Yusuf Islam in Malaysia
Alhamdulillah… pada petang Jumaat yang berkat (1/5/2015), dengan izin Illahi saya berpeluang bertemu Yusuf Islam di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Ia bersempena pelancaran buku beliau bertajuk Mengapa Saya Masih Memetik Gitar(Why I Still Carry A Guitar) anjuran Institut Terjemahan Buku Malaysia. Pengalaman tersebut merupakan saat istimewa.
 
Mungkin inilah sekali dalam seumur hidup ini saya berpeluang bersalaman, berbicara dan mendapat autograf untuk koleksi buku penulisannya. Satu penghormatan berharga walaupun cuma seketika. Ia satu penghormatan dan pengalaman yang bernilai buat diri ini.
 
 

Yusuf Islam / Cat Stevens

 
‘Oh baby, baby it’s a wild world.. It’s hard to get by, just upon a smile’
 
Masih saya ingat berkumandangnya lagu ‘Wild World’ di corong radio pada satu malam tahun 1987. Ketika saya masih bersekolah darjah 5 dan merupakan waktu-waktu terawal menjinakkan diri mendengar lagu-lagu Inggeris.
 
Ia memikat hati sewaktu pertama kali mendengarnya dan ingin mengetahui siapakah penyanyi lagu tersebut. Itulah antara pengalaman yang tetap segar dalam ingatan mengenali Cat Stevens yang telah memeluk Islam bernama Yusuf Islam. Sewaktu mula mengenali lagu-lagunya, nama Cat Stevens merupakan antara ikon yang mempengaruhi jiwa muda saya, apatah lagi bila mengetahui beliau telah memeluk Islam.
 
Secara jujur, lagu beliau menjadi inspirasi saya mempelajari bahasa Inggeris disamping menarik minat mempelajari gitar pada tahun-tahun seterusnya. Atas sifat ingin tahu, saya sentiasa mencari maklumat karya-karya Cat Stevens sewaktu dunia masih asing dengan apa itu ‘world wide web’.
 
Pesta Buku PBAKL - Mengapa saya masih memetik gitar
Menyampaikan ucapan sebelum sesi autograf
 
Di sini saya sertakan biodata beliau berdasarkan buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar untuk pengetahuan bersama. Yusuf Islam dilahirkan pada 21 Julai 1948 di London. Selain tersohor sebagai pendidik dan aktivis Islam berketurunan British, beliau juga masih dikenali dan disanjungi oleh jutaan peminat muzik di seluruh dunia sebagai Cat Stevens.
 
Memeluk Islam pada 23 Disember 1977, beliau antara saudara baru yang paling dikenali di dunia dan menjadi pendukung aktif dalam pendidikan Islam di United Kingdom. Beliau ialah pengasas Muslim Aid yang merupakan artis dan penerbit perintis bagi nasyid Islam dalam bahasa Inggeris.
 
Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Foto Fb Page Institut Terjemahan Buku Malaysia
 

Saat Pertemuan Dengan Yusuf Islam

 
Saya berpuas hati bila dapat menyampaikan apa yang terhasrat di hati pada kesempatan bertemu beliau. Justeru, saya pahatkan saat berharga perbualan yang diterjemahkan sebagai suntikan inspirasi kehidupan diatas landasan perjalanan hambaNya di muka bumi ini… in shaa Allah.
 
Saya : “Assalam tuan.. saat ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya dapat bertemu dan bersalaman dengan tuan. Saya antara penggemar karya-karya tuan sejak di zaman persekolahan lagi. Saya membesar dan belajar gitar antaranya dengan lagu-lagu tuan…”
 
Yusuf Islam : “Waalaikummussalam… Apa lagu yang paling diminati dan dimainkan tu?”
 
Saya : “Oh baby, baby it’s a wild world…” (bernada secara perlahan)… “Wild World tuan…, Peace Train.. Moonshadow..” (sambil tersenyum). “Anak saya juga menggemari lagu-lagu baru tuan, antaranya.. I look, I look, I look I see…” (bernada sambil tersengeh).
 
Yusuf Islam : “Saya amat menghargainya.. terima kasih” (sambil melihat dengan senyuman sebelum menandatangani autograf ).
 
