Khidmat Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum – Pusat Rawatan Al-Qayyum merupakan pusat rawatan holistik Islamiah yang membantu dalam usaha merawat penyakit yang sukar dirungkai melalui kaedah perubatan moden. Selagi nyawa dikandung badan, adalah menjadi tanggungjawab kita mencari ikhtiar penyembuhan sekiranya berhadapan dengan penyakit. Rawatan Jarak Jauh ini juga menjadi salah satu ikhtiar terbaik dalam membantu sesiapa jua yang memerlukan.
Apa Itu Rawatan Jarak Jauh
Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum merupakan salah satu kaedah perubatan yang dianjurkan oleh Islam. Ia dilaksanakan melalui solat hajat, bacaan Ruqyah, Syar’iyah, Zikrullah dan doa-doa mustajab berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Rawatan Jarak Jauh ini diadakan di Masjid Al-Mukarramah yang disempurnakan oleh Imam Besar Masjid bersama-sama perawat-perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum dan jemaah warga Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
![]() |
Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara |
![]() |
Jemaah Rawatan Jarak Jauh warga Bandar Sri Damansara |
![]() |
Jemaah wanita Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum |
Tempahan Dan Pakej Rawatan Jarak Jauh
Terdapat beberapa pakej yang disediakan untuk Rawatan Jarak Jauh bagi sesiapa yang tidak berkemampuan untuk hadir mendapatkan rawatan disebabkan jarak perjalanan, keuzuran pesakit atau apa jua permasalahan yang dihadapi.
Segala maklumat dan penjelasan terperinci mengenai kaedah rawatan yang dilaksanakan, maklumat pakej rawatan serta cara membuat tempahan ada dinyatakan di laman blog Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum. Borang tempahan juga boleh diperolehi dilaman blog tersebut dan boleh dirujuk melalui link yang disediakan di bawah :-
Rawatan Jarak Jauh Al-Qayyum >>> www.alqayyum2u-rjj.blogspot.com
Semoga melalui kaedah Perawatan Jarak Jauh Al-Qayyum ini juga dapat menghindarkan kita dari perkara-perkara mungkar seperti mendapatkan rawatan dari dukun, pawang dan bomoh yang boleh membawa kepada kurafat dan syirik. Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, adalah sebaiknya kita mencari bantuan dari pihak yang mahir tentang selok belok sesuatu permasalahan itu agar tidak tersasar dari landasan syariat dan sunnah. Mudah-mudah segala hajat kita dipermudah dan dimakbulkan Allah swt… aamiin.
Saya sertakan juga maklumat lanjut Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk rujukan anda.
Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1 – K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200
Kuala Lumpur
E-mel : alqayyum.holistik@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/alqayyum2u
Laman Blog : www.alqayyum2u.blogspot.com
‘Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, jin, syaitan dan iblis laknatullah’

A non stereotypical digitalpreneur in e-commerce and media relations industry, a content writer, a video creator and a motovlogger. > PROFILE
ayah saya pun boleh juga lah buat rawatan jarak jauh ni. tapi x semahir yang lain… bagus ada rawatan jarak jauh, mudah…
eh, saya klik2 nuff2 abang KK sekali ^^
Oh.. mesti ada belajar kan Amy. Mmu memudahkan rawatan jarak jauh ni. Secara tak langsung menghindarkan kita dari terdorong kpd rawatan yg menyesatkan. T kasih.. 🙂
tq atas informasi Mr.kk.
Alhamdulillah, mudah2an bermanfaat.. 🙂
first time tahu ada rawatan jarak jauh ni…
– Mia Liana –
Alhamdulillah… mudah2an bermanfaat. T kasih.. 🙂
Salam singgah sini KK…bagus ni dah ada rawatan Al-Qayyum jarak jauh…semoga dapat membantu kepada mereka yang memerlukan…
Waalaikummussalam.. in shaa Allah Diana. Mudah2an membantu… aamiin.
Thanks khir for sharing. Tak pernah dengar pasal ni..Alhamdulillah memudahkan especially yang duduk jauh dan susah nak travel..
Alhamdulillah… betul tu. Memudahkan kpd pesakit yg uzur juga. Semoga membawa kebaikan, in shaa Allah…
satu cara yaang cukup bagus…jimat masa dan belanja..
