Warren BuffettFeatured Motivasi 

Mentor Inspirasi Kerjaya Dan Keusahawanan

Saya pernah putus semangat ketika menghadapi kekalutan kerjaya yang punah satu ketika dahulu. Saya tidak dapat tidur dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sewaktu kekusutan saya cuba mencari semangat baru dengan pelbagai cara yang mampu dilakukan seorang insan. Selain doa dan tawakal, terdetik dalam hati yang saya perlu mencari kekuatan melalui kisah seseorang yang mungkin pernah mengalami kekalutan dan menempuhi segala ujian hingga kembali berjaya. Saya perlu belajar dari seseorang yang layak untuk saya contohi berdasarkan situasi yang ditempuhi…
Mentor motivasi dan jutawan

Motivasi Ikon Dan Mentor Dalam Kerjaya

Motivasi ikon dan mentor bukan sekadar kejayaannya, tetapi menimba ilmu tentang sesuatu perkara yang terkait dengan situasi yang kita tempuhi. Justeru, saya mula memilih ikon dan mentor yang paling sesuai. Memandangkan keadaan ketika itu yang agak ‘senak’… saya hanya mampu menjadikan buku sebagai tapak menimba ilmu. Perkongsian individu yang paling sesuai untuk saya jadikan pencetus inspirasi semangat dalam kerjaya dan kehidupan.
Saya banyak membaca tentang kejayaan ikon usahawan yang dikenali ramai. Namun diwaktu kesempitan hidup, kisah-kisah ikon tersohor tidak semua berjaya memotivasikan diri ini. Saya mula meneliti pandangan beberapa ikon dan mentor melalui pembacaan yang benar-benar sesuai dan mampu dicerna minda yang sedang ‘stress’ dan serabut. Antaranya saya kongsikan secara ringkas di artikel ini.
Buku motivasi keusahawanan

Ikon Dan Mentor Antarabangsa Pilihan

1. Robert T Kiyosaki
Saya diperkenalkan oleh seorang rakan niaga pada tahun 2000 dengan penulisan mentor jutawan dan ‘public speaker’ yang sedang meningkat naik ketika itu bernama Robert T Kiyosaki. Pada mulanya saya hanya sekadar membaca untuk menambah pengetahuan. Tetapi sewaktu susah, buku beliau menjadi pencetus saya merenung kembali dan mengkaji kesilapan yang berlaku. Ia memotivasikan saya untuk mendalami lagi ilmu melalui pelbagai buku penulisan beliau. Perkongsian ilmu sangat bernilai bagi yang serius memperkasa bidang keusahawanan sebagai kerjaya.
2. Warren Buffett
Memandangkan saya pernah berkecimpung dalam bidang pelaburan, Warren Buffett adalah seorang ikon billionaire yang berani dan tidak pernah berputus asa walaupun menemui kegagalan. Beliau mengkaji semula tindakan yang tersasar dan mencuba kaedah baharu walaupun ia belum pasti menjamin kejayaan. Beliau yakin pada perancangan sendiri. Melalui penulisan, beliau layak digelar “bold and smart’.
Warren Buffett

Ikon Dan Mentor Tempatan Pilihan

Dato’ Dr Rusly Abdullah (Chef Li)
Saya tidak mempunyai ramai ikon dan mentor tempatan yang sesuai dijadikan motivasi diri pada peringkat awal mengalami kegagalan kerjaya. Satu-satunya mentor yang menyuntik motivasi diri adalah Dato’ Dr Rusly Abdullah melalui buku-buku beliau yang dibaca. Ia sangat bersesuaian dengan situasi dan keadaan yang saya alami ketika itu.
Antara penulisan Chef Li yang menceritakan pengalaman pahitnya jatuh dari kerjaya ada beberapa persamaan. Penulisan perkongsian kisah kerjaya dan formula keusahawanan di buku-bukunya cukup membuahkan inspirasi semangat untuk saya mengharungi permasalah dengan usaha yang istiqamah. Namun sehingga kini saya belum berpeluang bertemu beliau walaupun banyak yang saya pelajari dari kisah yang dikongsikan. Beliau adalah ahli perniagaan, ikon dan mentor jutawan tempatan yang amat saya hormat dan kagumi.
Buku-buku Chef Li