Saya : “Allah tidak mengizinkan bertemu tuan sewaktu saya menuntut di Wolverhampton, begitu juga sewaktu menetap di London. Pertemuan ini sememangnya tidak saya sangka.. syukur Alhamdulillah.. mungkin sekali dalam hidup ini bertemu ‘my greatest icon’… amat berharga buat saya walaupun cuma seketika.”
 
Yusuf Islam : “Alhamdulillah… Bila diizinkan, pasti kita bertemu sesuai dengan aturanNYA. Terima kasih sekali lagi Khir Khalid. Semoga diberkati dalam apa jua yang dikerjakan, in shaa Allah.”
 
Saya : “Aamiin.. Terima kasih kembali tuan” (sambil bersalam kali kedua mengakhiri pertemuan).
 
Tercapai juga hasrat meninggalkan kad nama sekadar kenangan yang menambah kegembiraan hati ini… Alhamdulillah… syukur ke hadrat Illahi atas jodoh pertemuan aturan Mu ini.
 
 
Azree Ariffin, Khir Khalid, Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Bersama saudara saya yang kebetulan bertugas di sini.
Beliau juga ada menulis blog dan boleh dilawati di sini >> www.azreeariffin.blogspot.com
 

Yusuf Islam : Mengapa Saya Masih Memetik Gitar

 
Buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar mengisahkan perjalanan kerohanian Cat Stevens menjadi Yusuf Islam.
 
Setelah 25 tahun menyepi, beliau kembali memetik gitar untuk mengadunkan kepercayaan dan kerjayanya. Beliau sentiasa berusaha mendalami maksud sebenar Islam setelah mengkajinya selama lebih dua dekad. Buku yang terkandung kisah yang amat menarik terutamanya buat diri ini sebagai penggemar muzik dan gitar sebagai instrument pilihan.
 
Pesta Buku PBAKL - Mengapa saya masih memetik gitar
Penghargaan buat kak long dan abang ngah yang sudi menemani, tolong ambil gambar
dan memahami obsesi bapanya… terima kasih sayangku..
 
Hasil kerja dan usaha Yusuf Islam dalam bantuan kemanusiaan dan pendidikan diiktiraf di seluruh dunia. Inisiatif beliau telah membantu menyelamatkan sekolah Islam pertama yang dibiayai oleh kerajaan British. Yusuf Islam dianugerahkan World Social Award pada 2003 dan Man for Peace 2004.
 
Beliau juga dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah daripada University of Gloucestershire dan University of Exeter, United Kingdom.
 
Yusuf Islam Foundation kini terlibat dalam penubuhan Maqam Centre iaitu Pusat Budaya dan Pameran di London Utara. Kini Yusuf sekeluarga menetap di Emiriah Arab Bersatu. Usaha beliau dalam bidang pendidikan diteruskan melalui yayasan dan laman web beliau www.mountainoflight.com.
 
Yusuf Islam : Mengapa saya masih memetik gitar
Saat berharga bersama Yusuf Islam… walaupun seketika, ia membawa erti yang besar buat diri dalam pengalaman hidup ini… subhanallah walhamdulillah.
 
 

Baca lagi > Program Hollywood Inside Out | Urban Village

 

31 Thoughts to “Yusuf Islam: Pelancaran Buku Why I Still Carry A Guitar”

  1. Tahniah…kenangan paling berharga dan x akan di lupakan…

    1. Alhamdulillah… mmg kenangan yg berharga buat saya.. T kasih SA.. 🙂

  2. tahniah KK dapat berjumpa idola, anak2 KK pun sgt sporting menemani si ayah 😉

    1. Alhamdulillah… anak2 pun seronok jenjalan ke pesta buku.. t kasih CN.. 🙂

  3. terbaik tuan.. semoga diberi juga kesempatan sedemikian untuk saya pada masa akan datang.. 😀

    1. Alhamdulillah syukur sgt2.. in shaa Allah, mudah2an Syarizwan juga dpt berjumpa beliau satu hari nanti.. aamiin. T kasih.. 🙂

  4. Bertuah la dapat jumpa Yusuf Islam! Tahniah!

    1. Alhamdulillah.. syukur sgt2.. mmg minat dan tak sangka pulak berpeluang jumpa di Malaysia ni.. T kasih.. 🙂

  5. kalau versi asal dalam bahasa inggeris perbualan tuan KK dengan YI pasti menarik..

    anyway tuan memang bertuah kerana dapat berjumpa ikon pujaan hati..

