This is my first blog post in English. As for the first writing, I would like to share good thought about kindness in just short, precise and simple manner. It was something that helps me to understand about life in the spiritual, philosophical and religious point of view. Here I would like to share with…
Al-Fatihah Buat Bapa Tercinta
Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta – Assalamualaikum. Tepat jam 6 petang tanggal 22 Januari 2015 (Khamis) bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436 hijrah, bapa saya bernama Hj Md Khalid Bin Hj Abd. Aziz telah kembali ke rahmatullah. Saat arwah nazak sehingga menghembuskan nafas terakhir merupakan memori terakhir bersama yang tetap terpahat dalam ingatan dan hati sepanjang hayat…
Kuliah Perdana Ustaz Hassan Din Di Surau Madrasah As-Siddiqin
Assalamualaikum. Pada malam Rabu (19/11/2014), saya berpeluang terlibat dalam program Kuliah Maghrib Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Dato’ Dr Abu Hassan Din Al Fadhil atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Hassan Din. Kuliah yang bertajuk ‘Nilai Seorang Mukmin Dan Muslim’. Ia telah berlangsung selepas solat maghrib di Surau Madrasah As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang. Intipati kuliah menjelaskan perbezaan seorang…
Ceramah Ustaz Kazim Di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang
Assalamualaikum. Pada malam Sabtu (8/11/2014) yang lalu, saya bersama keluarga telah menghadiri ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Maka saya terpanggil meluangkan sedikit masa menulis bagi mengabadikan pengalaman ini. Intipati ceramah yang disampaikan menjurus kepada motivasi ibubapa dan kekeluargaan, bermula selepas solat isyak. Ia dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan…
Panorama Bandar Pontian Johor
Panorama Bandar Pontian Johor – Kepada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki bersiar-siar atau bermastautin di Pontian pasti ada pengalaman tersendiri tentang sebuah bandar yang terletak di penghujung paling selatan tanah air dan tanah besar benua Asia ini. Bandar di tepi laut Selat Melaka dan merupakan salah satu bandar yang sedang pesat membangun di negeri Johor. Bandar…
Kenangan Di Masjid Al-Khairiyah (Masjid Terbaik Selangor 2014)
Assalamualaikum. Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, merupakan antara masjid yang meninggalkan banyak kenangan buat saya. Selama hampir 13 tahun bermastautin di Taman Sri Gombak sejak 1999 sehingga 2013.. dari masjid lama di Fasa 1 sebelum terbangunnya masjid ini hinggalah ia kini sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengimarahan. Masjid ini telah dirasmikan pada 9 Julai…
Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh
Peristiwa Lebuhraya PLUS Pagoh – Pada minggu lepas, hati aku tersentap membaca pengalaman dari seorang sahabat blogger kak Lynn Munir tentang peristiwa yang beliau sekeluarga alami di R&R lebuhraya PLUS Pagoh, Muar, Johor. Betul-betul buat aku sentap. Boleh baca entri di >>> SINI. Bukan saja-saja nak cerita, tetapi terpanggil berkongsi peringatan dan pengajaran, penangan Lebuhraya PLUS Pagoh…
Kenangan Musim Haji, Moga Dapat Bertamu Lagi
Kenangan musim Haji, bilakah dapat bertamu lagi. Setiap kali hadir Aidiladha, hati ini pasti sayu. Tambahan pula diwaktu kini, internet dan laman sosial begitu cepat membawa perkhabaran bersertagambar yang bercerita tentang suasana. Bertambah sayu melihat ribuan umat yang berpeluang menyahut seruan Illahi, melaksanakan ibadah Haji dengan sepenuh tawaduk dan kekhusyukkan. Kenangan Ibadah Haji Dan Umrah…
Pulang Sudah…
Assalamualaikum. Alhamdulillah.. pulang sudah.. Semalam, aku mendapat panggilan dari ibu di hospital… bapa aku sudah dibenarkan pulang. Keadaannya belum begitu pulih, tetapi sudah mula beransur stabil dan perlu penjagaan lanjutan di rumah pula, alhamdulillah. Kisah kejadian yang menimpa bapa aku boleh dibaca di sini Ujian Hadir, Kepada Allah Berserah.. Sudah lebih 3…
Syukur.. Berita Kecil, Erti Yang Besar.
Assalamualaikum w.b.t. Syukur. Ada waktu, kita menerima berita kecil yang membawa erti dan pengharapan yang amat besar. Semalam merupakan hari yang membawa erti penuh kesyukuran dan pengharapan apabila bapa aku yang telah menjalani pembedahan di kepalanya disebabkan pendarahan otak telah pun mulai sedar. Beliau telah mula membuka sedikit matanya. Walaupun begitu, beliau masih lagi di…

