“Kita perlu tindakan luar biasa dari kebiasaan sekiranya ingin berjaya. Usaha dengan tindakan yang luar biasa mampu menghasilkan kejayaan yang pastinya luar biasa.”

Kebanyakkan kita pasti pernah mendengar ungkapan tersebut, terutama dalam program-program motivasi pembangunan diri, pengukuhan modal insan dan keusahawanan. Sungguh pun begitu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tindakan luar biasa itu?

Pada artikel kali ini saya terpanggil mengupas secara ringkas agar kita dapat memanfaatkan kuasa ilmu, sistem dan tindakan luar biasa inspirasi dari pemimpin industri berjaya.

Kuasa Ilmu Dan Sistem

Saya terkesan dengan perkongsian oleh Tan Sri Dato Sri Dr Jeffrey Cheah tentang kuasa ilmu, sistem dan tindakan luar biasa dalam membangunkan usaha untuk berjaya.

Bagi yang belum mengenali, beliau merupakan seorang usahawan, ahli perniagaan dan konglemerat berjaya yang mengasaskan Kumpulan Sunway. Kejayaan jenama Sunway yang kita lihat hari ini adalah hasil daripada kuasa ilmu, usaha dan tindakan luar biasa.

Ia bukan usaha semalaman dengan pelbagai liku-liku cabaran yang ditempuhi. Bermula dari sebuah syarikat perlombongan kecil, beliau mengubah Sunway kepada syarikat berstatus multinasional. Malah sehingga kini, Yayasan Jeffrey Cheah juga berjaya mengumpul dana melangkaui RM1 billion.

Rahsia asas adalah sentiasa menambahbaik ilmu berteraskan niat yang murni, fokus dalam membina sistem kerja yang mampu memberi manfaat, disertai tindakan bagi menjayakan rancangan dan impian dengan terancang, sabar dan bersungguh-sungguh.

Kuasa ilmu, sistem dan tindakan luar biasa

Tindakan Luar Biasa

Tindakan luar biasa seolah-olah memerlukan satu kuasa ‘super power’ bagi sesetengah orang. Tidak kecuali juga buat diri ini yang turut merasakan begitu.

Namun apa yang dimaksudkan dengan tindakan luar biasa itu sebenarnya adalah kesungguhan. Bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tindakan yang telah dirancang… bukan hanya merancang dan mengharapkan orang lain merealisasikan untuk kita.

Oleh itu, tindakan luar biasa memerlukan displin yang tinggi untuk diri sendiri. Displin yang tinggi terhadap komitmen membina kemahiran bekerjasama dengan ramai orang. Lagi penting adalah membina displin diri dalam kepimpinan melalui tauladan kepada semua.

Tindakan luar biasa memerlukan komitmen sebagai ‘morning person’ dan ‘night owl’. Perlu sentiasa peka dengan perubahan semasa dan sentiasa berusaha menambahbaik ilmu.

Tindakan luar biasa juga memerlukan kefahaman yang cabaran jatuh bangun itu perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan ini. Apa yang penting adalah usaha yang bersungguh tanpa mengeluh dan mengenal erti kegagalan dan terus berusaha.

Justeru, apa langkah terbaik memulakan usaha dengan ilmu, sistem dan tindakan luar biasa?

Ia tidak akan berlaku jika bukan dengan izin Illahi, doa restu ibu bapa, persekitaran serta percampuran dengan insan-insan berjiwa positif.

Faktor rakan, kenalan atau sesiapa juga yang ada bersama kita mengusahakan sesuatu itu juga amat penting dan perlu diambil kira dalam proses merealisasikan impian. Ia menjadi aura tenaga yang memberi pengaruh serta mengukuhkan lagi tindakan kita untuk berjaya.

Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang istiqamah, doa serta tindakan yang luar biasa.

Jika sebelum ini kita berusaha 8 jam sehari untuk sekadar cari duit, maka kita tukarkan kepada 24 jam dengan lebih fokus dan displin dalam mengusahakan sistem untuk retirement plan.

Yakinlah, kita pasti beroleh kejayaan berbeza dengan tindakan yang luar biasa itu. Tatkala ramai masih ‘struggle’, kita sudah mampu tersenyum menikmati kejayaan, in shaa Allah.

Salam kejayaan buat semua!

Baca lagi; Mentor Inspirasi Kerjaya Dan Keusahawanan

Khir Khalid

Khir Khalid

Perunding pemasaran bertauliah berdaftar dengan badan profesional Institute of Marketing Malaysia. Usahawan, penulis kandungan digital dan contributor Marketing in Asia > BIODATA.

20 Comments

  1. bertindak secara luarbiasa akan menghasilkan kejayaan luar biasa…tiada pilihan lain selain cuba menjadi terbaik..
    tahniah tuan dan semoga terus sukses

    1. In shaa Allah… semoga kita semua terus sukses dgn tindakan positif yg luar biasa… aamiin

  2. ketepikan suara2 negatif…insya allah pasti akan berjaya

    1. In shaa Allah… yg penting kita perlu tahu kenapa kita lakukan dan buat sebaiknya.. t kasih Anies… 🙂

  3. jadi katak pekak, tapi memang betul nak berjaya kena ada mentor, sistem, ilmu dan terus bertindak

    1. Ikut yang sudah terbukti berjaya, in shaa Allah kita berjaya juga.. t kasih saudari Raihanah. Salam ukhwah dan ceria selalu… 🙂

  4. Setiap kejayaan bukan dikecapi dengan mudah.. Semuanya pasti bermula dengan kepayahan dan usaha berterusan tanpa mengenal erti putus asa.. Setuju sangat, untuk berjaya kena ada mentor..

  5. makin berjaya nmpaknya en. Khir Khalid kita nih.. hehehe

  6. Assalamu'alaikum Khir.. semoga 2016 membawa seribu kejayaan.. in shaa Allah

  7. dan semoga akan terus berjaya dlm bisnis.

  8. All the best KK. Zumal pun target kejayaan dalam 2016 nie

  9. Usaha dan Ilmu merupakan 2 elemen penting dalam menentukan sejauh mana kejayaan seseorang…All the best bro Khir untuk tahun 2016 bro khir..

    Regards,
    -Strider-

  10. tahniah khir..teruskan usaha…dalam segala hal…ilmu amat penting…

  11. tahniah khir..teruskan usaha…dalam segala hal…ilmu amat penting…

  12. Semoga terus sukses KK…

  13. Moga lebih suksess di tahun 2016.
    Masih boleh wish happy new year ke? 😀

  14. assalam selamat bercuti CNY…

  15. Tahniah bro KK, semoga terus cemerlang untuk tahun yang akan datang…mentor perlu dalam kejayaan kita kan…

  16. Berkemahuan.Usaha.InshaAllah niat yang baik Allah permudahkan.

  17. memang sangat perlu belajar dari fara sifu seperti ni bagamaimana mereka bisa raih kejayaan
    jalan dan makan recently posted…Kue Dadar Gulung Ubi unguMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.