Assalamualaikum. Hai.. bisnes anda dah ada review pelanggan?
Review pelanggan atau ulasan atas talian daripada pelanggan atau pengguna, telah menjadi satu dimensi persaingan baru dalam pemasaran digital. Ia telah menggantikan budaya tradisional ‘word of mouth’ dengan maklum balas pengguna secara online dan mampu mempengaruhi prospek dan pelanggan terhadap reputasi produk, servis mahupun bisnes.
Tertarik untuk saya berkongsi sedikit input penting berdasarkan pengalaman dalam kerjasama industri digital. Antara perkara yang semakin menjadi keutamaan pemain industri kini adalah kredibiliti suara pelanggan atau review pelanggan.
Kesedaran betapa pentingnya pengalaman dari pengguna kini semakin meningkat.
Ia turut dilihat sebagai salah satu elemen pemasaran penting yang mampu memberi pengaruh besar dalam melonjakkan kredibiliti dan potensi sesebuah perniagaan secara insani, telus dan kos efektif. Namun.. ia juga mampu merencatkan reputasi dan kredibiliti sesebuah perniagaan.

5 Sebab Review Pelanggan Penting
Pasti ada sebahagian anda yang sudah menjadikan testimoni pelanggan sebagai salah satu kekuatan pemasaran.. alhamdulillah teruskan.
Kini semakin ramai para pengusaha dan organisasi perniagaan semakin giat mengumpulkan ulasan pelanggan. Semua mahukan respon tentang tahap keberkesanan atau prestasi produk dan servis yang disediakan, melalui respon telus dari pengalaman pelanggan. Malah ada yang sentiasa peka untuk membalas setiap komen pelanggan sebagai keperihatinan kepada mereka.
Justeru, kenapa review pelanggan ini sangat penting?
1. Kredibiliti Perniagaan Dan Reputasi Sosial
Ini perkara paling asas perlu tahu. Sememangnya ramai dikalangan pelanggan, malah masyarakat hari ini pun lebih tertarik dan berminat untuk mengetahui apa yang orang lain katakan terlebih dahulu tentang sesuatu perkara. Inilah yang berlaku sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli, berlanggan atau pun menjadi peserta. Ini sudah menjadi trending gaya hidup hari ini.
Tak kiralah sebagus mana copywriting atau storytelling yang anda buat, melantik duta, selebriti atau influencer, atau sekreatif mana pun iklan yang diciptakan… pada akhirnya, review pelanggan tetap memberi impak besar sebagai realiti pengalaman pengguna yang sebenar.
Kini, hampir kebanyakkan prospek pelanggan akan melakukan semakan dengan hanya beberapa klik dan ia mampu mengubah persepsi mereka ke arah positif atau sebaliknya. Secara tidak langsung, ia menjadi portfolio pengkalan data pelanggan yang sangat penting dalam hubungan kepada pasaran.
2. Menarik Perhatian Pasaran
Perkara kedua.. apabila sesebuah perniagaan telah mendapat ulasan online daripada pelanggan, ia pasti akan berjangkit.. ia akan menggalakkan lagi pelanggan-pelanggan baharu untuk turut sama menyertakan maklum balas mereka. Ini akan terus berlaku dari masa ke semasa. Perkara ini pernah saya kongsikan pada satu artikel terdahulu bertajuk Review Pengguna Dan Impak Pasaran Digital, dimana ia turut menjadi cabaran dan kebimbangan kepada pengusaha masa kini.
Sama ada ulasan di Google Reviews, Platform e-dagang atau Marketplace, laman web atau media sosial, beberapa ulasan positif mampu memberi insentif dalam memikat keyakinan bakal pelanggan dan prospek yang lain. Kompilasi ulasan ini menjadi penguat pasaran sebagai rekomendasi tulen.
3. Pelanggan Menjadi Agen Pemasaran Tidak Langsung
Review pelanggan melalui ulasan yang positif mempunyai nilai reputasi yang amat tinggi. Seperti penjelasan 1 dan 2. Ia mampu menawarkan faedah yang tidak dapat dilakukan oleh kempen pemasaran biasa. Pelanggan kini gemar memberi ulasan pengalaman mereka secara sukarela atas dasar tanggungjawab.
