Anda bercadang untuk bercuti di Kuala Terengganu?
Yay! Kuala Terengganu adalah merupakan salah satu lokasi percutian yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat beberapa tarikan utama seperti makanan tempatan yang unik serta tarikan alam semula jadi yang mengagumkan.
Selain itu, terdapat juga banyak pilihan hotel dengan harga yang berpatutan. Hotel bajet, hotel mewah, resort atau apa jua jenis tempat penginapan, semuanya ada. Anda boleh menempah penginapan mengikut citarasa dan bajet anda sepanjang berada di sini.
Bagi mengelakkan anda membuang masa, berikut ialah senarai hotel Kuala Terengganu yang disyorkan untuk anda cuba. Jom semak!
1. Hotel Grand Continental Kuala Terengganu

Hotel Grand Continental Kuala Terengganu ini terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, Kuala Terengganu.
Berhampiran hotel ini terdapat banyak deretan kedai makan, dobi, serta pasar malam pun ada. Untuk pergi ke tarikan utama, anda boleh pergi dengan berjalan kaki. Ini menjadikannya pilihan hotel yang ideal terutamanya untuk percutian bersama keluarga ataupun untuk mereka yang ingin menginap dalam tempoh yang lama.
Dengan tawaran harga bermula serendah RM170 untuk semalam, hotel ini pilihan yang terbaik untuk percutian dengan bajet yang rendah. Bukan itu sahaja, hotel ini juga menawarkan bilik dengan pemandangan indah Laut China Selatan untuk pakej bilik yang dinaik taraf.
Anda boleh berehat di bilik hotel sahaja sekiranya malas untuk keluar berjalan kerana setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas. Kemudahan hotel yang disukai ramai seperti kolam renang juga disediakan.
2. Duyong Marina & Resort

Duyong Marina & Resort adalah merupakan hotel butik (boutique hotel) yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Jangan risau, ia sangat berdekatan dengan hampir semua tarikan utama yang ada di sekitar Kuala Terengganu.
Terdapat tiga kategori bilik dan 2 kategori suite ditawarkan di sini dengan harga bermula RM280.00 untuk semalam. Hotel ini mengetengahkan konsep kayu jati untuk bilik-biliknya. Sangat unik dan menarik.
Dari segi kemudahan bilik dan hotel, anda memang tidak perlu risau. Semuanya lengkap. Ada bilik yang turut dilengkapi dengan balkoni peribadi. Anda boleh bawa beg baju sahaja dan nikmati percutian anda di hotel ini dengan selesa!
3. Redang Island Resort

Satu lagi tempat penginapan yang terbaik di Terengganu ialah Redang Island Resort. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak ini Teluk Siang, Pulau Redang, Kuala Terengganu.
Kalau bawa pasangan untuk berbulan madu atau ahli keluarga untuk bersantai, memang sesuai sangat menginap di sini. Hal ini kerana lokasi tempat penginapan yang disediakan sangat privasi dengan pemandangan yang sememangnya menakjubkan.
Dengan harga bilik bermula RM330 untuk semalam, memang tak rugi. Setiap tempahan bilik hotel termasuk makanan tau. Maksudnya, makanan disediakan sekali. Berbaloi sangat!
4. J Suites Hotel

J Suites Hotel adalah sebuah hotel yang terletak di Jalan Kota Lama, Kuala Terengganu. Lokasinya sangat strategik kerana terletak di pusat bandar Kuala Terengganu dan menjadikannya tempat yang ideal untuk memulakan pengembaraan anda selepas tiba di Kuala Terengganu.
Untuk ke tempat tarikan utama yang ada di Kuala Terengganu seperti KT Waterfront, Arca Penyu Kuala Terengganu dan Warisan Cruise, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Hal ini kerana, semua tempa tarikan ini terletak kurang 1 kilometer dari hotel ini. Manakala, Muzium Negeri Terengganu pula hanya 4 kilometer sahaja dari hotel ini.
Di hotel ini, terdapat 7 kategori bilik yang anda boleh pilih mengikut bajet dan kesesuaian. Dengan harga bermula RM111 untuk satu malam, anda boleh tidur di bilik yang selesa dan lengkap dengan semua kemudahan yang anda perlukan.
5. Paya Bunga Hotel Terengganu

Untuk merehatkan diri setelah perjalanan yang panjang ke Kuala Terengganu, anda boleh tempah hotel dengan harga yang berpatutan ini, iaitu Paya Bunga Hotel Terengganu. Hotel ini terletak Jalan Tengku Embong Fatimah, Off Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
Dari bilik hotel, anda boleh menikmati pemandangan bandar, kolam renang atau laut yang mengagumkan. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan asas untuk keselesaan anda. Sekiranya anda membawa anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk bawa mereka meluangkan masa di kolam kanak-kanak yang disediakan.
Untuk pengetahuan anda, harga bilik di hotel ini bermula daripada RM160.00 untuk semalam. Memang sangat berpatutan dan berbaloi untuk anda yang mempunyai bajet terhad tetapi mahukan keselesaan.
Tempah Sekarang!
Untuk membuat tempahan hotel di Kuala Terengganu dengan mudah, anda boleh terus ke laman web rasmi Traveloka dan pilih hotel pilihan anda. Sangat mudah dan cepat. Jangan lupa buat tempahan awal untuk dapatkan diskaun harga yang lebih rendah!

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
selalu ke Terengganu cari homestay saja
Menarik.. pernah stay di Paya Bunga Hotel tu satu masa dahulu. Boleh try cadangan yg lain pula klu ke T’gganu nnti. Thanks sharing!