Forum Perdana Isra Mikraj oleh ustaz Abdullah Khairi dan ustaz Haslin Baharin

Assalamualaikum. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana turut diberikan ruang menjayakan majlis ilmu dalam Forum Perdana Isra’ Mikraj yang berlangsung pada malam Ahad, 11 Mei 2015. Ia telah mengundang ustaz Abdullah Khairi dan ustaz Haslin Baharin sebagai panel penceramah forum ini.

Majlis bermula pada jam 9 malam bertempat di dataran Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Intipati forum yang disampaikan secara bual bicara santai ini bertujuan menyuntik kefahaman tentang maksud Isra’ dan mikraj kepada muslimin dan muslimat yang hadir.

Atas faktor itu jugalah, saya terpanggil untuk memanjangkan input intipati tersebut secara ringkas pada artikel ini kepada sahabat pembaca sekelian.

Forum Perdana Isra' Dan Mikraj Di Bandar Tasik Puteri
Forum Perdana Isra' Dan Mikraj Di Bandar Tasik Puteri

Peristiwa Isra’ Dan Mikraj

Peristiwa isra’ dan mikraj ini telah berlaku pada Baginda Rasulullah saw pada 27 Rejab, iaitu pada tahun ke 12 kenabian Baginda saw.

Ia merangkumi perjalanan Baginda selama 3/4 malam menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya diangkat dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu Allah di Arasy. Baginda juga diperlihatkan para malaikat bertawaf, serta bertemu dan berbicara dengan Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as.

Pelbagai peristiwa turut diperlihatkan Allah SWT kepada Baginda, iaitu tentang siksaan neraka terhadap golongan yang meringatkan solat, para pemakan riba, pelaku zina, termasuklah nasib para pemimpin yang zalim termasuklah pelbagai gambaran tentang keadaan dunia pada akhir zaman.

Peristiwa penting Isra’ dan Mikraj ini juga adalah tentang bagaimana Baginda Rasullullah saw telah diberi keringanan waktu untuk mengerjakan solat fardu, bermula dari 50 kali sehinggalah menjadi 5 kali sehari semalam. Satu kewajipan yang perlu kita laksanakan selagi hidup di dunia ini.

Forum Perdana Isra’ dan Mikraj ini berakhir sekitar jam 12 malam dengan pengisian yang bermanfaat. Walaupun kebanyakan hadirin perlu bekerja pada esoknya, suasana meriah para hadirin dan hadirat sentiasa memenuhi ruang majlis ilmu dari waktu ia bermula hinggalah ke akhirnya.

Forum Perdana Isra' Dan Mikraj Di Bandar Tasik Puteri
Khir Khalid bersama Ustaz Hasrin Bollywood

Sumbangan Dana Surau Al Kausar Bandar Tasik Puteri   

Selain menyebarkan dakwah pengetahuan bersempena Isra’ dan Mikraj yang disambut setiap 27 Rejab tahun Hijrah, Forum Perdana Bicara Ilmu Isra’ Mikraj ini juga diadakan bertujuan mengutip sumbangan dana bagi pembinaan Surau Al Kautsar, Park Avenue di Bandar Tasik Puteri.

Ia dibina melalui sokongan dan sumbangan ramai bagi menampung keperluan ibadah disamping mengimarahkan aktiviti-aktiviti Islamiah dan fardu kifayah masyarakat setempat.

Maklumat interaktif selanjutnya Surau Al Kausar juga boleh diikuti melalui Page FB 
>>> Surau Al Kausar, Park Avenue, Tasik Puteri, Rawang

Semoga apa yang anda infakkan menjadi saham yang dapat memberati timbangan amal di akhirat kelak. Mudah-mudahan kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatan dan kejayaan di dunia serta akhirat… aamiin.  

Baca lagi: Yusuf Islam: Pelancaran Buku Why I Still Carry A Guitar

12 Thoughts to “Forum Perdana Isra’ Dan Mikraj Di Bandar Tasik Puteri”

  1. Sebelum memulakan suatu perniagaan atau perusahaan baik persendirian atau menjadi majikan..seharusnya dalami walau sedikit ilmu asas kan Tn..

    1. Betul tu PC.. kdg2 perkara asas yg memudahkan boleh jadi complicated dikemudian hari klu tak diambilkira dari awal.

  2. Perkongsian bermenfaat sebagai infor yg patut diambil tahu sebelum memulakan perniagaan.

    1. Mudah2an memberi nilai tambah rujukan yg bermanfaat, in shaa Allah.

  3. Marzuki Rmn

    Bagus perkongsian ni sbb ramai tau ssm, tapi tak ambil tahu nak rujuk bab hasil especially sole-proprietors, walhal penting utk pengembangan bisnes.

    1. Ada betulnya juga tu tuan, susah klu tak fail hasil ni.. efek jangka panjang juga nnti.

  4. perkongsian yang sgt
    membantu
    terima kasih

    1. Moga bermanfaat, in shaa Allah. Terima kasih kembali Lynn.

  5. perkongsian yang bermanfaat.. masa zaman student U dulu saya ada perniagaan sendiri yg dah berdaftar dengan SSM. buat meniaga jual n cetak baju untuk persatuan2 je.. kawan yang daftarkan ssm, saya tak pandai..

  6. sangat perlu belajar dasar/basic guna menjadi usahawan berhasil dan cari sifu yang baik dulu sempat belajar dari beberapa pengusaha sayang tak ada modal untuk menerapkan ilmu dia

  7. jujurnya sy dulu mmg tak tahu kenapa pentingnya berdaftar / ada kaitan dgn agensi di atas… bila terlibat dgn bisnes arwah mak cik dulu br lah sy fhm akn kepentingan semua ni… bkn utk syarikat kita je tp jg utk negara secara tak langsung

  8. […] Baca lagi: Pendaftaran Bisnes Yang Usahawan Patut Tahu […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.