Kenangan musim Haji, bilakah dapat bertamu lagi. Setiap kali hadir Aidiladha, hati ini pasti sayu. Tambahan pula diwaktu kini, internet dan laman sosial begitu cepat membawa perkhabaran bersertagambar yang bercerita tentang suasana. Bertambah sayu melihat ribuan umat yang berpeluang menyahut seruan Illahi, melaksanakan ibadah Haji dengan sepenuh tawaduk dan kekhusyukkan. Kenangan Ibadah Haji Dan Umrah…
Pulang Sudah…
Assalamualaikum. Alhamdulillah.. pulang sudah.. Semalam, aku mendapat panggilan dari ibu di hospital… bapa aku sudah dibenarkan pulang. Keadaannya belum begitu pulih, tetapi sudah mula beransur stabil dan perlu penjagaan lanjutan di rumah pula, alhamdulillah. Kisah kejadian yang menimpa bapa aku boleh dibaca di sini Ujian Hadir, Kepada Allah Berserah.. Sudah lebih 3…
Tayangan Khas Tanda Putera Keluarga Daeng Pabitah
Tanda Putera, Tanda Silaturrahim – Ahad 22 September 2013 merupakan hujung minggu yang menggembirakan. Saya berpeluang berkumpul santai mengeratkan silaturrahim susurgalur keluarga Daeng Pabitah, disamping berhibur menonton tayangan khas filem Tanda Putera bersama-sama. Penghargaan buat Dato’ Zuraidah Atan, ahli keluarga yang berbesar hati menaja dan yang bertungkus lumus menjayakan perjumpaan Tayangan Khas Tanda Putera…
Syukur.. Berita Kecil, Erti Yang Besar.
Assalamualaikum w.b.t. Syukur. Ada waktu, kita menerima berita kecil yang membawa erti dan pengharapan yang amat besar. Semalam merupakan hari yang membawa erti penuh kesyukuran dan pengharapan apabila bapa aku yang telah menjalani pembedahan di kepalanya disebabkan pendarahan otak telah pun mulai sedar. Beliau telah mula membuka sedikit matanya. Walaupun begitu, beliau masih lagi di…
Ujian Hadir, Kepada Allah Berserah..
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera. Semalam adalah hari yang menggemparkan bagi aku, apabila bapa aku telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak berdaya untuk bangkit dari katilnya. Beliau sedar, namum berkeadaan mamai dan hanya mampu menggerakkan tangannya sahaja. Di hospital, doktor memaklumkan beliau mengalami pendarahan di otak dan perlu menjalani ‘operation’ bagi mengeluarkan pendarahan…

