marketplace. Ini juga membantu membina brand exposure dan peluang pasaran baru secara organik.
Setiap platform Marketplace juga mempunyai kemudahan statistik data insight bagi membolehkan peniaga mengenalpasti trend pengunjung dan memperolehi maklumat pembelian, malah berkomunikasi secara langsung dengan setiap pelanggan. Ia turut menjadi sumber dalam mengumpulkan pengkalan data pelanggan untuk tujuan pemasaran.
Authoriti Marketplace juga dapat menyokong integrasi website dan media sosial perniagaaan dalam meningkatkan lagi kebolehpercayaan pasaran digital.
Transaksi Dan Logistik – Sehingga hari ini, platform Marketplace menawarkan landasan premis dalam talian atau ‘kedai online’ yang boleh didaftarkan tanpa kos sewaan tapak. Pengelola Marketplace hanya mengenakan peratusan komisyen terhadap produk yang telah dijual dengan kadar yang berpatutan.
Keselamatan pengurusan transaksi dan pembelian juga turut menjadi faktor utama. Kemudahan yang disediakan Marketplace juga membantu penjimatan kos pengurusan transaksi dan logistik yang lebih terjamin. Oleh itu, setiap perniagaan boleh menumpukan fokus dalam menyediakan produk yang lebih berkualiti dan membina perhubungan pelanggan yang lebih efektif.
Sistem rangkaian penghantaran produk dengan kos yang lebih rendah juga turut menjadi faktor menarik ramai pengusaha memilih platform Marketplace. Proses penghantaran boleh dipantau oleh kedua-dua pihak (seller & buyer) bagi memastikan status penghantaran kepada pelanggan.
Landasan Sokongan E-dagang
Pemasaran Marketplace menjadi alternatif atau integrasi sokongan e-dagang kepada perniagaan. Ini kerana, tidak semua peniaga mempunyai halaman e-dagang di laman web rasmi. Melalui kelebihan sistem Marketplace seperti di atas menjadikan ia sebagai platform pilihan strategik.
Pelbagai promosi dan kempen pemasaran melalui platform digital, emel dan media sosial juga boleh dilakukan dengan mudah bagi setiap perniagaan. Menyertakan pautan (link) produk atau kedai online di Marketplace pada setiap kandungan artikel, copywriting dan storytelling kepada audien juga terbukti membantu menjana pelanggan tanpa melibatkan pengurusan yang kompleks.
Pemasaran Marketplace adalah landasan yang kos efektif dalam meluaskan lagi potensi pasaran dalam mendepani arus digitalisasi kini dan masa hadapan.
Baca lagi: Kenali Potensi E-Dagang, Online Shop Dan Marketplace

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
Perlu manfaatkan cara baru pengurusan bisnis demimengekalkan n terus berdayamaju
Alhamdulillah, betul seperti yg dikatakan. Sbg PKS dan gunakan Shopee sbg landasan kedai online kami. Lebih jimat berbanding edagang di website kami atas faktor pengurusan logistik dan transaksi. Dpt lebih masa fokus pada promosi dan pemasaran. Terima kasih, harap dpt jumpa tuan satu hari nanti.
[…] Baca lagi: Pemasaran Marketplace Meluaskan Potensi Pasaran […]