Betul tu HB. Mudah2an dimakbulkan segala yg dihajati… aamiin.
Memang bagus perubatan Islam ni, SP pun ada rakan2 yg aktif merawat gangguan makhluk halus melalui kaedah perubatan Islam.
Alhamdulillah SP.. serahkan kpd yg pakar kan..
Alhamdulillah moga2 rawatan jarak jauh ini dapat juga dijadikan salah satu ikhtiar terbaik dalam membantu sesiapa jua yang memerlukan di luar sana ..Sama2 kita berikhtiar untuk kesembuhan ..InsyaAllah..
In shaa Allah… mudah2an membantu kpd yg memerlukan & membawa kebaikan semua… aamiin.
CN pernh dgr kaedah ni..kaedah Alternatif yg mmbantu
Dgn izin Allah, mudah2an membantu kpd yg memerlukan CN, in shaa Allah…
1st time pulak dgr rawatan jarak jauh ni. bgs jugak pendedahan ni, blh org dptkan rawatan berbekalkan info diberi.
Alhamdulillah… semoga bermanfaat & membantu kpd yg memerlukan, in shaa Allah.
first time dengar ni….!
Mudah2an membantu kpd yg memerlukan.. aamiin.
saya penah dengar rawatan jarak jauh bergini
Mudah2an membantu & memudahkan kpd yg memerlukan YY… aamiin.
Baru tahu tentang rawatan jarak jauh ini. Selalunya pesakit kena menghadirkan diri.
Terima kasih utk info Khir.
Alhamdulillah… mudah2an bermanfaat kpd yg memerlukan kak Lynn, in shaa Allah.
nice info…
Alhamdulillah.. t kasih.
sekarang macam-macam ada…
Memudahkan… segala di hujung jari & mudah2an bermanfaat, in shaa Allah..
menarik la khir..
Alhamdulillah, mudah2an bermanfaat Kathy… aamiin.
asalam….pernah dengar cara rawatan Islam ni..kena bagi nama kan Ustaz
Waalaikummussalam.. boleh bagi nama & maklumat kat borang melalui link Rawatan Jarak Jauh tu saudara Etuza.. 🙂
tak pernah tahu mengenai rawatan Al-Qayyum. rupanya ada rawatan seperti ini.
terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini.
Alhamdulillah.. mudah2an bermanfaat kpdyg memerlukan, in shaa Allah..
terima kasih perkongsiannya… saya pernah mencuba melakukan rawatan yg digelar rawatan islam tapi saya rasa tak serasi lah… mcm panas je dengan ustaz yg merawat… saya juga kurang senang bila aib saya ditanya2 depan orang lain… maaf hanya luahan perasaan… lepas tu saya tak pernah mencuba lagi… pernah juga nak mencuba dengan orang lain style rawatan yg sama… baru saja bersms dah ada percubaan untuk mengaibkan saya… tapi bagaimana pun terima kasih berkongsi maklumat ini
T kasih atas perkongsian luahan saudara Najib. Mudah2an dipermudahkan usaha utk beroleh perawat yg sesuai & tulus dlm mengubati, in shaa Allah. Moga2 maklumat ini dpt membantu, in shaa Allah. T kasih kembali.. 🙂
Alhamdulillah…semoga dpt menjadi alternatif kepada mereka yang memerlukan..
In shaa Allah.. itulah harapannya. Mudah2an membantu… aamiin.
Pengkongsian yang bagus bro… salah satu cara lain untuk merawatkan penyakit-penyakit halus…
Alhamdulillah… mudah2an membantu kpd yg sgt2 memerlukan, in shaa Allah…
Bagus jugak adanya rawatan jarak jauh ni..
Rawatan jarak jauh..pertama kali dgr..alhamdulillah sekiranya ada rawatan begini memudahkan meeka yg mempunyai kesukaran utk bergerak. Kita hanya ikhtiar..Allah yang memberi penyembuhan..Sentiasa berdoa kepada Allah di kurniakan kesohatan yg baik agar dapat beribadah kepadanya dgn sempurna
Alternatif yang baik nie… jarak jauh untuk idah dah biasa dengar… cuma sukar nak cari laa…