Ikon Dan Mentor Sepanjang Zaman

Ikon dan mentor utama yang sesekali jangan kita lupa adalah Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw. Baginda adalah sebaik-baik contoh ikutan buat semua muslimin dan muslimat. Saya pernah berkongsi
tentang personaliti Baginda Rasullullah dari perspektif keusahawanan yang boleh anda baca di sini >>> Rasulullah S.A.W Ahli Perniagaan Terulung
Justeru, mengenalpasti ikon dan mentor yang bersesuaian dengan inspirasi anda adalah antara asas penting memperkasa kerjaya. Ada beberapa lagi ikon dan mentor keusahawanan, kepimpinan termasuk dalam inspirasi berblogging yang saya hormati. Ia akan saya kongsikan lagi di artikel yang lain nanti, in shaa Allah.
Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi manfaat dalam membantu merealisasikan hasrat kerjaya anda demi kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.
Jurnal ringkas kerjaya dan keusahawanan saya boleh dibaca di bawah:

Related posts

23 Thoughts to “Mentor Inspirasi Kerjaya Dan Keusahawanan”

  1. ikon pilihan yang menjadi contoh teladan memotivasikan diri untuk bangun dari kegagalan…bisnis tak sukses selalu tapi hendak memulakannya mmg susah walau berminat…sudahnya berpuashati saja dgn situasi yg dilewati hari demi hari…heh..heh..oklah tu bersyukur seadanya.

  2. kadang ikon memang dapat membantu kita
    terutama mereka yang sememangnya kita sanjungi dan kagumi
    apapun saya doakan moga saudara KK terus success =)

  3. rajinnya KK membaca..tapi kalau dah minat kan…moga kk terus success..

  4. mentor2 inilah yang membuat saya banyak inspirasi darinya 🙂

  5. sangat inspirasi sekali 🙂

  6. dalam senarai buku bro tu, saya ada buku rich dad poor dad dengan 7 habits 😀

  7. Saya juga ada menyimpan hasrat utk menjadi usahawan suatu hari nanti.. InysaAllah.. memang kagum membaca kisah2 yang memberi inspirasi seperti ini.. 🙂

  8. Anda juga ikon saya dlm berblogging

  9. Terus mjadi ikon dlm berblogging

  10. Semestinya Rasulullah SAW adalah idola, mentor dan contoh sepanjang zaman.
    Tapi saya memang minat mengumpul buku-buku Chef li dan Warren Buffett

  11. Rasulullah adalah mentor terbaik

  12. sangat menginspirasi sekali mas 🙂

  13. bangkit dari kegagalan dan kekecewaan tu adalah sangat mencabar. perlu juga motivasi diri yang kuat. pegangan agama dalam diri jangan ditinggalkan.. tidak dinafikan ikon-ikon yang berjaya boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berusaha dan mengejar kejayaan..

    entri yang sangat bagus. terima kasih berkongsi, KK.

  14. JM cuma ada icon mentor msia je…mentor antarabangsa mmg x de

  15. buku motivasi? huhuhuhu…sedih! x minat baca buku itu sbb kurang ilmu

  16. Sy suka buku yg cenderung kpd psikologi dan hubungan sesama manusia.. john gray n barbara de angelis antara tokoh /penulis yg sy gemari.kalu local of coz dr hm tuah dan DMFK.. kdg kala suka jg bc buku2 keusahawanan.. dr azizan, irfan khairi, azizi ali antaranya…

  17. Zumal juga suka membaca buku motivasi keusahawanan tapi dalam bm jer. Perkongsian mereka membuat kita kembali bersemangat…

  18. AvatarCetusan Minda

    org yg berjiwa kental saja dpt berjaya dlm perniagaan . Jatuh bangun tu perkara biasa . cuma jgn lupa Allah . Buku motivasi ni platform yg terbik untuk memberi semangat dan perangsang kpd jiwa …

  19. Saya ada beli sebuah dua buku motivasi juga..kagum la dengan brother KK sebab banyak beli buku macam ni

  20. Sangat berinspirasi sekali..

Leave a Comment

CommentLuv badge