Ringkasnya, ia adalah rekomendasi dari pengguna sebenar di pasaran berdasarkan pengalaman pelanggan sebagai pihak bebas, iaitu pelanggan dan pengguna yang tidak dibayar untuk menyuarakan pendapat mereka. Ulasan ini sudah semakin menjadi trend ‘suara pengguna’ dan akan terus berperanan dalam memberikan imej positif yang berterusan. Ulasan yang positif.. pelanggan yang happy, mampu mendorong meningkatkan kepercayaan pasaran untuk jangka pendek dan panjang.
4. Menjana Pelanggan Setia
Berdasarkan perkembangan trend gaya hidup digital masa kini juga, kebanyakkan pengguna akan sanggup meluangkan masa, malah rajin untuk meninggalkan ulasan dalam talian tentang pengalaman mereka terhadap produk atau servis yang mereka langgan tanpa perlu dipaksa.
Ini juga antara pengaruh yang terhasil daripada trend memanusiawi digital dikalangan masyarakat sebagai pelanggan dan pengguna. Galakan positif melalui review pelanggan yang berpuas hati ini sebenarnya juga amat membantu sesebuah perniagaan dalam membina kekuatan hubungan pelanggan dan menyokong kekuatan zero cost marketing.
Ia membolehkan pelanggan dan pengguna merasai yang mereka mempunyai suara penting dalam menyokong sesebuah perniagaan melalui maklumbalas yang membina. Ini juga membuktikan yang mereka dapat membantu sesebuah perniagaan dalam menambahbaik potensi pasaran. Kebebasan bersuara cara ini juga telah terbukti di pasaran, mampu mengubah pelanggan yang berpuas hati kepada pelanggan atau pengguna setia (loyal customer / consumer).
5. Memperkukuh Algoritma Carian Online
Berdasarkan pengalaman ramai dikalangan peneraju industri, review pelanggan juga menjadi elemen penting dalam memperkukuh ranking ‘local search’ di enjin carian. Ia membantu sesebuah perniagaan itu untuk mendapat kedudukan yang baik di enjin carian mahu pun algoritma di media sosial, walaupun tidak membelanjakan bajet pemasaran atau iklan online yang besar.
Bagi perniagaan fizikal yang sudah mempunyai kekuatan pelanggan setia sedia ada, review pelanggan ini sebenarnya mempunyai kelebihan yang sangat besar jika ianya dapat diintegrasikan kewujudannya di platform digital (digital presence). Menurut Search Engine Journal – SEJ, “sesebuah perniagaan dengan ulasan yang aktif pada sesuatu kata kunci dan/atau nama bandar, didapati mempunyai kedudukan lebih tinggi untuk carian tempatan di Google Business Profile“.
Memperkasa Khidmat Pelanggan
Apa pun, ulasan pelanggan secara online ini akan terus menjadi sebahagian elemen penting dalam pasaran digital. Semakin lama anda tidak ambil kisah untuk mengambil kira perkara ini dan tidak menggalakkan pelanggan anda untuk terlibat membantu, semakin anda akan rugi dalam meneroka potensi pasaran dengan lebih baik.
Tambahan lagi, apabila pesaing anda menggalakkan ulasan kepada pelanggan setia mereka, disamping sentiasa menambahbaik engagement serta mutu khidmat pelanggan secara fizikal dan online… ia mampu menggugat potensi anda dalam pasaran yang sama.
Sentiasa menambahbaik khidmat pelanggan menjadi asas penting dalam menggalakkan ulasan positif. Selain itu, menganalisa ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggan juga amat membantu syarikat dalam memahami tahap kepuasan pelanggan secara keseluruhan, kerana ia adalah maklum balas tentang perkara yang benar-benar pelanggan mahukan dalam niche pasaran anda.
Baca lagi > Integrasi Pemasaran Digital Era IoT
Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

Penulis merupakan seorang pengurus kandungan digital kepada agensi perhubungan awam di Malaysia dan rangkaian Asia Tenggara. > PROFILE


So far memang jaga review customer ni. Mmg penting, especially klu di google review tu utk customer baru.. sambil cari sambil tngok review. Tkasih atas perkongsian tuan
Bisnes skrg terbuka pada apa jua pndangan pelanggan. tu yg kami risau.. so servis kena slalu tambahbaik, customer kena jaga biar ckp yg baik2. Thanks tuan