    1. Alhamdulillah tuan Hanafi.. mmg syukur sgt2 dpt bertemu Yusuf Islam.. T kasih.. 🙂

  6. Alhamdulillah ini kenangan yang semestinya Kk Xkan lupakan.. Best nya dapat berjumpa beliau 🙂

    1. Betul tu.. alhamdulillah.. pengalaman yg sgt berharga buat saya Eyfa.. T kasih.. 🙂

  7. Tahniah KK kerana dapat bertemu dengan Yusuf Islam… Pastinya ia satu kenangan besar dalam hidup KK ^-^

    1. Alhamdulillah Zumal.. mmg menjadi kenangan yg berharga buat saya.. t kasih.. 🙂

  8. Alhamdullilah..bertuah KK dapat bertemu dengan beliau. Kenangan seumur hidup.

    1. Betul tu CP.. kenangan yg sgt2 berharga buat saya.. alhamdulillah.. T kasih.. 🙂

  9. Pastinya kenangan yg tak dpt dilupakan…
    Mesti best bila dpt berjumpa secara live dgn idola…

    1. Alhamdulillah… tak terkata seronoknya.. sekejap pun tapi meninggalkan kenangan sgt berharga. Tambahan dlm majlis yg baik pula.. syukurlah.. 🙂

  10. Anonymous

    Wah… Anak beranakk minat Cat Stevens.. Tahniah Khir dpt jumpa idoa..

    1. Alhamdulillah Kathy.. anak2 terbiasa tengok ayah dia menonton youtube Yusuf Islam menyanyi, dia org pun jadi minat hihii.. 🙂

  11. sy terdgr jg psl kedatangan beliau ms klibf tu tp sy tgh bertugas… kalu x da lama sy trn ke bwh n jumpa beliau 😉

    1. Hari tu ada juga menjenguk2 jln2 kat atas tu.. tapi orang mak aii..sesak. Apa pun mmg syukur sgt dpt jumpa Yusuf Islam ni.. 🙂

  12. tahniah khir…bkn senang dapat berjumpa dengan orang ternama seperti beliau…antara artis yang terkenal yg memeluk Islam…bangga dengan pencapaian beliau

    1. Betul tu sis.. mmg satu kenangan yg berharga.. syukurlah dpt bertemu beliau.. 🙂

  13. Tahniah Kk.Alhamdulillah bukan senang tu nak jumpa Yusuf Islam…Bila dapat berjumpa macam ni dapat pula bergambar walaupon Yusof Islam tak sempat pandang kamera kira berbaloi laa kan ..Lain kali entah ada entahkan tdk peluang utk kita bertemu dgn beliau…Terbaik KK sempat lagi bernyanyi kecil depan beliau hehehe

    1. Betul sgt2 tu Lya.. yg penting dpt jumpa.. maklumlah mmg meminati sgt2. Syukurlah.. tak taulah dpt jumpa lagi ke tak nanti, tu yg nyanyi sekali tu hihii.. teruja.. 🙂 🙂

  14. Alhamdulillah.. Tercapai juga hasratkan.. Sebesar-besar bumi Allah ni akhirnya kat Malaysia juga berjumpa.. :))

  15. Cetusan Minda

    alhamdulillah , bila Allah izikan , di depan mata sahaja … teringat masa yusuf islam memeluk Islam . gempar satu dunia krn dia adalah bintang rock terkemuka dengan rambutnya yg panjang dan badannya yg kurus … 87 darjah 5 ? saya dah sekolah menegah ketika itu … hiksss .

  16. Tahniah…pengalaman yang tak ramai orang dapat merasa..

  17. JM hanya mampu tgk kat TV je….alhamdulillah rezeki bro KK boleh jumpa secara live

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.